Pages

27 April 2013

lelaki akan jadi macho bila..

tadi duk sembang-sembang kosong dengan kawan sambil ngap-ngap ayam kefci. sambil ngap-ngap mata melilau cuci mata.kot-kot ada lelaki ensem kacak lagi bergaya duk usha kitaorang kan. mana lahhh tahu. kan  majoriti lelaki kacak lebih memilih perempuan yang so so macam kitaorang ni#perasan! saje nak test line kot-kot betol.tapi hampeh, takde yang pandang pun.

then, terpandang satu kapel ni.dorang dah setel membuncitkan perot.nampak gaya macam nak angkat punggung dah tu. oleh sebab mata time ni tak reti duduk diam, nampak aje lah kan. #berapa banyak kan lah kan.sabau je lah.

nampak lah si boy yang bergaya macam macho duk angkat handbeg si girl then sangkut kat bahu dia. auw! gentlement kot.time tengok adegan tuh, berlaku lah dialog antara aku dan kawan aku ni.

aku: ceh, geli je tengok lelaki pegang handbeg perempuan.

kawan aku: eh, macho apa. nampak lelaki tu bertanggungjawab.

aku:  tak la. tak suke. lebih suke tengok lelaki galas beg baby. takpun tengah pegang baby. chomel! 

kawan aku: #duk ngap-ngap ayam kefci.malas nak layan la tu.ceh!

pendapat masing-masing kan. tak semestinya sama.ada yang suka macamni ada yang suka macamtu. even aku, time kuar ngan en.munik takde aku nak mengada-ngada mintak die pegang itu ini. aku pegang sendiri aje. lainlah die oferkan diri. lagipun aku tak suke keluar lenggang-lenggang kangkung. kena jugak ada something dengan aku. dompet ke hape ke. tu pun kalau malas nak bawak handbeg kan.biasa aku hangkut jugak senang nak sumbat barang-barang bagai.


bagi aku. lelaki akan jadi macho dan boleh buat aku melting bila die jadi diri die sebenar. buat pape untuk aku bukan untuk menunjuk-nunjuk kat semua orang.just aku ngan die je. bukanlah nak cakap lelaki yang pegang handbeg pompuan just nak show off bagai. mungkin dorang ada reason sendiri kan.contohnya kesian dekat girl sampai senget-senget bahu duk angkut handbeg yang berat tu kan#sape suruh kau sumbat segala isi rumah bagai?mungkin dengan cara itu boy nak tunjukkan caring. ada sesetengah girl akan melting. tapi bukan aku. tak perlu nak angkut handbeg aku sebab aku rasa hilang keayuan aku bila tanpa handbeg. hik3. baik lah kau angkut barang-barang shoping kan. tu lebih baik.haha



ha, yang ni yang akan buat aku cakap
"wah, machooooooooooooo sangat!"
laki sape lah ni. 
melting!





lovenote: entri melalut-lalut

No comments: