Pages

28 May 2013

Try to be a better ones




aku cepat marah.cepat melenting.susah nak terima pendapat orang.yang aku tahu even aku salah pun, aku kena salahkan orang lain jugak.tak kira besar beribu lemon pun salah aku, kau tetap salah. tak kira. no compromise. Dengan sesetengah orang je aku macamni. lagi-lagi dengan en.munik. aku pun tak tahu kenapa. agaknya syaiton duk clap! clap! dengan gumbiranya. 

mungkin awal-awal kenal dulu dia terlalu berlembut dengan aku. terlalu bagi muka. aku pun apa lagi, memang naik tahik lemak lah kan. kekadang kesian dan sayu jugak bila dia mengadu dengan adik aku. tanya pendapat adik aku macamana nak buat aku tak marah-marah dia dah. *sentap*. dia seboleh-boleh nak layan aku dengan baik. tapi aku? tahu cari salah dia! dia! dan dia! =.='

hari ni dia mc.kesian sangat. tu pun gara-gara aku sengaja carik pasal. bayangkan aku saje ngengade nak dia layan kerenah aku. aku kol dia dan pura-pura merajuk semata-mata nak dia spend masa untuk aku. dia layankan aku sampai pukul4 pagi. kebetulan pulak esok tu dia kerja. aku? hari sabtu boleh bangun tidur sampai pukul duabelas tengahari. jahat kan aku. *memang jahat pun

kekadang aku pelik dengan perangai aku sendiri. bukan aku tak pernah munasabah diri. pernah. tapi aku tak jumpa jalan keluar. bukan aku tak pernah nak berubah. pernah. tapi hangat-hangat tahik ayam aje. bila dengan dia secara auto akan jadi perangai cenggitu balik! hati! tolong jangan bukan-bukan boleh tak? be nice too me. aku tak nak kerana perangai aku yang tak semegah ni aku akan kehilangan orang yang aku sayang. sobs sobs sobss

mungkin setahun dua tahun dia boleh tahan dengan perangai aku. bagaimana dengan tahun-tahun yang akan datang? bagaimana? time tu aku nak melalak melolong pun tak guna. so, hari ini aku dah tanam azam, aku nak BERUBAH! aku tak nak marah-marah tak tentu pasal. aku taknak bila gaduh je aku sebut perkataan PUTUS! aku nak berubah, aku sayang dia sebenarnya. tapi entahla. ego ni melebihi segala-galanya. dia pun selalu cakap aku ni ego. cakap besar. sombong. dia nak sangat aku berubah. yes, i will try to be a better ones. i will! 






lovenote: saya sayang awak. auwww, maluuuuuu <3

No comments: