Pages

27 June 2013

Comparison



"Jika ingin memilih teman hidup
carilah orang yang sayangkan kite sungguh-sungguh
bukan
orang yang kita sayangkan sangat-sangat"


betul ke dengan kata-kata ni? tapi bila dipikir dengan logik akal, macam betul kan. tapi bila dipikir dengan mata hati, kau jangan buat kerja bodoh! 

orang yang kita sayangkan sangat-sangat

kebanyakkan orang yang kita sayang, selalu menyakitkan hati, rite? awal-awal je dorang acting suwit sangat-sangat. sanggup buat apa saja. tapi bila dah dapat. campak ke tepi ke tengah ke kiri. awal-awal tu sanggup bagi bunga even before ni bukan mamat bunga. then, depan kawan-kawan "aku terpaksa je bagi bunga ni der, kalau tak, merajuk. penat nak pujuk.". dorang tak pernah pikir ke kata-kata ni macam sembilu tajam? even maaf sekalipun tak dapat hilangkan sakit di hati. mudahnya kan manusia bernama lelaki menuturkan kata-kata. takpe, abaikan. kata sayang. tapi, orang yang kita sayangkan sangat-sangat tak pernah hadir saat kita jatuh, sakit, stress dan sedih.


TAPI.....

orang yang sayangkan kita sangat-sangat

Even kita menangis pun dia dapat rasa. even jauh pun dia dengan kita beribu batu dia still akan mesej kite tepat pada masa nya. ON time. Pukul 2 a.m kite jatuh katil, pukul 2.01 a.m dia akan mesej "awak ok?". kekadang dia akan mesej dengan tidak sengaja "awak ok tak ni" . walhal time tu kite tengah menangis. kita ada masalah. kite stress. kuatnya naluri dia kan. walhal, orang yang kita sayangkan sangat-sangat dimana??. dia lah sahabat, dia lah pendengar yang baik. kite tahu die sayangkan kite. die pun tahu yang kite dah berpunya. tapi ayat dia kekadang menyentuh hati kita "saya tetap akan ada dengan awak setiap masa setiap saat even awak dah berpunya sekalipun." "saya tak kisah walau sakitnya hati saya tak dapat awak asalkan saya tahu awak hepiy.". "awak tahu kan dimana nak cari saya bila awak sedih". awak, kenapa awak baik sangat. saya mintak maaf. saya terlambat menilai diri awak. 


comparison. andai korang berada dalam situasi di atas. mana satu yang korang pilih? lelaki yang sememangnya BF korang or kawan korang yang korang takde perasaan apa-apa pun? tapi orang cakap, cinta dapat dipupuk. ada orang cakap jugak, pilihlah lelaki yang sayangkan kita. InsyaAllah, kita pasti bahagia. 












lovenote: adakah sekarang aku patut lakukan solat istikharah? 


26 June 2013

plish stay away..

sumpah! aku dah bosan. aku dah give up nak jaga hati orang. aku malas. biar lah apa nak jadi pun. bila aku baik, camni orang layan aku. bila aku yang terhegeh-hegeh camni orang permainkan aku. aku sakit hati. aku jugak rasa kecewa sangat-sangat. tapi takpe, aku dah pernah rasa lebih sakit daripada ni. aku jugak pernah lemah. tapi aku cube bangun slow-slow even nak bangun dengan kaki sendiri pun aku rasa payah. takpe, moga suatu hari orang akan sedar makna kehadiran aku.

sungguh! aku give up!


why me?

tulis isi entri dulu. tajuk tolak ketepi. baru ada masa nak meghadpate. ekceli banyak benda nak cerita. banyakkk sangat nak luah. minggu ni adalah minggu PILU. minggu STRESS jugak. DR luqman takde mood aku jadi cuak giler. dah la paper yang die suruh buat cinonet je aku dapat siapkan. memang takde idea langsung nak mengarang lagi-lagi mood tengah pilu sekarang. sob sobs.

minggu nie die bagi task lain. nak main-mainkan imaginasi aku pulak. macam lah aku kreatif sangat nak imagine magnet tuh berpusing camne. bayangkan aku kena imagine magnet tuh dan cari macamana bentuk orientation yang membolehkan motor bergerak. mampus takde idea.

oh! minggu ni aku sedih sangat. rasa macam lemah giler. aku tak tahu nak luah kat sape. ada sape-sape nak pinjamkan bahu tak. aku nak nanges puas-puas. aku rasa lemah. dah lama aku tak rasa lemah camni. aku nak menangis tapi aku tahan. aku cuba untuk kuat. aku cuba untuk tak jadi lemah. even aku pernah lalui benda-benda macamni dulu tapi aku rasa tak seteruk ni. aku rasa dipermainkan. sumpah, rasa nak lari jauh-jauh dari semua orang. konon-konon. biar orang tahu, aku ni berguna jugak. kali ni aku tak boleh nak tipu diri aku lagi.

kenapa pilih aku? kenapa?

25 June 2013

hang0ut malam jumaat ^^

hari khamis baru-baru ni aku dengan housemate meroyan lagik. ni gara-gara voucher yang aku dapat dari TM reward. voucher kepci + pizza + sunglassess and lens. so aku pilih kepci lah. pizza dah buhsan sangat dah. macamana nak cakap, ermm cannot go lah!


lepas magrhib kitaorang start berpesta. cewah. naseb lah dua-dua in case green light. kalau tak segan jugak nak meroyan time malam jumaat. baik duduk rumah diam-diam baca yasin lagi bagus kan. ekceli dah alang-alang aku nak kuar carikan en.munik punya mmc tu yang kitaorang terus berdesup pergi kepci. kitaorang kan muka template voucher! baik. kena terima dengan hati yang tabah.


ekceli ni lah voucher yang aku dapat tu.
kira jimat jugak lah guna voucher ni
tak payah nak bayar gov tax bagai
suke tak? ai lagi suke!

\
awal-awal dapat tu dalam hati cakap alaaa ni je?
walhal nuget tu tak habes pun
ayam aku punye lagi lah. bagi kawan habeskan. hihihi
perot kecik, so kena lah makan cket.
khen??
1 set just rm19 sahaja.


gambar yang show off cenggini memang perlu yang amatttt


sarah a.k.a housemate
geng peneman makan-makan + shopping-shopping
biasa cerita nama je dekat blog kali nie show off jugak.

kenyang melantak kitaorang terus berdesup pergi family store dekat melaka mall. suke sangat habeskan masa dekat family store ni. lagi-lagi ada geng satu kepala. satu store tu kitaorang pusing. pergi sini status terus bertukar dari perempuan ayu dah jadi makcik-makcik pulak. aku lagi la. masuk sini memang rembat sayur lah. murah beb. sayur sawi yang banyak gilo tu baru 61sen. hahaha. tu pun ada dalam fridge tak tergoreng pun lagi. >.< bukan malas cuma bizi cket ni haa..






papai~









lovenote: missing someone a lots!

24 June 2013

M.A.L.A.S

opocot! melatah lah pulak. padahal hati tengah berdebar dupdapdupdap! pehal? aku memonteng lagik la hari ni. malas woi nak masuk lab. badan still lagi penat. tekak sakit. ni JEREBU lah punya angkara. nak keluar pun rasa malas yang amat.

harapnya SV aku tak masuk lab lagi hari ni. dah seminggu tak jumpa SV aku yang enchem nak mati tu. rindu aku rindu!  jumaat lepas pun aku memonteng jugak. sebabnya ada hal yang tak dapat nak diselamatkan. alahai. tapi aku still rasa bersalah nih. nak cakap ke tak nak eh. better keep quite kot. bukan aku sengaja pun. aku TERPAKSA! siyesly my kesayangan. then forgive me >.<

dah lama aku tak menghapdate. kesian. ekceli aku bz secoet. paper pun tak setel sepenuhnya lagi. alahai. aku dah rasa malas giler dah sekarang. then someone told me. Jangan biasakan diri dengan kemalasan! cuba lawan. Jangan ikut kata hati. oh! thanks my BFF.


















LOVENOTE: thanks and i'm heppy!

Aku bukan Dia




Jika wanita yang solehah yang kamu cari
itu bukan saya

Jika wanita ayu yang kamu cari
ia bukan saya

Jika wanita kaya yang di cari
ia bukan saya

Jika wanita yang berpurdah yang dicari
ia bukan saya juga

Tapi, jika wanita yang ingin dibimbing
Ya! itu memang saya

Bimbinglah dan berikan ilmu agama kepada saya
walau siapapun anda








17 June 2013

REVIEW JJCM: API API Steambot & Grill

Dah lama nak try makan kat API API. kebetulan en munik datang melaka 2 hari lepas means hari sabtu. dapat jugak lah pergi dan merasa. takde lah jakun sangat nanti bile orang cakap pasal api-api, aku duk what? what? aje kan. malu sehh. bagi aku so so aje lah api-api ni. mybe feeling tak de sangat sebab aku pergi pukul 5 petang. biasa makanan cenggini sesuai makan waktu malam. baru rasa keberAPIan die tu kan.

time aku pergi ni tak ramai sangat orang. dalam pukul 6 lebih kot time tu dah mula ramai cket. ada jugak lah yang celebrate bufday. kalau makan ramai-ramai syok sikit agaknya. aku just berdua dengan en.munik. kau pandang aku, aku pandang kau. pastu memasing dah malas nak bangun nak ambik lauk-pauk. aku lagi lah. berapa kali jew bangun pergi usha-usha lauk. lain-lain tunggu mamat nih je yang hidang. haha

oke lah. nie sedikit info yang aku nak kongsi pasal api-api nih. kalau area melaka, api-api ni terletak betol-betol kat jusco bandaraya melaka tuh. senang je nak cari tak payah pusing dua tiga kali. dekat deretan bangunan yang colourful tu. cara penyediaan adalah secara bufet. aku makan haritu 25hengget/person. aku pilih tom yam. kureng sikit lah rasa die. bagi aku better steamboat dekat johnny restaurant kot.kot lah kan. better try sendiri k.


API API STEAMBOAT & GRILL
Jalan Lagend 6, Taman 1 Lagenda, 75400 Melaka



ada nasik lemak + bubur nasi 





benda alah ni la aku duk angkut banyak-banyak kali
sedap giler main grill-grill benda alah ni.haha. nakal



barang-barang sejuk beku ni kitaorang tak ambik sangat.
padahal awal-awal tuh sempat rembat 2 pinggan penuh
tapi bila rasa kuih tom yam cam tah pape tu kan
terus pergi hantar balik.
better pilih bahan-bahan nak grill je la kot.
hurm.


ayam+ikan keli+ikan pari+ lala
benda alah ni je la kitaorang ambik banyak-banyak pon
yang ni sedap sikit lah



muka macam kena pakse je balik-balik ikan kan
ke muka nak mintak penampar nih?
cube cakap!


time jumpa ni en.munik buang tebiat pulak
asyik nak snap gambar je
dulu aku memang hantu bergambar
sekarang dah kureng cket
tapi die pulak duk pakse-pakse
"cyg,meh abg ambik gambar"
>.<
layan jew la..


en.munik nampak gelap sikit sekarang
opss. efek kemera sebenarnya. padahal tak hitam sangat pun lengan tu.kan? bluek.haha
kesian.
takpe, dah keje memang terpakse hitam-hitam cenggini. 
kate nak simpan duit untuk kawen kan?


dah start mengah-mengah
padahal baru makan dua tiga ketul je..
naseb lah perot kecik kan
wiwit


sotong grill
rasanya yang amat pelik.
mashammm



sepinggan ni yang kena hantar balik
tak larat nak habeskan
lagi-lagi dorang tulis sign "sepinggan yang tak habes kena bayar 30hengget"
en.munik laju-laju pergi hantar balik.
haha




 sempat tengok wayang "man of steel"
best sangat sebab hero die hensem nak matiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
dekat ceruk mana lah dorang jumpa lelaki yang hensem camni kan
even tgh tgk tu aku terlentok je tapi mata still bukak sebab nak tengok hero dia
haha
gatal.!






lovenote: review yang tak macam review. tapi tekak memasing tak sama k. better try sendiri lah. then baru decide nak pergi lagi ke tak. kalau aku, tak pergi dah kot. tapi kalau ada yang nak belanja lagi, aku ON aje. sekarang mengidam nak makan steamboat kat johnny restaurant pulak.

09 June 2013

kenapa aku berblogging?




aku sebenarnya seorang yang gedik.pheww. haha. tapi orang tak tahu pun. bile dorang singgah blog aku, baru dorang akan cakap gediknya kau nih. tapi aku cool. sebab aku suke. sebab dalam blog aje aku dapat jadi diri aku. aku boleh marah, boleh taching, boleh sedih, boleh hepi. aku boleh luah je apa yang aku rasa. 1001 rasa macam iklan babas! haih.

dulu sebelum aku ada blog, aku suke gedik-gedik dalam fesbuk, dalam twitter. aku tulis aje apa yang aku rasa. tapi ada hamba Allah yang prihatin, cakap berdrama selalu tak elok sayang. ok, aku paham dan aku stop. aku tak marah dia tegur aku sebab aku tahu dia sayang aku. kenn. die tak nak ada hati-hati yang terlebih masak kurang senang dengan aku. itu nasihat dia. 

so, transformer telah bertukar! aku menggedik dalam blog. sekarang aku puas hati. tapi betul ke orang cakap blogger ni sebenarnya lonely? haip. tak. tak. aku tak sunyi punn. hidup aku penuh dengan kebizian. tapi kekadang aku amik masa jugak nak menulis. nak meluah rasa. kalau ada benda-benda best aku nak kongsi. kalau ada benda-benda yang menyakitkan hati, aku nak luah. aku nak hembur. boleh kan.

harapnya blog nih akan terus bertahan dengan aku. dulu aku banyak entri dalam blog nih. tapi bila tahun 2013 muncul. aku delete semua entri. aku try the fresh ones. entri aku dulu macam rubbish. macam childish. aku tak suke. sebab tu bukan diri aku. aku terlalu menjaga hati someone. aku tulis yang baik-baik aje. padahal? pheww. aku menyampah!










lovenote: aku bukan lonely. aku ada BFF.

08 June 2013

hujung minggu yang ohsem!

wiwit! dah sabtu lah !


hujung minggu tak semestinya akan ohsem bila kita dengan megahnya hangkut paper bag hasil shopping kat kedai-kedai branded, tak semestinya kena pergi dating memadu kasih dengan kekasih hati, tak jugak kuar dengan scandal yang poket tebal, bawak mercedes bagai. cukup sekadar makan chipsmore atas katil dah buat aku rasa ohsem, siyesly, hidup macam bergelumang dengan kegembiraan 24jam. ohsemnyeeeeee.

bayangkan kau boleh bangun lambat pukul 4 ratus tak pun paling teruk pukul 5 ratus, boleh mandi lambat even badan dah macam bau kambing, boleh baca majalah fesyen sambil ngap-ngap chipsmore, makan pulak atas katil.pheww.. aku rasa nora danish pun akan jeles nih. ini kalau lah kau tinggal kat rumah sewa, kalau rumah family, ada berani kau nak buat macamni? tak pasal-pasal baldi terlengkup atas kepala kenn. aku dulu pernah kot kena simbah dengan sebaldi air gara-gara bangun tidur matahari dah terpacak atas kepala! giler, memang tak ohsem kan.

best kot weekend nih, weekend seringkali menjadi dambaan aku setiap masa setiap saat. tak sabar sangatttttt nak tunggu hari sabtu dan ahad. yeah! even hari ni aku tak kuar, just berjimba atas katil, tapi feeling yang aku rasa macam dapat handbag CR spring summer punya, macam dapat makan kat hotel  SIX STAR, macam dapat pandu kerete audi sambil pakai spek rayband kot. feeling die fulamak macam harem.phewww. lentik mak, kalau betol-betol ken.


hari ni aku berjaya menghabeskan sebungkus chipsmore version hazelnut punye.
giler ah makan sorang-sorang
peket besar kot.
feeling die macam dapat permision "mak bagi kawen je"
keh!









yeah, dah ada vip watson's card!




minggu ni sempat jugak berpoyo poyoan dekat jusco. kebetulan nak teman sarah beli kasut sukan. nak joging katanya. aku ON saje sebab baru terpikir, bulan MAY macam takde window shopping pun. patutlah duit tebal kemain. >.<

sampai-sampai jusco aku singgah dekat watson dulu. adik aku si teah mesej suruh belikan syampoo. tak nak sympoo lain, nak CLEAR jugak. time nak bayar tu, cashier watson dah promote suruh join card vip nih. aku dengar tak dengar je la. then, senyum, cakap "takpe".bayar terus out. melilau tak tentu hala.

nak di jadikan cerita la dan dah memang aku ada jodoh betul dengan card watson nih. teah mesej aku lagik. mintak tolong belikan itu belikan ini dekat watson.sekaliiiiiii lagi. haih. naseb mood rajen. kalau tak jangan harap aku nak melayan. lagipun time tu kasut sarah dia tak jumpa lagi yang berkenan dihati. so, masuk lah sekali lagi dekat watson tuh. pick sini pick sana. then sekali lagi aku jumpa ngan akak cashier tuh. jenuh pulak die promote kat aku. time tu aku dengar tak dengar jugak. tapi still behave macam pura-pura dengar. jahatttt sangat awak nih! 

dia cakap la kelebihan card nie. pasal point lah. keahlian seumur hidup la. just bayar 12hengget bape entah. time tu aku pikir, alaaaa bukan selalu pun aku shopping dekat watson nih. kengkadang aje. padahal aku lupa bedak compact, lipstick, shaver sume aku beli kat sini. then, TING! ok akak, saya NAKKKKKK! hahaha. macam harem time tuh. mula-mula jual mahal kenn.


bila dah ada card ni makin semangat lah aku nak kumpul point.
bukan apa pun, sekadar menyahut seruan kerajaan kennn..kah!
Nu Tea tu aku dapat as a gift. mask muka untuk hilangkan jerawat
then sampul yang kaler hijau tu adalah voucher bernilai 200hengget.
wiwit!








lovenote: menanges dalam hujan. sobs sobs!

07 June 2013

bila hati dah tak sayang


hati perempuan sebenarnya senang aje nak jaga. tak perlu nak siram hari-hari pun. tak perlu nak puji pagi petang siang malam. tak perlu hari-hari nak hadiahkan bunga atau emas permata sekalipun. tapi cukup sekadar menjaga hati. cukup sekadar memahami. cukup. 

perempuan bila dah sayangkan seseorang, dia akan sayang sepenuh hati. dia tak kan cakap hari ni sayang, esok benci. melainkan hati tengah marah. melainkan lelaki tak memahami. kekadang perempuan mahu di manja, mahu disayangi, mahu terasa dihormati. mahu merasa seseorang hadir disisi. walau sehebat mana pun seorang perempuan, walau setegas mana pun dia, tetap mahu bermanja dengan orang yang dia sayang. tetap mahu disayangi. kensep disayangi banyak segi. banyak cabangnya.

kekadang, rajuk perempuan di biarkan terlalu lama. sampaikan dia terpaksa merawat sendiri sakit di hati. terpaksa pujuk diri sendiri. tapi sampai bila? sampai bila wahai lelaki?fikirkan. adakah perempuan yang kau lukai hati nya kau mahu jadikan isteri? atau kau sekadar mengisi kekosongan hati? kalau itu niat kau, maaf! rasanya sampai di sini. STOP play around wahai lelaki.

hati perempuan di ibaratkan seperti sutera, lembut, sangat mudah tersentuh. tetapi, selembut-lembut hati dia, bila hati selalu berdarah. bernanah. maaf. pintu hati ini akan dikunci serapat-rapatnya. melutut lah. merayu lah. semuanya bagai angin yang berlalu. maaf. 

bila hati dah tak sayang...............











06 June 2013

effect of study in master!

Ekceli petang ni bosan yang amat. melaka pulak still redup-redup manja. buat aku rasa ngantok giler dan rasa nak angkat punggung laju-laju aje. tapi sabar. sabar lah sangat. im try too respect my SV. STILL. Ececeh. kemain. esok-esok lusa respect hilang entah ke mana. kan.

ekceli aku takde benda yang nak kongsi. nak melalut-lalut kat entri. tapi tangan macam gatal giler nak main-main dekat keyboard. padahaL nak taip report kau malas giler kan. kan. puii. macam yang aku cakap entri before nih#macam ada yang baca je. masa aku tak pack sangat. tapi aku yang buat-buat pack. kan SV ingat aku makan elaun buta pulak. bangun pergi kerja. ulang lab. balik lab. esok pergi lab lagik. ulang dan ulang. tup tup eh! dah gaji.

petang-petang pergi jogging. round track 5 kali (dalam mimpi)
brad pit dah clash dengan angelina jolie (biar betul??)
yela kot sebab semalam dia kol aku.lama.dekat 5 jam.(serius)
hari ni aku pergi lab dengan kereta. suzuki swift kaler biru. sori kawan, bukan tak nak bagi tumpang. ai segan takut kantoi. (>.<)
aku liat macam getah kurap nak semayang subuh.
aku ada jam loceng baru. beribu harga dia.that why kalau dia berbunyi pagi-pagi aku sayangggggggg sgtt nak off. takut calar. sori kawan.
semalam aku shopping. beli beg Carlo Rino. last-last tertinggal dalam toilet. cool aje. malas haih nak pergi ambik balik. penat nak jalan sebab pakai high heels 5 inci.
izzue islam ajak kawen. malas haih. kau dah suami orang.
anuar zain ajak candle light dinner. oh, maaf.
sumpah aku benci aircond. kau buat aku ulang alik pergi toilet. menyampah.
ada orang cakap aku lawa.(perasan)
aku gaduh, gaduh, dan gaduh lagi dengan someone.geram
aku rasa nak hempuk orang dengan bontot kuali.rasakan.
semalam dapat SMS cinta dekat fesbuk. maaf, im taken already.
aku gatal nak kawen. ehem.
aku rasa nak  makan banyak-banyak.
aku rasa nak belanja orang kek secret recipe.
Ya Allah. ampunkan dosa-dosa aku.









dah.jom balik.dah tahap macam tahik dah aku nih.









andai itu takdirnya

dah lama tak menghapdate belog. ekceli bukan bizi mana. hari-hari aku pun berlalu dengan senormal yang mungkin.mungkin. macam biasa, lebih kurang pukul9 pagi aku terhegeh-hegeh masuk lab. pukul 5 balik rumah.kekadang tak sampai pukul5 dah sampai kat parking motor. bila kena perli se das dua dengan SV baru taching kemain. lepas tu tanam azam dalam jiwa raga esok nak pergi lab pukul8 nak balik pukul 6. kemain. padahal?malam pulak termenggu-menggu la aku sensorang takde ketentuan hala.

buhsan kan. kesian. tapi bile ada adik aku, malam-malam macam terisi lah jugak. kekadang buat-buat rajin masak untuk dia. nasik goreng je pun. tapi bila tengok dia makan banyak giler, rasa kembang kempis kembang kempis aje hidung ni. padahal tak tahu orang tu tengah lapar giler sebab kerja kan. sebab kerja ok? bukan sebab nasik goreng yang kau masak satu dalam berjuta. sobs sobs sobs.

bila ada adik sama-sama dengan kita, kerinduan pada famili kat kampung takde lah terasa sangat. rindu-rindu jugak, tapi tak sama bila kita sensorang aje kat melaka nie. kan.