Pages

02 April 2013

RESEPI: mee g0reng basah

hari ni cuti, s0 boleh la nak main masak-masak. lagipun semalam lepas balik dari lab terus berdesup pergi Mydin mitc. plan just nak ambik henpon yang hantar repair. ingatkan dah siap tapi yang malangnya hari isnin baru siap, katanya lah kan. then, tengok-tengok jam awal lagi terus berdesup masuk dalam usha-usha barang. time tu lah mengidam nak makan mee goreng basah. s0 beli lah barang-barang yang patut.dah set dalam kepala hari sabtu boleh main campak-campak dalam kuali. camni lah gaya hidup bujang kan!


 gambar ihsan abg google
tak sempat nak snap gambar terus ngap masuk mulut tadi ^^ 
haha gila gelojoh kan
so far macam gini lah hasil main campak-campak tadi



 so, aku nak share lah resepi yang memang simple sangat-sangat. pejam mata pun dah boleh buat !ngeh!


bahan-bahan:

sebungkus mee kuning #aku ambik separuh je sebab makan s0rang-sorang kan
dada ayam #ikut suka nak letak banyak mana
(aku rebus dulu isi ayam ni.tapi jangan sampai kering pulak air rebusan tu, nanti boleh masukkan time dah tumis segala bagai)
1 biji bawang besar *ditumbuk
3 ulas bawang putih*ditumbuk
1 hiris nipis-nipis halia* ditumbuk
1 1/2 sudu besar cili giling
secawan taugeh
secawan sawi
1 1/2 sudu kicap manis
sedikit ajinomoto
secubit garam

cara-cara:


-tumis bawang merah, halia n bawang putih #macam biasa lah sampai naik bau segala bagai
-letakkan cili kisar
-dah naik bau bagai masukkan air rebusan ayam dan sekali dengan ayam. tuggu sampai air tu mengelegak then bolehlah masukkan garam, gula, perasa, kicap n kacau sehingga sebati. hahaha
-masukkan mee kuning #jangan lupe basuh dulu ye,
-lastly masukkan sawi n taugeh#aku masuk sekejap terus tutup api coz aku tak suke sayur yang terlampau masak sangat
- then, boleh lah ngap ! ngap ! eh, jangan lupe baca bismillah ya !



giler senang kan?? keh, mee goreng je pun ! tak kan tak pandai kot?

No comments: