Pages

01 May 2013

hari yang panjang

pasal hape la hari ni rasa lambat je masa berlalu.duduk dalam lab nie dah macam kucing nak beranak dah.kejap-kejap pergi toilet, kejap-kejap pergi amik angin dekat luar. kerja berlambak tapi mood hilang tah kemana entah. padahal eksaited nak balik kampung. malam nie bas pukul10 berdesup lah balik teganu. dah lama kot tak balik, lebih kurang 3 bulan.

ni dah plan nak berdesup keluar awal jap lagi. baju pun tak packing pape.rasanya aku tak bawak barang banyak sangat kot lagipun ambik cuti  just 5 hari.tu pun naseb lah SV tak cakap banyak approve aje. tapi yang penting buku yang aku belikan untuk mak aku dan mainan untuk dak thaqif tuh confirm kena bawak balik.kang meroyan budak tuh.dengar-dengar cite dari mak aku, thaqif sekarang tengah buat perangai.biasa lah orang dah dapat adik. nak perhatian lah tu.kan?

 semalam dalam pukul11 malam mak kol tanya jadi ke tak balik.see? kepulangan aku memang dinanti-nanti. wink. padahal biasa pukul 9 mak dah nyenyak tidur. tak sabar nak jumpa aku lah tu.tahu pun rindu, dulu time aku duduk rumah berbulan-bulan pandai pulak carik gaduh ngan aku je kan. haha.



ni lah adik thaqif yang baru lahir pada 28 april 2013
anak kaklong dan abang long
sebijik macam muka thaqif masa kecik
tapi mak aku cakap baby nie muka macam ala-ala gegirl
mama dan abah nak sangat girl kan



mohd thaqif iqbal
tak tahu die ikut muka sape
rasanya campur-campur kot muka mama dan abah



thaqif ni dari kecik sampai besar memang banyak cakap
mulut pun macam orang tua
masa kecik-kecik mak aku yang jaga
sampaikan kalau die sakit mesti nak mak aku bukan mama die
tapi bila dah besar dan tinggal rumah sendiri 
die ngan tok ma die dah tak rapat sangat
dulu konfius macam mak aku beranak kecik pulak



budak ni memang tak takut langsung dengan binatang
lek-lek je die main ngan anak rabbit yang baru lahir
kalau aku jangan harap nak pegang binatang yang merah-merah pinky tu
yang besar cenggini pun aku geli.
die pulak yang duk usik aku hambik rabbit nak bagi kat aku
haihhh.


tensii dapat anak sedara yang banyak cakap cenggini
lagi-lagi asyik mintak mainan je.
tapi part yang paling kelakar bila aku dah habes belaja dan tak kerja lagi
time tu die tidur dengan aku
time nak tidur tu aku nampak mulut die kumat kamit baca doa
then aku tnye la "thaqif baca apa tu"
die jawab "thaqif baca doa, thaqif cakap, Ya Allah, bagi lah cik kerja cepat-cepat, nanti dapat beli mainan kat thaqif banyak-banyak.amin"
see?
hahaha.nak gelak aku time tu
mainan je yang ko ingat kan?







budak ni peminat tegar upin dan ipin.
tak payah berangan nak tengok citer lain lah kalau kat tivi ada upin ipin
layan je lah.








l0venote: agak-agak adik thaqif macam die tak? tensen aku nak kena beli mainan je time nak balik kampung. eh, lambatnye pukul 4.30!!!



No comments: