Pages

12 April 2013

RESEPI: Mee rebus Terengganu

Tak sangka pulak mee rebus nie banyak nama. ada mee rebus muar ada mee rebus ala-ala kelantan dan macam-macam nama lagi.haihh. jenuh jugak kalau nak try satu-satu resepi nih. even aku nie perantau,aku lebih prefer mee rebus macam mak aku buat lah! ala-ala terengganu. sy0ok, sampai meleleh-leleh air hingus!

Tapi 1st try macam tak jadi sangat. Biasa mak aku letak halia banyak-banyak. Then guna lada hitam bijik-bijik tu. Baru lebih kick! Then tumbuk lada hitam kasar-kasar. Resepi ni aku just guna serbuk lada hitam aje. Tu yang kureng sikit tu. Kalau versi mak aku, time kuah menggelegak, mak letak 2-3 biji telur. Jadi telur mata gitu. 



yes! akhirnya rasa dah sama macam mak buat.
nak resepi?
meh cium pipi sikit!
>.<

bahan-bahan:

1/2 bungkus mee kuning
isi ayam or daging
bebola ikan
sayur sawi
bunga kobis
lobak
3 biji bawang merah-dihiris
2 ulas bawang putih-dihiris
2 hiris halia
sesudu besar lada hitam-sebaiknya ditumbuk
sedikit gula dan garam
1 biji telur
2 gelas air masak

cara-cara:

1. tumis bawang merah, bawang putih dan halia sampai naik bau

2. masukkan isi ayam.tambahkan sedikit air

3. tambahkan air.biar sehingga menggelegak

4. masukkan lada hitam yang telah ditumbuk

5. pecahkan telur

6. masukkan lobak, bebola ikan, bunga kobis, dan sawi.

7. masukkan secubit garam dan gula. rasakan

8. sedia untuk di hidangkan.kalau nak lagi sedap makan dengan sambal kicap.


sambal kicap:

2 ulas bawang putih*
5 biji cili padi*
kicap cap kipas udang#hehe.boleh aje mana-mana brand pun.asal kicap sudah
sedikit gula.*

tumbuk bahan yang bertanda * 
masukkan gula dan kicap
sedia dihidangkan dengan mee rebus
#kalau nak lagi pedas pandai-pandai lah tambahkan cili padi ye,


ni pulak gambar-gambar mee rebus dari negeri lain.sedap je nampak. pekat gilos kuah dia. lain kali boleh la nak try masak kan.




Mee Rebus Negeri Johor #kalau tak silap








l0venote: dah lama tak makan mee bandung muar.hujung minggu nie harus ajak en.munik pergi carik. dah alang-alang nak pergi sana kan. ehem! tak sabar!

No comments: