Pages

02 April 2013

RESEPI: sup cendawan tiram !

resepi kali ni semudah A B C ! biasalah resepi student dengan title "BUJANG" memang jenis yang main-main campak je lah kan ! tapi takpe, asal kan sedap dan boleh diterima tekak dan perut ! ikutkan tak planning pun nak masak arini memandangkan ada kelas dari pukul 8.30 a.m hingga 12.00 a.m. bajet nak bungkus kat luar je. s0 azie pulak mesej ajak teman pi maydin mitc. aku pun apa lagi ON je lah kalau bab-bab merayap nie.

time dalam mydin tu ternampak sebungkus cendawan tiram yang dah siap packing harga pulak murah dalam rm3.99 ! banyak jugak kalau nak habeskan sorang-sorang! s0, congak-congak dalam kepala dan pikirkan nafsu serakah ni, tekak pulak mengada-ngada nak makan sup cendawan ! then, jadilah idea nak masak sup ! resepi ni kira resepi yang tersenarai dalam diet lah sebab aku just makan sup cendawan je ! # kelassss tak ?


 s0urce: ihsan abg google lagi. heeee ^^


dah jangan nak merepek dan merapu bagai, moh ler kita belajar pondok-pondok yer,

bahan-bahan:

2 cawan cendawan tiram
1 cawan sawi #ni kebetulan lebihan sayur yang buat mee goreng semalam. campak je la labu !
*seulas bawang besar #aku guna separuh je
*3 ulas bawang putih
*2 hiris halia
garam
ajinomoto
minyak masak
daun sup
*dimayang

cara penyediaan:

-panaskan minyak masak, tumis bahan yang bertanda * hingga naik bau
-masukkan air #boleh letak sebanyak yang mungkin tapi jangan melimpah dari periuk suda
-bila dah menggelegak, masukkan cendawan
-rasakan masin manis masam nya ! hahaha. pandai-pandai lah ikut citarasa nak rasa macam mana
-lastly, boleh lah letak sayur sawi
-sedia dihidangkan!

 loven0te: bagai yang suke pedas boleh lah tambah cili padi ya !

#lagi syok bila makan bersama nasi dan daging masak kicap !
aku? jeling je lah nasi member sebelah punya sebab gatal sangat nak diet bagai kan?


No comments: