Pages

17 May 2013

11 thing about me




baru ada masa nak jawab soalan-soalan tag.ekceli aku lupa sape yang menge'tag' aku ni. insan nie leave mesej dekat chat box tapi uwaaa..dari semalam chat box problem. tenkiu sesangat sebab ni 1st time aku nak jawab soklan-soklan cenggini#terharu~
okies, lets start with "11 thing about me"


1. Apa hobi korang?

berangan! berangan! dan berangan!. tu lah hobi aku. kalau version yang serius, aku suka shopping, window shopping pun takpe,sekali-sekali mengadap novel cintan cintun sampai nak muntah. ulalala

2. Pernah tak bercinta?

Pernah. kalau version cinta monyet time skola menengah, form 1 kot. hingus masih meleleh-leleh lagi. kalau version cinta sampai ke syurga, ehem. time dewasa ni lah.#umur dah 25 tahun hoi, apa kelas nak main-main lagi.tak kahwen lah mak,

3. Pernah tak sakitkan hati kawan korang?

entah, kejap. nak tanya sape-sape.uulalala. prinsip aku senang je, selagi orang tak sakitkan hati aku, aku tak kan dengki-dengki nak sakitkan hati korang. giler ke hape kan. tapi awas, kalau korang dah stat sakitkan hati aku, wait and c la. giler dendam kau!

4. Pernah bergaduh kat sekolah tak?

time muda-muda dulu, means skola rendah aku memang version pendiam. pendiam nak mampus. kalau orang tanya aku pun alahai, slow giler suara aku. kau memang duk ha? ha? je la. dah naseb. tak kan la budak baik cenggini nak carik gaduh ngan orang kan? orang pun malas nak carik gaduh dengan aku. uhuhu


5. Pernah buat sesuatu yang memalukan diri korang sendiri?

aku ni kekadang jenis otak tak betul jugak. so far, takde lah sampai nak memalukan diri sendiri. no no and no. tak sesekali aku nak memalukan diri aku even ada peluang sekalipun. setakat terpeleot kekadang tu biasa ler, padah pakai high heels sangat kan. nak sangattt kan.


6. Pernah tak buat hati mak awak terluka?

PERNAH. time zaman jahiliah dulu. zaman batu. zaman pakai cawat lagi. tapi sekarang, zaman globalisasi masa kini, aku sedaya upaya letakkan EMAK aku yang teristimewa. of kos lah aku akan jaga hati mak aku even camana pun. #belajar dari kesilapan. sekali kita kecewakan hati mak kita, sampai bila-bila kita tak kan tenang. taubat lah wei. mak kau kot. bukan orang lain.

7. Awak ni seorang yang berjimat-cermat ke?

kalau nak tahu aku ni jenis jimat ke tak, kena lah tanya orang yang paling dekat dengan aku. tak payah amik yang jauh-jauh punya. selagi aku ada duit selagi tu lah aku duk pikir apa yang aku tak dapat lagi. apa yang aku tak beli lagi. so, camne duit nak lekat dalam tapak tangan nih? cuba kau cakap. 

8. Suka bergaya atau tidak?

memang suka bergaya. sangat-sangat suka sampai terkinja-kinja. tapi sayang, size badan yang tidak mengizinkan. sadis kan? #tunggu lah kurus sikit lagi!!!

9. Awk suka tengok cerita apa?

entah. aku rembat je tengok apa pun. kekadang suke tengok korean, tapi kadang-kadang rasa meluat jugak tengok version yang lembab-lembab cenggitu. kekadang suka tengok yang perang-perang tapi rasa ganas pulak kadang-kadang, entah.

10. Benda apa yang korang paling suka?

my bubbly-boo. si teddy bear yang sentiasa menemani saya time saya nak tidur. suwit tak?? benda tu lah yang paling aku sayang setakat ni. hadiah dari yang paling istimewa. lot of meaning. tenkiu awak. #ekceli aku nie jenis penakut nak tidur sorang-sorang,

11. Perkara apa yang sampai sekarang awak tak boleh nak lupa?

L.O.V.E, kemaafan seorang ibu dan pengorbanan seorang mamat kepada si gadis yang sangat manis. ececeh! first time aku menitiskan air mata bila tengok dia bersusah payah demi aku. aku tak kan lupa itu. tak kan!!









lovenote: kepada si gadis yang manis, tenkiu sebab ajak join benda alah ni even saya tak kenal awak..nice to meet you :) 

No comments: