Pages

10 May 2013

BUDU busuk tapi SEDAP!

Time berpuasa ni lah perangai yang tak semegah tu datang. tetiba pulak kan nak cakap pasal BUDU. ekceli tengah terasa nak makan budu cicah dengan ikan singgang. IKAN SINGGANG? kalau di area-area pantai timur nih memang femes de amos lah. terangkat beb! 


"Budu atau sos ikan bilis ialah sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Ia merupakan makanan tradisional yang terkenal di Malaysia dan dipasarkan di Kelantan, Terengganu dan Selatan Thailand. Ia juga nama satu kawasan pentadbiran di Pahang, iaitu Mukim Budu. Budu diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur. Ia biasanya dihasilkan oleh syarikat-syarikat perusahaan kecil dan dijual di kedai dalam pembungkusan botol. Budu boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan lain seperti lada, mempelam dan air perahan limau nipis"


Jangan tak tahu pulak, BUDU ni sangat sedap dimakan dengan nasik kerabu, nasik putih panas-panas.tapi kalau aku, aku paling suke makan dengan nasik putih panas-panas + ayam goreng seketul. itu aje. tu pun dah sampai tahap meloncat-loncat dah! ohsemnye hidup. tapi aku takde lah peminat tegar budu nih sangat, tapi kalau tetiba angin kush kush hota hai datang, sampai rela bungkus dengan surat khabar banyak-banyak angkut time naik bas.janji tak pecah, kalau tak ada satu bas yang duk uwek-uwek karang.keji.


ni lagi satu nak share, ekceli budu nie pun banyak jugak khasiatnye. antaranya ialah:
  1. kandungan budu memiliki glutathione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan   daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser
  2. melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosiskoroner jantungpenyakit kencing maniskanser dan selainnya pada peringkat lebih awal
  3. dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya , kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah



l0ven0te: ekceli budu tak busuk sangat pun. best apa bau die kan?

No comments: