Pages

29 May 2013

kantoi sudah, gi mana sih?




aku memang kebal. kebal tahap besi orang kata. jangan harap nak tengok aku meleleh-leleh air mata depan siapa-siapa pun. lagi-lagi depan famili. aku akan buat se cool yang mungkin even dalam hati sebak kemain. bila taching dengan emak or adik beradik, aku akan buat yang aku adalah seorang yang sangat-sangat cool, muka senyum aje. then, lari laju-laju masuk bilik, kunci pintu, hempas badan atas katil. akhirnya, nanges esak-esak sampai tak sedar diri. itu lah aku.

tapi entah kenapa, hari ni aku boleh pulak bergenang air mata depan adik aku, teah. tadi dalam pukul6 petang aku hantar teah naik bas kat mc. dia dapat intebiu untuk kos pendidikan UPSI, tapi interbiu dekat kota bharu. time makan-makan aku ada tercerita something. itu memang hal taching yang amat, time tu aku bajet secool yang mungkin even dalam hati sebak. bajet aku ok, tapi last-last bergenang jugak air mata. malu beb. malu !  teah pun sama-sama sebak dengan aku. then dia boleh gelak-gelak. siap menganjing aku lagi, cakap first time tengok aku macam tu. then dia cakap dia tak kan lupa saat tuh. maluuuu weh! kantoi suda. segarang-garang aku sebenarnya hati aku lembut tau. auww, 








lovenote: ni antara adik beradik jew, kalau dengan en.munik, dia dah bosan agaknya tengok aku nanges-nanges sampai kuar hingus sekalipun.

28 May 2013

Try to be a better ones




aku cepat marah.cepat melenting.susah nak terima pendapat orang.yang aku tahu even aku salah pun, aku kena salahkan orang lain jugak.tak kira besar beribu lemon pun salah aku, kau tetap salah. tak kira. no compromise. Dengan sesetengah orang je aku macamni. lagi-lagi dengan en.munik. aku pun tak tahu kenapa. agaknya syaiton duk clap! clap! dengan gumbiranya. 

mungkin awal-awal kenal dulu dia terlalu berlembut dengan aku. terlalu bagi muka. aku pun apa lagi, memang naik tahik lemak lah kan. kekadang kesian dan sayu jugak bila dia mengadu dengan adik aku. tanya pendapat adik aku macamana nak buat aku tak marah-marah dia dah. *sentap*. dia seboleh-boleh nak layan aku dengan baik. tapi aku? tahu cari salah dia! dia! dan dia! =.='

hari ni dia mc.kesian sangat. tu pun gara-gara aku sengaja carik pasal. bayangkan aku saje ngengade nak dia layan kerenah aku. aku kol dia dan pura-pura merajuk semata-mata nak dia spend masa untuk aku. dia layankan aku sampai pukul4 pagi. kebetulan pulak esok tu dia kerja. aku? hari sabtu boleh bangun tidur sampai pukul duabelas tengahari. jahat kan aku. *memang jahat pun

kekadang aku pelik dengan perangai aku sendiri. bukan aku tak pernah munasabah diri. pernah. tapi aku tak jumpa jalan keluar. bukan aku tak pernah nak berubah. pernah. tapi hangat-hangat tahik ayam aje. bila dengan dia secara auto akan jadi perangai cenggitu balik! hati! tolong jangan bukan-bukan boleh tak? be nice too me. aku tak nak kerana perangai aku yang tak semegah ni aku akan kehilangan orang yang aku sayang. sobs sobs sobss

mungkin setahun dua tahun dia boleh tahan dengan perangai aku. bagaimana dengan tahun-tahun yang akan datang? bagaimana? time tu aku nak melalak melolong pun tak guna. so, hari ini aku dah tanam azam, aku nak BERUBAH! aku tak nak marah-marah tak tentu pasal. aku taknak bila gaduh je aku sebut perkataan PUTUS! aku nak berubah, aku sayang dia sebenarnya. tapi entahla. ego ni melebihi segala-galanya. dia pun selalu cakap aku ni ego. cakap besar. sombong. dia nak sangat aku berubah. yes, i will try to be a better ones. i will! 






lovenote: saya sayang awak. auwww, maluuuuuu <3

21 May 2013

That why i love the name "ALISSA",












LOVENOTE: alissa = assila (from the back) = as+sila. it sound gud!

18 May 2013

Nak menceceh bole?




dengan caption:
 lunch box chomel
dengan pesanan: 
awak, jumpa yang cenggini mana-mana belikan eh. terima kasih, >.<
mesti chomel saya sangkut beg nie dekat penyangkut baby pinky kan. kan. kan


take a break kejap. taip laju-laju sebab banyak benda kena settlekan nih#ceh.poyo bin koya. tak payah nak berangan orang nak sangat baca entri kau. tunggu malam sikit tak bole nak taip entri? *sentap*

oh, harini bawak bekal masuk lab. semalam ada masak sambal sotong + tempe goreng dengan kentang. ada ke patut aku boleh lupa yang aku ada beli dua tiga coet sotong. tu pun dah rasa mahal dalam 7hengget*student beb, bukan nak kedekut sangat pun.50sen aku rasa mahal* patutlah time bukak fridge semalam sotong tu duk terkebil-kebil tengok aku#mesti dia mintak muka kesian kan. mahunya terkebil-kebil betul, lari lintang pukang mak,

pagi tadi bangun-bangun terus panaskan nasik dan lauk. giler takut nak guna dapur gas sekarang. ekceli ada eksident api keluar dari bawah dapur gas tuh, terus sambar tangan aku. dengan bulu-bulu lengan sekali hangus. ada ke patut aku tanye housemate, die cakap "dah biasa lah kena macam tu, tak pernah kena ke?". ewah, rasa nak tampor laju-laju -.-"

sekarang kureng sikit rasa nak makan dekat kafe lepas eksident cik L yang banyak gilos tu. Bayangkan time aku teman kawan lunch, nasik dah nak habes nih belek-belek sayur ada lalat mati rentung dekat situ. terus kawan aku berhenti makan. aku kalau bab-bab kebersihan makanan ni aku titik berat sikit la, bukan nak tunjuk auuuuuw geli mak ke hape ke tapi sebab aku pikir benda tu akan masuk dalam badan aku.#poyo padahal makan fast food boleh pulak kan -.-" eh! tu lain. so, jalan terbaik, kurangkan makan kat kafe, bawak bekal lebih baik. ekceli bukan nak salahkan management kafe tu pun, dah area sini memang banyak lalat, lagi-lagi musim sekarang redup-redup manja gitu.

ha, harini aku stat pakai cincin couple.saje nak test muat ke tak lagi. esok masuk kotak balik.sayang tau nak pakai , takut calar. buek! rasa miang-miang nak pakai tu pun lepas sorang mamat ni duk sound aku. ekceli mamat ni budak skola aku dulu. aku tak kenal sangat pun. biasa ler lelaki bila dah duk "hai, awak buat hape tu" kat pesbuk kan then bla bla bla. sampai satu tahap mesti akan tanya "awak single lagi ke?" dan "boleh lagi nak masuk line kan?". lepas tu aku cakap la dah ada, setakat nak kawan takde hal lagipun kita dah memang kenal pun. so, takde isu nak kenalan ke hape kan. then die boleh sound aku, "kalau dah kapel, asal tak pakai cincin pun dekat jari? takut jatuh market ke hape?" ewah, aku tampor laju-laju baru tahu dengan siku-siku sekali aku bagi kang. dah la cara cakap tu macam nak ajak gaduh. aku memang takleh blah sangat dengan orang cenggini. lepas tu say hai hai bye bye lah. sori the mori.

sekarang aku nak cakap takde isu pun kalau pakai cincin takut jatuh saham ke hape. saham aku tak tinggi mana pun, lagipun bukan aku main saham-saham nih! kan aku dah cakap "i'm not special, i'm just limited edition" aje. #geli geliii geliii.ulalala. TAK SEMESTINYA YANG PAKAI CINCIN tu ALREADY TAKEN, OK? dan TAK SEMESTINYA YANG TAK PAKAI CINCIN tu NOT MARRIED YET! beware!










lovenote: Dr luqman masuk lab ai ni, dapat task baru. kena buat paper.syooknye ada kejeeeee. naseb lah mood sv aku baik ai ni. # ai ni = hari ini. gud, new word! stay tune babeh!

17 May 2013

11 thing about me




baru ada masa nak jawab soalan-soalan tag.ekceli aku lupa sape yang menge'tag' aku ni. insan nie leave mesej dekat chat box tapi uwaaa..dari semalam chat box problem. tenkiu sesangat sebab ni 1st time aku nak jawab soklan-soklan cenggini#terharu~
okies, lets start with "11 thing about me"


1. Apa hobi korang?

berangan! berangan! dan berangan!. tu lah hobi aku. kalau version yang serius, aku suka shopping, window shopping pun takpe,sekali-sekali mengadap novel cintan cintun sampai nak muntah. ulalala

2. Pernah tak bercinta?

Pernah. kalau version cinta monyet time skola menengah, form 1 kot. hingus masih meleleh-leleh lagi. kalau version cinta sampai ke syurga, ehem. time dewasa ni lah.#umur dah 25 tahun hoi, apa kelas nak main-main lagi.tak kahwen lah mak,

3. Pernah tak sakitkan hati kawan korang?

entah, kejap. nak tanya sape-sape.uulalala. prinsip aku senang je, selagi orang tak sakitkan hati aku, aku tak kan dengki-dengki nak sakitkan hati korang. giler ke hape kan. tapi awas, kalau korang dah stat sakitkan hati aku, wait and c la. giler dendam kau!

4. Pernah bergaduh kat sekolah tak?

time muda-muda dulu, means skola rendah aku memang version pendiam. pendiam nak mampus. kalau orang tanya aku pun alahai, slow giler suara aku. kau memang duk ha? ha? je la. dah naseb. tak kan la budak baik cenggini nak carik gaduh ngan orang kan? orang pun malas nak carik gaduh dengan aku. uhuhu


5. Pernah buat sesuatu yang memalukan diri korang sendiri?

aku ni kekadang jenis otak tak betul jugak. so far, takde lah sampai nak memalukan diri sendiri. no no and no. tak sesekali aku nak memalukan diri aku even ada peluang sekalipun. setakat terpeleot kekadang tu biasa ler, padah pakai high heels sangat kan. nak sangattt kan.


6. Pernah tak buat hati mak awak terluka?

PERNAH. time zaman jahiliah dulu. zaman batu. zaman pakai cawat lagi. tapi sekarang, zaman globalisasi masa kini, aku sedaya upaya letakkan EMAK aku yang teristimewa. of kos lah aku akan jaga hati mak aku even camana pun. #belajar dari kesilapan. sekali kita kecewakan hati mak kita, sampai bila-bila kita tak kan tenang. taubat lah wei. mak kau kot. bukan orang lain.

7. Awak ni seorang yang berjimat-cermat ke?

kalau nak tahu aku ni jenis jimat ke tak, kena lah tanya orang yang paling dekat dengan aku. tak payah amik yang jauh-jauh punya. selagi aku ada duit selagi tu lah aku duk pikir apa yang aku tak dapat lagi. apa yang aku tak beli lagi. so, camne duit nak lekat dalam tapak tangan nih? cuba kau cakap. 

8. Suka bergaya atau tidak?

memang suka bergaya. sangat-sangat suka sampai terkinja-kinja. tapi sayang, size badan yang tidak mengizinkan. sadis kan? #tunggu lah kurus sikit lagi!!!

9. Awk suka tengok cerita apa?

entah. aku rembat je tengok apa pun. kekadang suke tengok korean, tapi kadang-kadang rasa meluat jugak tengok version yang lembab-lembab cenggitu. kekadang suka tengok yang perang-perang tapi rasa ganas pulak kadang-kadang, entah.

10. Benda apa yang korang paling suka?

my bubbly-boo. si teddy bear yang sentiasa menemani saya time saya nak tidur. suwit tak?? benda tu lah yang paling aku sayang setakat ni. hadiah dari yang paling istimewa. lot of meaning. tenkiu awak. #ekceli aku nie jenis penakut nak tidur sorang-sorang,

11. Perkara apa yang sampai sekarang awak tak boleh nak lupa?

L.O.V.E, kemaafan seorang ibu dan pengorbanan seorang mamat kepada si gadis yang sangat manis. ececeh! first time aku menitiskan air mata bila tengok dia bersusah payah demi aku. aku tak kan lupa itu. tak kan!!









lovenote: kepada si gadis yang manis, tenkiu sebab ajak join benda alah ni even saya tak kenal awak..nice to meet you :) 

16 May 2013

Egg tart @KFC


#WORDLESS WEDNESDAY























LOVENOTE: sape nak teman pergi KFC? sekarang jugak,



If you trust every one you can trust no one

#seperti biasa tajuk takde kaitan dengan isi entri.harap maklum.

quick hapdate.ewah, macam bizi sangat kan.bukan bizi sangat, tapi sekadar buat-buat bizi aje. ekceli hujung minggu baru-baru ni macam hambar sikit. no merayap-rayap. no berjimba. no no and no. en.munik balik kampung la pulak. lagipun aku yang tak bagi en.munik datang.nanti tak pasal-pasal bakal mertua.ehem! jeles dengan aku pulak.yela, time aku tak menginap kat melaka ni, dia asyik balik kampung tiap-tiap hujung minggu. memang tak sah lah kalau tak balik. semenjak dua menjak aku berkampung di melaka, dia jarang-jarang sangat dah balik. asal hari sabtu tercongok la muka dia kat melaka ni haa. lagipun minggu lepas aku bizi sikit nak settlekan assignment research methodology. so abaikan lah dating yang tak seberapa tuh. >.<

eh, ekceli aku bukan nak hapdate pasal personal life aku sangat. nanti boring bin bosan pulak kan. just nak share pengalaman merembat novel-novel yang super hebak time book fair aka BIG BAD WOLF BOOKs #klik! klik! area mitc, melaka. event yang hebak sangat-sangat sampai korang boleh tengok berjenis-jenis manusia ni terjadi pada 9-13 May 2013. Tapi sayang seribu kali sayang, last day baru aku terhegeh-hegeh menyerbu event nih*pengsan*naseb lah jugak sempat merembat beberapa novel. kalau tak, pejam mata rapat-rapat aje lah. >.< 



lepas mitc melaka, dorang akan berkampung pulak dekat Danga Bay Johor Bharu. 
orang-orang Jb memang rugi sesangat kalau tak zassss jugak!
jom serbu jom.



jangan tak tahu BB1M jugak available kat sini.
ada yang tak guna lagi ke?
bak lah sini >.<



lots of books!



suasana dalam mitc, melaka. time ni last day, tak ramai sangat orang
boleh la carik buku sambil-sambil betulkan tudung.
ehem!



semua buku-buku dorang dah specific kan section mana
macam romance, young adult, motivation dan humor
just serbu dan carik!
time tu aku just pilih cover yang cun-cun aje.
malas haih nak baca synopsis bagai.



ekceli, ni lah buku-buku yang sempat di beli
ikutkan hati banyak sangat rasa nak rembat tapi time tu tinggal aku dan kawan aku aje >.<
eksaited sangat memilih sampai customer lain dah takde,
haih!



buku-buku aku yang 5 bijik tu belongs to salina dan mizah.
kemain kau kan nak rembat semua ^^
ingat tu sally, aku rela mengalah demi kau.



satu buku just 8hengget. tapi elegence+ doughters of fortune 12hengget!!





ehem. entri ni macam hambar sangat kan. kan? meh kita ceria sedikit dengan tempek benda alah nih!


|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|


mee kari
masak laju-laju before pergi kat event tuh
even nampak macam kurang mnyelerakan tapi super duper sedap! siyesly
lagipun bukan aku yang masak#tak kan nak puji diri sendiri kan?
part aku just  kacau-kacau dan menyibuk aje,
dah la masak rumah orang, kan sarah kan?#macam skema pulak panggil sa as sarah, ^^









lovenote: nak kena hello-hello mumy kat kampung nak tanye bahan-bahan nak masak sayur kulit rambai. haih, ada orang mengidam lah pulak >.<

14 May 2013

my EX: moga awak bahagia :)




I don't get jealous when I see my EX with someone else
coz
my mother always told me to give my toys to the less fortune
and
now
 i did it!!













lovenote: What's meant to be will always find a way?  dah dua malam berturut-turut mimpi my ex.aku kejar my ex then dalam mimpi tu aku still mengharapkan die kembali.pelik! to my ex, congratulation on ur wedding this years!i'm happy for you, my friend~

12 May 2013

Did you know?




Did you know when you dream about a person,
that person went to sleep still thinking about you?

Did you know when that person looks at you a lot,
means they can't live without you?

Did you know when the person you really like looks at you and then looks down,
they're crazy about you?

Did you know that when a person looks at you directly in the eyes,
they love you more than you think?

Did you know when they leave,
they say bye too much because they dont want to let you go?


Did you already know??










L0VENOTE: feeling-feeling lovely even umur dah tua >.<

selamat datang bulan REJAB





Hari ni korang puasa tak? kalau puasa kita boleh geng! yeah, nak berbuka apa ye hari ni? ewah-ewah, jam baru pukul 3 dah terhegeh-hegeh pikir menu nak berbuka kan. ekceli rasa dah macam bulan ramadhan kan. syoknya bulan ramadahan, moga-moga kita masih sempat lagi merasai nikmatnya bersahur dan berbuka. amin. ehem. rasa insaf sekejap bila memikirkan banyaknya aku melakukan benda-benda yang lalai dan melekakan dalam hidup ni. hurm.aku adalah salah satu umat manusia yang masih mencuba memperbaiki diri yang sememangnya banyak kekurangan dan kelemahan.










lovenote:  mencuba menjadi yang lebih baik! 

11 May 2013

welcome to our family, Hazim Zafran!





my 3rd nephew
Muhammad Hazim Zafran bin mohd rohairil faizal
lahir pada 9 mei 2013
mak cakap putih-putih pinky budak ni
rambut pun lebat
geramnya rasa nak cubit-cubit je pipi!







l0venote: tiga-tiga anak sedara boy.hancurlah rumah tok ma nanti.huehue



kek RED VELVET kukus~



source: abg google

hari ni dapat jugak merasa red velvet cake. order dengan student utem jugak. sizenye sama aje macam picture kat atas. dapatlah seketul harga 7hengget. nie first time la aku merasa,rasanya ya ampunnnnn sedap bangat. minggu depan boleh order lagi untuk en.munik.die bukan boleh kalah kalau aku je yang merasa sorang-sorang kan. nanti taching-taching pulak,

oleh kerana kek nie dah jadi salah satu kek yang feveret#hamboi, terus jadi feveret kan!. maka perlu lah belajar bagaimana nak hasilkannya. so harini google-google lah resepi kut-kut nanti nak buat.tapi kena tunggu balik kampung lah kan. dekat rumah sewa macam tak syok pulak buat sorang-sorang, makan pun sorang-sorang.kesian. aku lebih puas hati buat sendiri, dapat makan banyak-banyak kan.dulu aku try belajar buat kek coklat kukus, sekarang memang dah power. rasanya memang ummphh sangat-sangat.hahaha. puji diri sendiri yang takleh blah kan.


RESEPI KEK RED VELVET

bahan-bahan
2 1/2 cawan tepung kek
2 sudu besar serbuk koko
1/2 cup buttercup @ potong 100g, lebihkan sedikit
2 1/2 cawan gula, kalau tak suka manis sangat boleh kurangkan
3 biji telur gred c
1 sudu teh esen vanilla
240 ml buttermilk (kalau tak jumpa boleh buat sendiri)
# 240 ml susu segar + 1 sudu besar cuka. biarkan 5-10 minit
2 sudu besar pewarna merah (cochineal star brand) 
1 sudu teh cuka
1 sudu teh baking soda (baking powder+soda bikarbonat)

bahan topping + lapisan
250gm cream cheese, sedikit butter, gula aising (kalau yang suka manis boleh tambah, anggaran 100g), 1 sudu besar esen vanilla, 1 susu besar susu segar
#pukul kembang semua bahan.boleh tambahkan jus lemon jika suka

cara lain untuk membuat topping:
*250g cream cheese @satu ketul
*1/2 cawan whipping cream
*1/2 cawan gula-kurangkan kalau tak suka manis
*1 sudu besar perahan lemon


cara-cara:
  1. Tepung + serbuk koko
  2. Buttermilk+pewarna
  3. Butter (pukul kembang)+gula+telur sebiji demi sebiji. pukul kembang macam kek biasa
  4. Masukkan campuran 1 dan 2 secara berselang seli ke dalam bahan 3. gaul sampai habis.
  5. Campurkan cuka+soda+baking powder (tuang masa berbuih-buih dan sebatikan)
  6. Sapu mentega@majerin+tepung gandum pada loyang (biar tak lekat)
  7. Kukus dalam masa 20-30 mint bergantung pada pengukus.
  8. Lapisan: selesai satu, letak dalam peti ais. baru kukus untuk lapisan kedua. selesai yang ke dua baru letak creamcheese. baru lapiskan antara dua tu. 
  9. kek yang sudah siap dihiaskan, diletakkan ke dalam peti ais sebelum dipotong



ekceli resepi ni aku ambik dari banyak sumber kat google dan try olah mengikut kefahaman aku. kena study lama sikit baru paham cara dorang buat camne. huehue.jangan gelak ok, nanti dah menjadi aku tepek kat sini, jangan risau tapi tunggu lah masanya.entah bila la kan?





l0venote: rasa nak terbang balik kampung nak tengok anak mek ngoh! alhamdulillah, k.ngah dah selamat melahirkan baby boy petang semalam melalui operation. 

Sarapan pagi: banyak kelebihannya~


Senario

"Alissa tidak suka sarapan pagi.kalau makan pagi mesti sakit perut.bila dah sakit perut mesti dah lambat nak pergi lab.tengok-tengok jam dah pukul 10.Selalunya, lepas bangun tidur terus berdesup pergi lab tanpa sempat nak mekap-mekap pun.tapi semestinya lepas mandi lah kan. dah namanya sudah TERLAMBAT," kata diri sendiri. 

Sarapan pagi amat perlu untuk kanak-kanak, orang dewasa, janda, duda, anak dara waima anak teruna sekali pun. sarapan pagi juga amat penting untuk semua lapisan masyarakat termasuklah mereka-mereka yang mengalami berat badan berlebihan atau dengan kata yang ganas sedikit  iaitu obesiti.what??. no no no.

Tidak sempat menyediakan sarapan, bukan alasan untuk tidak menyediakan makanan kerana segelas susu atau sekotak susu dutchlady sudah memadai untuk memulakan hari yang ceria. ok, kena take NOTE!

Sarapan bukan sahaja memberi tenaga untuk memulakan hari baru, bahkan memberi banyak kelebihan kepada badan termasuk kawalan berat badan dan prestasi yang lebih baik#patutla aku asyik lemau je dalam lab.huhuhu

*pemakanan yang berkhasiat dan lengkap , kaya nutrien, vitamin dan mineral dapat memberikan tenaga kepada tubuh badan
*membantu merendahkan tahap kolestrol.
*makanan yang tinggi gula dan lemak sekiranya diambil dalam jumlah yang berlebihan akan menyebabkan rasa mengantuk.


sarapan pagi yang sangat kreatif



Romantiknya boleh brekpes sama-sama kan.



sangat-sangat menyelerakan!



C.U.R.L.Y


sekali ngap terus habes.
chomelnye awak nih!


L.O.V.E



Ada sesiapa nak tolong buatkan brekpes camni tak?
melting i tau,



yummy dan creamy!



auw, sayanggnye nak makan
nak simpan bole?



awak satu saya satu
jangan nak berebut pulak!



nah, untuk awak!



wiwit!








lovenote: kan best bangun-bangun pagi dah tersedia brekpes cenggini tepi katil. ^^

10 May 2013

REVIEW PAVLOVA~



Amacam??
over tak aku?
giler ah! sampai nak review-review bagai kan.
huhu segan mak!



maka, dengan rasminya pavlova version penyek berjaya sampai ke esofagus dan usus besar usus kecik aku. rasanya..emm..bolehla.means sedap dan boleh diterima oleh tekak. tapi sedikit manis tang yang crunch-crunch kat bawah tu.aku kurang gemar benda-benda yang sweet-sweet sangat ni#jaga badan.ehem-ehem. kalau sekali sekala boleh lah kan.tapi ingat, jangan selalu makan benda-benda manis ni, nanti kena potong jari.huehueheu.


ok,pavlova nie sesuai sangat-sangat untuk dijadikan sebagai pencuci mulut time berbuka puasa.pehhh, memang aku makan sorang-sorang je la tadi. dengar jew azan terus ngap benda alah nie.kuew teow goreng duk kelip-kelip je la mata die tengok aku .kesian. tadi nak roger sarah dan azie takut dorang tak nak lak kan lagi-lagi pavlova tu dah takde rupa paras yang menawan kalbu dah.#giler, padahal kedek** kan.


so far puas hati lah beli dengan harga 16hengget seketul. .tadi en.munik dah bising-bising sebab makan tak tunggu dia. nak buat macamana, aku takleh nak tahan-tahan dah tengok dek kechomelan pavlova nih! lenkali kita order lah lagi yer.oh! creamy tu sedap sangat. yang tang cream tu takdelah manis, sedang-sedang saje aje. buah-buahan pulak memang freshh. ummphhhh!









lovenote: esok kita try red velvet pulak.yang ni tak boleh bagitahu en.munik. nanti die nak jugak! kering mak, 

Berbuka dengan PAVLOVA!!

Wiwit*sambil kenyit-kenyit mata*macam jakun pulak kan nak post pasal pavlova bagai.huhu.kan aku dah cakap aku nie very the kampung.lupe lah tuh! aku selalu je ketinggalan berzaman-zaman dari orang lain.orang lain dah muntah makan muntah makan pavlova.aku?baru nak merasa lah wei! tu pun baru je order dengan member.satu ketul pavlova berharga 16hengget.ok lah kan untuk merasa chuup! chuuup! .mana lah tahu takleh nak diterime dek tekak kampung ni kan. takde lah membazir kalau aku beli yang sebijik harga 50hengget tu.#aku kan kedek** sikit.

 

nampak macam sedap kan?tapi my pavlova still lagi dalam fridge!! tadi syok sangat membeli belah dekat mydin sampaikan aku terlupa yang  pavlova nie aku letak bawah seat baby pinky.dah la panas, memang lemas lah dia duduk bawah tu kan. time pergi kat motor, uwaaaa...rasa nak nanges je tengak pavlova yang bam bam tadi dah terkulai layu di mamah usia. sadis! sekarang, di dalam fridge lah tempat kau wahai pavlova! 







l0venote: Baru siap masak kuew teow goreng untuk berbuka!! selamat berbuka puasa untuk diri sendiri.0oooyeahhh!

BUDU busuk tapi SEDAP!

Time berpuasa ni lah perangai yang tak semegah tu datang. tetiba pulak kan nak cakap pasal BUDU. ekceli tengah terasa nak makan budu cicah dengan ikan singgang. IKAN SINGGANG? kalau di area-area pantai timur nih memang femes de amos lah. terangkat beb! 


"Budu atau sos ikan bilis ialah sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Ia merupakan makanan tradisional yang terkenal di Malaysia dan dipasarkan di Kelantan, Terengganu dan Selatan Thailand. Ia juga nama satu kawasan pentadbiran di Pahang, iaitu Mukim Budu. Budu diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur. Ia biasanya dihasilkan oleh syarikat-syarikat perusahaan kecil dan dijual di kedai dalam pembungkusan botol. Budu boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan lain seperti lada, mempelam dan air perahan limau nipis"


Jangan tak tahu pulak, BUDU ni sangat sedap dimakan dengan nasik kerabu, nasik putih panas-panas.tapi kalau aku, aku paling suke makan dengan nasik putih panas-panas + ayam goreng seketul. itu aje. tu pun dah sampai tahap meloncat-loncat dah! ohsemnye hidup. tapi aku takde lah peminat tegar budu nih sangat, tapi kalau tetiba angin kush kush hota hai datang, sampai rela bungkus dengan surat khabar banyak-banyak angkut time naik bas.janji tak pecah, kalau tak ada satu bas yang duk uwek-uwek karang.keji.


ni lagi satu nak share, ekceli budu nie pun banyak jugak khasiatnye. antaranya ialah:
  1. kandungan budu memiliki glutathione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan   daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser
  2. melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosiskoroner jantungpenyakit kencing maniskanser dan selainnya pada peringkat lebih awal
  3. dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya , kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah



l0ven0te: ekceli budu tak busuk sangat pun. best apa bau die kan?

09 May 2013

E.D.I.S.I B.E.R.B.U.K.A P.U.A.S.A @MarryBrown

kemain cakap kosong pasal nak masak ayam lemak cili api tadi kan.last-last ayam ke mana cili api tah kemana.padahal tuan punya badan berdesup pergi berbuka kat marrybrown. ekceli ni first time kaki menonong masuk marrybrown.entahla, tak familiar sangat lah dengan haku yang very the kampung nie. biasa jejak kasih dekat kepci, mekdi, SR, pizza hut and chicken rice shop ajo la.

ekceli, kawan aku yang ajak makan kat sini. dah alang-alang ada promotion.tu pun last hari ni 8 mei. so apa lagi kemain meroyan lah kan.pantang ada promotion nih, harus tak lepaskan peluang.kawan aku print la brochure yang ada kat laman web big sell tu. time kat kaunter MB, cashier tu boleh duk senyum-senyum then bagi kitaorang brochure len yang boleh cut cut tuh.malu hokey! >.<.then die cakap yang print tu simpan hokey? tebal muka mak! hahaha.hover aku bercerita padahalll tak rasa pape pun.muka pun tak rasa bersalah punnnn.




promotion di MB. giler jimat kan. aku ambik yang satu set ada crispy chicken, french fries dan air pepsi. harga just 5hengget. pastu pikir nafsu yang teramat lapar sebab puasa kan.hehe. aku add on chili cheese burger CCB satu bijik. padahalllllll yang licin just burger, fries dan air je, ayam tak syok sangat, terlampau garing. tadi ramai yang order bubur nasik dan mee kari MB. SEDAP kot, len kali harus try lagi kan?


suasana di MB
time ni tak ramai sangat.kira takde lah aku kene beratur panjang-panjang!
ekceli nak duduk kat buaian tuh bajet nak nyanyi lagu "aku nak kawen dengan anak raja.lalalala"
tapi FULL pulak.menci!









1 set MB














lovenote: berjaya beli sandwich toaster brand KHIND! horey, j0get 3 panda*hover padahal bukan mahal sangat pun.just 50hengget*opps, sori en.munik, tak gitau awak pun. nanti awak bising sebab membazir kan. lagi-lagi awak akan pot pet pot pet sebab saya guna duit yang awak bagi tu. peace yo? haha!




P.U.A.S.A

hari ni terlepek je la dekat lab.kenkonon lah aku puasa kan. segan nak cakap pasal puasa, bile ramadhan nak dekat mula la terhegeh-hegeh nak ganti bagai. kalau kira hari ni tinggal lima hari lagi lah! kena gigih sikit berusaha nak ganti. bila cenggini mula la hati bergolak. "asal aku tak ganti awal-awal,kan senang!"

tapi time puasa pun perangai tak semegah jugak.dari tadi duk tengok jam.kejap-kejap jeling jam dekat penjuru laptop.alahai, lambatnye masa berjalan.nak balik, nak masak ayam masak lemak cili api ni! haha. hover nak bukak puasa padahal tak sampai pukul 3 pun lagi*tutup muka dengan bantal mr bean*

tadi duk godeh-godeh tengok gambar lauk-pauk. air liur tok s0h nak cerita lah. menitis-nitis macam air mata. nanges tengok makanan-makanan yang super hebak dekat en google. then, ting! datang idea nak masak ayam masak lemak cili padi lah weh!.harus before pukul 5 berdesup pergi mydin cari bahan-bahan. then berdesup pulak pergi anta baby pinky kat kedai motor. turn to service, baby !











l0venote: pagi tadi kemain set jam pukul5.15 nak bangun sahur.last-last sahur entah ke mana. naseb lah lauk time lunch tak simpan siap-siap.kalau tak membazir dan aku pulak menanges-nanges terkenang sambal udang mak jemah! hoiiihoiii




08 May 2013

cuti dah berakhir

tsskk.berakhir sudah joget-joget 3 panda.hari ahad aritu, lepas je selesai mengundi terus berdesup balik seremban. ikutkan hati nak balik selasa malam sebab dah alang-alang mintak cuti sampai isnin. tapi malang, tiket sume s0ld out. so dengan hati gundah gulana terpaksa menyumbatkan diri jugak dalam kereta. walhal, hari ni (selasa), dengan tak semegah bukannya pergi lab pun. bukan sengaja tapi apakan daya baby pinky kena rantai.takleh la gerak kemana-mana.kesian.

rasa sekejap giler duduk kat kampung. tak puas lagi main ngan budak kecik si haziq, tak puas lagi rasa makanan mak. haritu time otw nak balik seremban tak sempat pun nak salam ngan mak, tak sempat pun nak cupp cupp pipi mak. tu yang rasa terkilan sangat. aku pergi mengundi dulu daripada mak, dah mak terpakse jaga cucu memandangkan k.long pergi undi time tu. die nak gilir-gilir ngan mak jaga haziq. time aku selesai mengundi, balik rumah mak pulak dah pergi mngundi. hurmmm..tak bestnye rasa sekarang.




muhammad haziq akbar
time balik haritu, tidur je dak kecik ni
terpakse golek-golek badan die semata-mata nak suruh die bangun
cubit pipi die pun tak gerak-gerak


muhammad thaqif iqbal dan muhammad haziq akbar



dak thaqif sekarang perangai makin megah
tapi mak cakap die macam jeles je bila semua orang tumpu kat haziq
asik buat perangai je sekarang
haihh.peningla abah dan mama nak melayan nanti kan?




loven0te: takde idea nak menulis.nak henfon baru !

01 May 2013

hari yang panjang

pasal hape la hari ni rasa lambat je masa berlalu.duduk dalam lab nie dah macam kucing nak beranak dah.kejap-kejap pergi toilet, kejap-kejap pergi amik angin dekat luar. kerja berlambak tapi mood hilang tah kemana entah. padahal eksaited nak balik kampung. malam nie bas pukul10 berdesup lah balik teganu. dah lama kot tak balik, lebih kurang 3 bulan.

ni dah plan nak berdesup keluar awal jap lagi. baju pun tak packing pape.rasanya aku tak bawak barang banyak sangat kot lagipun ambik cuti  just 5 hari.tu pun naseb lah SV tak cakap banyak approve aje. tapi yang penting buku yang aku belikan untuk mak aku dan mainan untuk dak thaqif tuh confirm kena bawak balik.kang meroyan budak tuh.dengar-dengar cite dari mak aku, thaqif sekarang tengah buat perangai.biasa lah orang dah dapat adik. nak perhatian lah tu.kan?

 semalam dalam pukul11 malam mak kol tanya jadi ke tak balik.see? kepulangan aku memang dinanti-nanti. wink. padahal biasa pukul 9 mak dah nyenyak tidur. tak sabar nak jumpa aku lah tu.tahu pun rindu, dulu time aku duduk rumah berbulan-bulan pandai pulak carik gaduh ngan aku je kan. haha.



ni lah adik thaqif yang baru lahir pada 28 april 2013
anak kaklong dan abang long
sebijik macam muka thaqif masa kecik
tapi mak aku cakap baby nie muka macam ala-ala gegirl
mama dan abah nak sangat girl kan



mohd thaqif iqbal
tak tahu die ikut muka sape
rasanya campur-campur kot muka mama dan abah



thaqif ni dari kecik sampai besar memang banyak cakap
mulut pun macam orang tua
masa kecik-kecik mak aku yang jaga
sampaikan kalau die sakit mesti nak mak aku bukan mama die
tapi bila dah besar dan tinggal rumah sendiri 
die ngan tok ma die dah tak rapat sangat
dulu konfius macam mak aku beranak kecik pulak



budak ni memang tak takut langsung dengan binatang
lek-lek je die main ngan anak rabbit yang baru lahir
kalau aku jangan harap nak pegang binatang yang merah-merah pinky tu
yang besar cenggini pun aku geli.
die pulak yang duk usik aku hambik rabbit nak bagi kat aku
haihhh.


tensii dapat anak sedara yang banyak cakap cenggini
lagi-lagi asyik mintak mainan je.
tapi part yang paling kelakar bila aku dah habes belaja dan tak kerja lagi
time tu die tidur dengan aku
time nak tidur tu aku nampak mulut die kumat kamit baca doa
then aku tnye la "thaqif baca apa tu"
die jawab "thaqif baca doa, thaqif cakap, Ya Allah, bagi lah cik kerja cepat-cepat, nanti dapat beli mainan kat thaqif banyak-banyak.amin"
see?
hahaha.nak gelak aku time tu
mainan je yang ko ingat kan?







budak ni peminat tegar upin dan ipin.
tak payah berangan nak tengok citer lain lah kalau kat tivi ada upin ipin
layan je lah.








l0venote: agak-agak adik thaqif macam die tak? tensen aku nak kena beli mainan je time nak balik kampung. eh, lambatnye pukul 4.30!!!