Pages

11 May 2013

kek RED VELVET kukus~



source: abg google

hari ni dapat jugak merasa red velvet cake. order dengan student utem jugak. sizenye sama aje macam picture kat atas. dapatlah seketul harga 7hengget. nie first time la aku merasa,rasanya ya ampunnnnn sedap bangat. minggu depan boleh order lagi untuk en.munik.die bukan boleh kalah kalau aku je yang merasa sorang-sorang kan. nanti taching-taching pulak,

oleh kerana kek nie dah jadi salah satu kek yang feveret#hamboi, terus jadi feveret kan!. maka perlu lah belajar bagaimana nak hasilkannya. so harini google-google lah resepi kut-kut nanti nak buat.tapi kena tunggu balik kampung lah kan. dekat rumah sewa macam tak syok pulak buat sorang-sorang, makan pun sorang-sorang.kesian. aku lebih puas hati buat sendiri, dapat makan banyak-banyak kan.dulu aku try belajar buat kek coklat kukus, sekarang memang dah power. rasanya memang ummphh sangat-sangat.hahaha. puji diri sendiri yang takleh blah kan.


RESEPI KEK RED VELVET

bahan-bahan
2 1/2 cawan tepung kek
2 sudu besar serbuk koko
1/2 cup buttercup @ potong 100g, lebihkan sedikit
2 1/2 cawan gula, kalau tak suka manis sangat boleh kurangkan
3 biji telur gred c
1 sudu teh esen vanilla
240 ml buttermilk (kalau tak jumpa boleh buat sendiri)
# 240 ml susu segar + 1 sudu besar cuka. biarkan 5-10 minit
2 sudu besar pewarna merah (cochineal star brand) 
1 sudu teh cuka
1 sudu teh baking soda (baking powder+soda bikarbonat)

bahan topping + lapisan
250gm cream cheese, sedikit butter, gula aising (kalau yang suka manis boleh tambah, anggaran 100g), 1 sudu besar esen vanilla, 1 susu besar susu segar
#pukul kembang semua bahan.boleh tambahkan jus lemon jika suka

cara lain untuk membuat topping:
*250g cream cheese @satu ketul
*1/2 cawan whipping cream
*1/2 cawan gula-kurangkan kalau tak suka manis
*1 sudu besar perahan lemon


cara-cara:
  1. Tepung + serbuk koko
  2. Buttermilk+pewarna
  3. Butter (pukul kembang)+gula+telur sebiji demi sebiji. pukul kembang macam kek biasa
  4. Masukkan campuran 1 dan 2 secara berselang seli ke dalam bahan 3. gaul sampai habis.
  5. Campurkan cuka+soda+baking powder (tuang masa berbuih-buih dan sebatikan)
  6. Sapu mentega@majerin+tepung gandum pada loyang (biar tak lekat)
  7. Kukus dalam masa 20-30 mint bergantung pada pengukus.
  8. Lapisan: selesai satu, letak dalam peti ais. baru kukus untuk lapisan kedua. selesai yang ke dua baru letak creamcheese. baru lapiskan antara dua tu. 
  9. kek yang sudah siap dihiaskan, diletakkan ke dalam peti ais sebelum dipotong



ekceli resepi ni aku ambik dari banyak sumber kat google dan try olah mengikut kefahaman aku. kena study lama sikit baru paham cara dorang buat camne. huehue.jangan gelak ok, nanti dah menjadi aku tepek kat sini, jangan risau tapi tunggu lah masanya.entah bila la kan?





l0venote: rasa nak terbang balik kampung nak tengok anak mek ngoh! alhamdulillah, k.ngah dah selamat melahirkan baby boy petang semalam melalui operation. 

4 comments:

insan biasa said...

feveret i gak ni.. memang sedap giler red velvet kek.. da de lam list i kek2 yang wajib i wat pas abis pantang nanti.. cheese kek.. choclate moist n red velvet.. hehe :)

sieyla alissa said...

kita boleh geng!! i baru 1st time rasa terus jatuh cinta.amboi u, siap ada list lagi tu. harus lepas je pantang tak toleh kiri kanan kan.hari2 makan ke lah u nanti.hehehe

ZassDhiey said...

waaaa~ red velvet,.rasa cam nak try buat jerr,.tp risiko tak menjadi tuu sangat tinggi+besar,.=='

Anonymous said...

Salam,

saya dah dekat setahun tak buat cake ni. 1st time buat, amik dari blog ni la, terus menjadi, Alhamdulillah. then saya selalu je buat untuk makan2 sendiri. then lepas tu busy sebab banyak hal, berhenti buat kek ni langsung. lepas tu saya nak buat balik, lupa pulak nak nama page awak ni, sampai sekarang tak buat lagi sebab tak yakin dengan resepi orang lain, hahaha... ni dah jumpa balik, boleh la sambung buat lagi.

terima kasih sebab resepi awak la, ramai dapat rasa kek saya buat.

semoga Allah memberkati... =D