Pages

30 April 2013

tayar baby pinky pancit

dah la hari ni bangun lambat, time nak cepat, time tu la ada problem. tengok-tengok tayar motor baby pinky pancit. dah pikir-pikir ni mesti semalam punya cerita nie# kes helmet kena rembat tu la.sebab dah rasa pelik time bawak motor, ingat kan terlebih pam angin. padahal tayar dah meletopss.haihh.

so terpaksa bawak baby pinky slow-slow pergi bengkel YG motor. naseb pukul9 dah bukak. ikutkan hati nak tukar tayar terus tak payah nak masuk tiub bagai lagi. tapi 70hengget lah pulak. dalam dompet ada 60hengget aje. pikir punya pikir masuk tiub je la. murah pun murah dalam 15hengget aje. tunggu lah en,munik dapat gaji nanti mintak die tolong tukar tayar dengan sport rim kaler putih sekali. hehehehe.tak mintak tapi die yang janji.kan?

sekarang dah pukul 11.26 tengahari. perot dah bernyanyi riang nih. satu kerja pun tak buat.eh, tipu! sempat jugak taip sepatah dua kata untuk report.haha.kelasss dan pemalas!




alamak kantoi
ekceli, baby pinky takde raga
tapi macam cun jugak ada raga camni kan
senang nak letak barang
tunggu en,munik gaji lah
wink!



29 April 2013

berjimba di petang sabtu

semalam pergi carik mainan untuk si dak tahqif. naik runsing nak balik kampung selagi tak belikan scooter secoet kat budak tuh. try la jugak carik dekat area-area ayer keroh tapi hampeh dan hampa. hari jumaat try usha lagik dekat jusco, takde jugak.so terpaksa lah pergi kat mahkota parade. situ dah memang sah-sah ada sebab pernah tanya harga berapa.lebih kurang dalam 5o hengget ke atas.

oleh sebab aku tengah pokai dan duit kena simpan untuk kawen#bajet! so aku rembat yang harga paling murah. naseb lah jumpa jugak scooter kaler biru.tu pun tinggal satu je. last stok.memang rezeki lah lagi-lagi dapat yang paling murah dalam 45hengget.ikutkan harga scooter tu 60hengget. save duit aku!kan?

time otw nak balik, kitaorang pergi cuci-cuci mata dulu dekat pasar malam area taming sari tuh, aku tak beli pape pun. takde yang berkenan di hati sanubari. time tu aku bawak baby pinky.tapi aku just jadi penumpang je la.kawan aku yang bawak.kitaorang parking dekat tepi McD. tapi yang menyakitkan hati, helmet kawan aku kena rembat,entah budak saiko mana yang sanggup potong tali helmet tuh! geram jugak then duk pikir nak balik cmne,dah la jauh jugak ayer keroh tu. hari minggu biasa ramai je polis duk melilau, kang kena saman jadi lauk pulak. haih!

last-last aku bagi helmet aku kat sarah,aku pulak tak pakai pape.takpela lagipun die yang bawak motor. time otw tu kena jugak sound kat jalanraya.dorang duk tanya mana helmet.then duk senyum-senyum. malu campur geram. alhmadulillah, akhirnya kitaorang sampai jugak dengan selamat.no saman.syukur!



durian crepe!

dah dua kali try benda alah ni.
aku tak gemar sangat, sebab cepat muak
beli dekat kedai kecik-kecik dalam mitc
kebetulan pi PC fair.
tapi tak beli apa-apa pun.
just cuci mata



posing macam best kan.
padahal tengah tahan muak



ni habuan untuk lunch
just makan dekat seleria food court dalam mahkota parade
1 set around 9hengget 40 sen
sejak akhir akhir ni aku gemar order tom yam
best la pulak,


tomyam campur

tom yam ni bukan basi yer,
time snap gambar ni asap tengah berkepul-kepul ke udara
fulamak, terliur mak,
esok harus carik tom yam lagik!




telur dadar

tapi tak habes pun
kesian kat awak wahai telur dadar!
maafkan hamba
tssk


lovenote: kaklong dah selamat melahirkan baby boy pukul1.13 pagi tadi. tak sabar nak jumpa dak kecik tuh!

27 April 2013

CEMBURU_LELAKI vs PEREMPUAN









LOVENOTE: betul tak en.munik?tak kan?




lelaki akan jadi macho bila..

tadi duk sembang-sembang kosong dengan kawan sambil ngap-ngap ayam kefci. sambil ngap-ngap mata melilau cuci mata.kot-kot ada lelaki ensem kacak lagi bergaya duk usha kitaorang kan. mana lahhh tahu. kan  majoriti lelaki kacak lebih memilih perempuan yang so so macam kitaorang ni#perasan! saje nak test line kot-kot betol.tapi hampeh, takde yang pandang pun.

then, terpandang satu kapel ni.dorang dah setel membuncitkan perot.nampak gaya macam nak angkat punggung dah tu. oleh sebab mata time ni tak reti duduk diam, nampak aje lah kan. #berapa banyak kan lah kan.sabau je lah.

nampak lah si boy yang bergaya macam macho duk angkat handbeg si girl then sangkut kat bahu dia. auw! gentlement kot.time tengok adegan tuh, berlaku lah dialog antara aku dan kawan aku ni.

aku: ceh, geli je tengok lelaki pegang handbeg perempuan.

kawan aku: eh, macho apa. nampak lelaki tu bertanggungjawab.

aku:  tak la. tak suke. lebih suke tengok lelaki galas beg baby. takpun tengah pegang baby. chomel! 

kawan aku: #duk ngap-ngap ayam kefci.malas nak layan la tu.ceh!

pendapat masing-masing kan. tak semestinya sama.ada yang suka macamni ada yang suka macamtu. even aku, time kuar ngan en.munik takde aku nak mengada-ngada mintak die pegang itu ini. aku pegang sendiri aje. lainlah die oferkan diri. lagipun aku tak suke keluar lenggang-lenggang kangkung. kena jugak ada something dengan aku. dompet ke hape ke. tu pun kalau malas nak bawak handbeg kan.biasa aku hangkut jugak senang nak sumbat barang-barang bagai.


bagi aku. lelaki akan jadi macho dan boleh buat aku melting bila die jadi diri die sebenar. buat pape untuk aku bukan untuk menunjuk-nunjuk kat semua orang.just aku ngan die je. bukanlah nak cakap lelaki yang pegang handbeg pompuan just nak show off bagai. mungkin dorang ada reason sendiri kan.contohnya kesian dekat girl sampai senget-senget bahu duk angkut handbeg yang berat tu kan#sape suruh kau sumbat segala isi rumah bagai?mungkin dengan cara itu boy nak tunjukkan caring. ada sesetengah girl akan melting. tapi bukan aku. tak perlu nak angkut handbeg aku sebab aku rasa hilang keayuan aku bila tanpa handbeg. hik3. baik lah kau angkut barang-barang shoping kan. tu lebih baik.haha



ha, yang ni yang akan buat aku cakap
"wah, machooooooooooooo sangat!"
laki sape lah ni. 
melting!





lovenote: entri melalut-lalut

SPICY KOREAN CRUNCH @KFC

Orang lain dah lama berpusu-pusu redah KFC gara-gara nak rasa SPICY KOREAN CRUNCH, aku pulak lek-lek je duk peluk lengan. bajet cool kan.padahal dalam hati meronta-ronta nak rasa jugak! sekarang baru terhegeh-hegeh nak merasa. malu. tapi heran apa aku kan.sekurang-kurangnya boleh jugak lah nak review sepatah dua kata.wink!

rasanya baru minggu lepas KFC keluarkan menu terbaru ni.eh, ke dah dua minggu lepas.takpe, takde lah lama sangat.tadi lepas berdesup carik tiket sempena nak pulang mengundi kat melaka sentral, terus zass ke jusco. ikutkan hati nak carik mainan untuk si dak tahqif tuh.tapi hampa. esok kena carik lagi dekat mahkota parade, kalau tak, tak balik kampung aku. haihh!


ni lah menu yang terlatest dari KFC
SPICY KOREAN CRUNCH!



tengah beratur sempat lagi snap gambar!
perempuan..perempuan..



menu for dinner




bagi aku so so aje korean ni
rasa macam kerepek sira emak aku buat adalah.
kentang tu lagi syok kalau dorang letak macam yang cheesy wedges
takdelah togel macam tu aje
sakit mata, tahu tak




sarah punya
snack plate



untuk one set spicy korean crunch ni ada potato wedges,one soft drink,
potato corn salad and 2 ketul ayam
around 13hengget
potato corn salad tu tekak aku tak leh terima sangat
bayangkan potato die potong kiub-kiub macam dadu
then campur dengan jagung and kacang kot. 
rare sangat untuk tekak kampung macam aku ni
sedap salad yang biasa tu jugak.



before makan jom posing dulu!



muka eksaited kemain
tapi still kaver ayu.
ayu kah?





lovenote: even tak sedap sangat still puas hati.eh, lupa nak simpan satu ketul lagik dalam fridge! simpan untuk en,munik bole? >.<

26 April 2013

sweet memories@internship JKR Hulu Terengganu



"You are my best friend as well as my lover, and I do not know which side of you I enjoy the most. I treasure each side, just as I have treasure our life together."


with memizah 
perangai giler-giler
suka sangat membengangkan orang
haih, tapi hati baik. kan?
laptop die dah macam laptop aku dah!
pernah offer bagi pinjam laptop untuk aku bawak balik rumah
gara-gara nak siapkan slide presentation,



aqu, mira dan mizah
mira- budak usm penang
dah lama tak contact, tapi sesekali ada jugak duk main LIKE n COMMENT dekat pesbuk!
kenal die dulu dari mizah!



awal-awal masuk JKR jumpa mira time nak punch card
duk cot cet kejap terus mintak no phone
senang nak ajak pi makan!
time lunch je mesej ajak pi makan even tak sama jabatan!



ni posing depan umah salina.
hantar die balik umah sebab tetiba kena period pain.
kesian.
time ni aku kena kejar dek angsa dekat umah salina.
terus langkah seribu even tengah puasa.



can u see truly smile in my face?




“Don't walk behind me; I may not lead. Don't walk in front of me; I may not follow. Just walk beside me and be my friend.”




“A friend is someone who knows all about you and still loves you.”




“Promise me you'll always remember: You're braver than you believe, and stronger than you seem, and smarter than you think.”




“Only a true best friend can protect you from your immortal enemies.” 





“Time doesn't take away from friendship, nor does separation.”



aku, salina dan mira
salina- budak UMP yang memang POYO! haha
keje die duk boo orang je
penah taching dengan die sampai tak cakap even kuar makan sama-sama
tapi tak sampai duapoloh empat jam pun kan i taching?






salina sampai sekarang still ingat aku yang jauh di mata tapi dekat di hati ni.kan?
time bufday pun die ngan mizah duk anta kad bufday yang dorang design sendiri.
taching.
pi berjimba dengan kawan-kawan dorang pun still pos sourviner dekat aku
taching i tau.


bebudak lelaki yang best giler 
satu kepala giler-giler jugak nie
even dorang jabatan lain tapi kitaorang rapat
brekpes and lunch sama-sama
suwit sangat!








lovenote: miss korang ketat-ketat!


23 April 2013

aku hanya insan biasa










lovenote: insan biasa ada hati dan perasaan jugak. macam orang lain. treat me nice! i will treat u nice too!

NAK Shawl Lace Halfmoon custome made for FREE?

kalau nak dapat benda free, tak kan benda tu akan datang berg0lek je kan. at least kena usaha sedikit. ala, tak keluar peluh pun. yang penting hadiah die cukup menawan kalbu! siyesly, so aku nak ajak korang join give away  cik izyanty kita ni. syarat pun senang just LIKE dan FOLLOW! yang lagi best, setiap penyertaan akan dapat GIFT VOUCHER RM10. kire takde lah kita nak taching-taching bagai kalau tak menang sebab at least dapat jugak less 10 hengget time korang buat tempahan shawl raya nanti. wink! suke lah tu korang kan. sekarang kemain dah berangan nak pakai shawl lace halfmoon untuk raya nanti!

psttt, tapiiiii kalau korang menang, korang boleh mintak itu ini dan situ sini untuk design shawl secara FREE! haihhh, melaram sakan lah kan. 




GIFT VOUCHER RM10


berminat ?
jom klik link ^^





PEMENANG AKAN DIPILIH BERDASARKAN REVIEW PALING 
MENARIK DAN KREATIF 





IZYANTY COLLECTION
chanteq kan?
apa lagi?jom serbu give away nih!






LOVENOTE: Fuhhh! fuhhh! harap menang!

MIGRAIN !

migrain datang balik, dulu paling teruk time form1 sampai lah form3. pernah pengsan kat skola time abes prep malam. boleh jatuh terjelepuk dekat jalan raya. naseb lah time tu balik dengan kawan-kawan. kalau tak, tergolek lah aku dekat situ sampai kena berembun.

banyak kali jugak mak aku terkejar ke sana ke mari sebab ulang-alik pergi klinik. time kecik-kecik aku tabah je telan macam-macam jenis ubat. muka lek-lek je telan ubat sambil buat muka toya depan kak ngah. sekarang aku pulak yang jadi macam die. bile stat merana dengan migrain automatik aku jadi susah nak telan ubat sampai sekarang. tak tahu lah kenapa.

kesian mak, dalam ramai-ramai adik beradik, aku lah yang banyak susahkan dia. adik beradik lain rasanya susah nak sakit. kalau setakat demam tu biasa lah. dulu pernah jugak lepas kena injet dekat klinik sebab sakit apa entah, aku pengsan. buat drama swasta pulak time tunggu giliran nak ambik ubat. mak aku kalut sebab tak tahu nak buat apa.last-last sedar-sedar aku terlantar dekat wad sementara. tengok muka mak aku pucat je. time tu dah niat tak nak buat mak risau lagi. nak jaga kesihatan baik-baik. duit time tu banyak berhabes untuk aku je bajet aku anak tunggal kan. mak aku lebih prefer klinik swasta daripada kerajaan. service cepat, ubat pun cepat baik even time tu mak ada masalah kewangan. thanks mak!

haihh, rasa sebak pulak. bila tak sihat baru reti nak ingat mak kan. time sihat tak reti nak hello hello mak sekejap. asyik mak je yang duk hello anak die ni. sorry mak, kredit tak de, tu lah alasan lapuk anak-anak yang tak reti ni kan. aku lah tu!


hasil rembatan ubat-ubatan kat klinik utem
padahal sakit kepala je, aku boleh pulak mintak ubat batuk dan kahak
saje buat spare awal-awal sebab aku selalu jugak suffer batuk dan kahak ni




dah lama tak pergi klinik utem
alhamdulillah, means sihat lah kan.
eh, tak tahu pulak ubat nie ada print nama kita sekali kan.
bajet takut orang hambik ke hape ni?
ke dari dulu memang camni? aku kah yang jakun?



menu untuk orang tak sihat
tapi sedih, kena masak sendiri !



sup sayur campur
ada brokoli, bunga kubis, babycorn, carrot, cili padi dan bebola ikan.









l0venote:
1. kepala sakit. hati pun sakit.
2. hari ni bertembung dengan dr luqman depan pintu lab. kebetulan die nak kuar aku nak masuk lepas balik dari klinik. sebenarnya..motif aku, nk bagitau satu dunia yang die senyum kat aku then tanya "awak demam ke?". senyuman die, ya ampun! pengsan mak! #eleh, aku poyo kan. cube kalu die buat muka macam biasa die tu, mau aku sndrom down 40 hari 40 malam! 

Chocolate Lava Cake @Domino’s







Are you craving for it now?



yup!!

harus carik laju-laju benda alah nie.
kalau kat area melaka, branch domin0 ada kat area ni tau,jangan duk ingat domino just ada pizza aje. chicken smoke bbq pun dah ada dah. harus telan ayak liuq laju-laju. haihhhh, nafsu makan menjadi-jadi sekarang ni!



Roasted Chicken Drummet





BUKIT BARU MELAKA
No.25, 25-1 & 25-2, Jalan KPAA 1, Kompleks Perniagaan Al-Azim, 75150 Bukit Baru, Melaka


CHENG
No. 59 & 59-1, Jalan Inang 3, Taman Paya Rumput Utama, 76450


MELAKA MERDEKA PERMAI
No.1, 1-1 & 1-2, Jalan MP 1, Taman Merdeka Permai, Batu Berendam, 75350 Melaka












lovenote: aku dah macam promoter tak bertauliah domino dah !

21 April 2013

DOUBLE SENSATION 1 @PIZZA HUT

Semalam berjimba dengan en munik. alang-alang die datang sini sebab hari sabtu nak pergi kenduri kawen kawan die kat gemas. padahal kalau dari segamat ke gemas tak sampai satu jam pun. ni pandai-pandai nak ajak aku jugak, tu yang jadi berjam-jam tu. tapi kelebihan untuk aku, boleh singgah rumah pakcik aku kat seremban kejap. amik spek mata dan baju yang tertinggal haritu. thankss. E.C.H ! >.<

Sebab atas kebaikan yang die lontarkan dekat aku, maka aku dengan baik hati nya belanja die makan pizza. baik tak? baik tak? kesian, balik kerja terus drive datang sini. pelik jugak, die datang melaka biasa perot die bunc*t aje, tapi kali nie macam slim pulak. tu yang jadi konpius tu. soal punya soal, rupa-rupanya lapar. alolor, kesian awak. asyik dia je yang keluar duit, sesekali kena jugak manjekan pakcik ni. nanti cakap tak sayang pulak. #eh, sayang bukan kena buktikan dengan wang ringgit ye,

dah, macam lari topik kan.sila jangan muntah! aku tahu azi akan baca apa yang aku tulis ni.sabar ye azi kalau ko rasa nak muntah!hahaha aku sebenarnya nak cerita pasal pizza ni. haihh, aku memang cepat terpengaruh ngan iklan. keluar lah pizza terbaru ke hape ke mesti aku nak try, yang jadi mangsa pakcik sorang tu la, kena habeskan sampai mengah-mengah. haha. sori, terbuli sekali-sekala. aku just makan sekeping aje, then sibuk duk snap gambar! hik3



ni lah iklan terbaru pizza hut
double sensation
"double topping! double crust! are you ready?"


aku amik yang double sensation 1
suitable for 2 person


ini muka manyak hepi
kalau nak tengok muka orang mengah, 
scroll le sampai habes,
kemain eksaited tengok lauk-pauk banyak giler,
eh, lauk pauk ke hape?
hentam aje la


ni tak tahu nak describe hape
ok lah, muka awek yang sangat sweet !
bole?


a cup of sup
en.munik punya!


aku punya
eh, garlic bread tertinggal nak snap pic!




are you ready?
ok.gambar atas, DONE!



gambar sisi?
DONE!



gambar blurrr?
D0NE!!


ekceli, memang sedap pun!
tapi padat sangat
untuk orang-orang yang makan main-main macam aku nie
sekeping pun dah kenyang,
lain kali buat tak payah padat sangat, bole?




bila tengok gambar ni balik rasa mnyesal pulak makan sekeping je
en.munik, bagi balikkkkkkk!





last-last kitaorang tapau 2 keping yang memang tak larat dah nak habeskan.
buat bekal brekpes time pi gemas pagi tadi
lepas tu duk berebut-rebut pulak
benda yang sedikit tahu pulak nak makan banyak kan
haihhh!


ni la muka budak yang kena paksa makan
sampai tersandar-sandar tepi dinding




TOTAL : RM34.70







LOVENOTE: sori kawan-kawan, saya dah makan dulu. tolong jangan marah! peace!muah!