Pages

06 June 2013

andai itu takdirnya

dah lama tak menghapdate belog. ekceli bukan bizi mana. hari-hari aku pun berlalu dengan senormal yang mungkin.mungkin. macam biasa, lebih kurang pukul9 pagi aku terhegeh-hegeh masuk lab. pukul 5 balik rumah.kekadang tak sampai pukul5 dah sampai kat parking motor. bila kena perli se das dua dengan SV baru taching kemain. lepas tu tanam azam dalam jiwa raga esok nak pergi lab pukul8 nak balik pukul 6. kemain. padahal?malam pulak termenggu-menggu la aku sensorang takde ketentuan hala.

buhsan kan. kesian. tapi bile ada adik aku, malam-malam macam terisi lah jugak. kekadang buat-buat rajin masak untuk dia. nasik goreng je pun. tapi bila tengok dia makan banyak giler, rasa kembang kempis kembang kempis aje hidung ni. padahal tak tahu orang tu tengah lapar giler sebab kerja kan. sebab kerja ok? bukan sebab nasik goreng yang kau masak satu dalam berjuta. sobs sobs sobs.

bila ada adik sama-sama dengan kita, kerinduan pada famili kat kampung takde lah terasa sangat. rindu-rindu jugak, tapi tak sama bila kita sensorang aje kat melaka nie. kan.

 

No comments: