Pages

27 April 2013

SPICY KOREAN CRUNCH @KFC

Orang lain dah lama berpusu-pusu redah KFC gara-gara nak rasa SPICY KOREAN CRUNCH, aku pulak lek-lek je duk peluk lengan. bajet cool kan.padahal dalam hati meronta-ronta nak rasa jugak! sekarang baru terhegeh-hegeh nak merasa. malu. tapi heran apa aku kan.sekurang-kurangnya boleh jugak lah nak review sepatah dua kata.wink!

rasanya baru minggu lepas KFC keluarkan menu terbaru ni.eh, ke dah dua minggu lepas.takpe, takde lah lama sangat.tadi lepas berdesup carik tiket sempena nak pulang mengundi kat melaka sentral, terus zass ke jusco. ikutkan hati nak carik mainan untuk si dak tahqif tuh.tapi hampa. esok kena carik lagi dekat mahkota parade, kalau tak, tak balik kampung aku. haihh!


ni lah menu yang terlatest dari KFC
SPICY KOREAN CRUNCH!



tengah beratur sempat lagi snap gambar!
perempuan..perempuan..



menu for dinner




bagi aku so so aje korean ni
rasa macam kerepek sira emak aku buat adalah.
kentang tu lagi syok kalau dorang letak macam yang cheesy wedges
takdelah togel macam tu aje
sakit mata, tahu tak




sarah punya
snack plate



untuk one set spicy korean crunch ni ada potato wedges,one soft drink,
potato corn salad and 2 ketul ayam
around 13hengget
potato corn salad tu tekak aku tak leh terima sangat
bayangkan potato die potong kiub-kiub macam dadu
then campur dengan jagung and kacang kot. 
rare sangat untuk tekak kampung macam aku ni
sedap salad yang biasa tu jugak.



before makan jom posing dulu!



muka eksaited kemain
tapi still kaver ayu.
ayu kah?





lovenote: even tak sedap sangat still puas hati.eh, lupa nak simpan satu ketul lagik dalam fridge! simpan untuk en,munik bole? >.<

No comments: