Pages

23 April 2013

MIGRAIN !

migrain datang balik, dulu paling teruk time form1 sampai lah form3. pernah pengsan kat skola time abes prep malam. boleh jatuh terjelepuk dekat jalan raya. naseb lah time tu balik dengan kawan-kawan. kalau tak, tergolek lah aku dekat situ sampai kena berembun.

banyak kali jugak mak aku terkejar ke sana ke mari sebab ulang-alik pergi klinik. time kecik-kecik aku tabah je telan macam-macam jenis ubat. muka lek-lek je telan ubat sambil buat muka toya depan kak ngah. sekarang aku pulak yang jadi macam die. bile stat merana dengan migrain automatik aku jadi susah nak telan ubat sampai sekarang. tak tahu lah kenapa.

kesian mak, dalam ramai-ramai adik beradik, aku lah yang banyak susahkan dia. adik beradik lain rasanya susah nak sakit. kalau setakat demam tu biasa lah. dulu pernah jugak lepas kena injet dekat klinik sebab sakit apa entah, aku pengsan. buat drama swasta pulak time tunggu giliran nak ambik ubat. mak aku kalut sebab tak tahu nak buat apa.last-last sedar-sedar aku terlantar dekat wad sementara. tengok muka mak aku pucat je. time tu dah niat tak nak buat mak risau lagi. nak jaga kesihatan baik-baik. duit time tu banyak berhabes untuk aku je bajet aku anak tunggal kan. mak aku lebih prefer klinik swasta daripada kerajaan. service cepat, ubat pun cepat baik even time tu mak ada masalah kewangan. thanks mak!

haihh, rasa sebak pulak. bila tak sihat baru reti nak ingat mak kan. time sihat tak reti nak hello hello mak sekejap. asyik mak je yang duk hello anak die ni. sorry mak, kredit tak de, tu lah alasan lapuk anak-anak yang tak reti ni kan. aku lah tu!


hasil rembatan ubat-ubatan kat klinik utem
padahal sakit kepala je, aku boleh pulak mintak ubat batuk dan kahak
saje buat spare awal-awal sebab aku selalu jugak suffer batuk dan kahak ni




dah lama tak pergi klinik utem
alhamdulillah, means sihat lah kan.
eh, tak tahu pulak ubat nie ada print nama kita sekali kan.
bajet takut orang hambik ke hape ni?
ke dari dulu memang camni? aku kah yang jakun?



menu untuk orang tak sihat
tapi sedih, kena masak sendiri !



sup sayur campur
ada brokoli, bunga kubis, babycorn, carrot, cili padi dan bebola ikan.









l0venote:
1. kepala sakit. hati pun sakit.
2. hari ni bertembung dengan dr luqman depan pintu lab. kebetulan die nak kuar aku nak masuk lepas balik dari klinik. sebenarnya..motif aku, nk bagitau satu dunia yang die senyum kat aku then tanya "awak demam ke?". senyuman die, ya ampun! pengsan mak! #eleh, aku poyo kan. cube kalu die buat muka macam biasa die tu, mau aku sndrom down 40 hari 40 malam! 

No comments: