Pages

30 July 2013

EDISI BERBUKA

Dah lama tak hapdate blog. mood menghilang. lagipun minggu lepas banyak benda nak kena setel. down giler. bayangkan juz tiga hari kena setelkan report + simulation bagai. dapat task hari selasa. hari khamis dah kene setel. air mata memang tak henti-henti mengalir. mengalir dalam hati. kalau tak tahan sangat dicelah-celah bubbly-boo pun boleh. tapi alhamdulilah, minggu ni macam lega sikit. hari khamis dah boleh balik kampung dengan tenang. yeay, cuti dah approve! harap-harap tak de task saat-saat akhir. hopefully ^^

tahun ni banyak sangattttt jimat. kalau  nak dikira dengan jari, juz 3x aje pergi bazar. 1x makan luar. yang len tu just melilau tengok makanan kat bazar. last-last balik rumah bersilat dengan ayam + bawang. tak kira balik lambat camne pun mood nak masak memang berkobar-kobar. tak kisah la masak simple-simple pun. aku pun jenis makan ala kadar. kekadang ada jugak main masak-masak dengan azi. tapi yang tak syok, tak de geng nak pergi terawih. bila tak join terawih, syok ramadhan tak rasa sangat. insyaAllah balik kampung nanti nak jugak merasa nikmat terawih.amin


ni semalam punya lauk
gulai terung + sambal kerang + ikan selar goreng + telur masin + bebola sotong



mengidam giler nak makan gulai terung
naseb la melilau dekat bazr terjumpa jugak gulai terung ni
sedap sangat
teringak mak masak


sambal kerang


makan sorang-sorang boleh habes 3 ekor ikan


hari ni punya menu
mee hailam
gigih lah jugak buat even tak de bahan sangat pun
yang penting sedap lah jugak 
^^









22 July 2013

Shopping kasut raya ^^


 Amacam?
kebabom tak kasut raya ai?
pinky tu
mahu nanges time nak jalan ke hulu ke hilir kalau pakai high heel cenggini
sanggup duduk rumah tidur aje daripada pergi beraya. kan?


tak payah nak propa sangat. bajet retis kan nak raya je kot bukan nak buat fesyen show ke hape. ni ha kasut raya aku. bagi aku "simple but nice". ehem


Sempat rembat wedges ni kat Vincci aje. kebetulan ada 20% off. mahu aku rambang mata kan. hantar picture kasut ni dekat en.munik naseb die approved! tapi aku cerdik lagi, lepas beli baru duk berdrama dengan en.munik. lepas beli baru SMS dia.

aku:abg, cyg mintak maaf T_T

en.munik:kenapa? maaf untuk apa pulak ni? ke cyg ada beli something ni? cepat cakap.

before tu aku dah cakap kat en.munik yang aku nak kuar dengan azi.so die macam boleh detect lah kan.hahaha.kelakar pulak.

aku:err..cyg ada beli kasut raya.heeeeee

en.munik:kan cyg cakap tak nak beli.#bla bla bla bla dan bla lagi.

aku:cyg takde kasut raya lagi..hurmmm. camne nak raya ni..huhuhu

en.munik:ok.nanti hantar kat abg gambar kasut tu.

aku: okey. hehehe

ayat last die tu dah buat aku lega. semenjak dua menjak ni semua benda aku rasa nak mintak pendapat die. nak mintak permision dia. even aku dah beli pape pun, kekadang tu nak sorok je dari die mesti lama-lama aku akan gitau jugak. tak syok aje rasa. tak kisah la orang nak cakap "asal nak gitau dia pulak, bukan duit die pun" memang la kekadang tu duit aku, duit aku, duit dia, duit dia. tapi kalau aku tengah kering? sape yang support? dia jugak yang susah payah untuk aku. kekadang tu even die tengah pokai pun die sanggup dahulu kan aku. ni bukan ayat nak bodek mintak 2 pasang lagi baju raye ke hape. tapi kenyataan. hurmmm..sebak pulak.. bubbly-boo please!



pen off!



BUBBLY-BOO yang pemalas



"i think the way to keep a friendship is to respect that everybody is different"










sekarang dah tak rasa sunyi sangat sejak ada bubbly-boo. pandai en.munik hadiahkan cik teddy yang besar gedabak ni kan? maybe dia dah agak yang dia tak leh nak teman ai macam dulu-dulu. aku kat melaka dia pulak kat selangor. even melaka ke shah alam juz 2 jam, tapi alahai macam jauh bebenor. nak jumpa pun dah susah. tak bestnye. belum tentu sebulan sekali boleh jumpa. sekarang terasa macam sorang-sorang aje kat sini. sobsobs.

kesian kat bubbly-boo, kalau aku gaduh dengan en.munik dia pulak yang jadi mangsa. dah takde tempat special die dekat atas katil. dengan tak semena-mena aku campak je dia kat bawah. tapi lepas dah baik balik dengan en.munik, cepat-cepat kutip die balik. haha. letak kat tempat biasa. kejam kan. kekadang bubbly-boo ni tempat nak luah 1001 perasaan yang tak leh nak luah. kebiasaannye sebagai cover time nak nanges esak-esak. cover takut roomate nampak. hahaha

sayang sangat kat bubbly-boo ni. aku macam childish sangat kan. ah, pedulikan. yang penting apa yang en.munik bagi even ikhlas atau terpaksa, semua aku suka. aku kan suka paksa en.munik, mintak macam-macam. en.munik pulak rela dalam terpaksa. rasa nak cerita pasal en.munik pulak hari ni. maybe dah lama tak jumpa kan?


20 July 2013

11th Ramadhan

Sedar-sedar dah 11 ramadhan kan. cepatnye masa berlalu. lagi lah terasa cepat bagi orang pompuan yang piyed kan. hurm. nak menggantinya tu yang payah. hari ni main masak-masak dengan roomate. sebenarnya plan nak masak nasik lemak dah lama sangat. tapi kalau nak masak sorang-sorang memang tak syok la. nasik lemak yang sedap pun jadi so so aje. bila bergabung masak, baru lah melet0p. kebabom!.haha. 



cakap kat azi, die pun ON je. lagipun hari minggu je lah sempat nak masak mewah-mewah sikit. bagi student macam ai ni, masak nasik lemak pun dah rasa meriah tau. sadis sangat!. yela, kalau tak, hari biasa memang masak yang simple-simple je macam nasik goreng, bihun goreng, nasik goreng, bihun goreng. tu je lah yang repeat hari-hari. naseb lah selera jenis yang tak banyak songeh kan. telan je.




Nasik Lemak Uda dan Dara
Kau Uda Aku Dara
boleh?



Sambal Ikan Bilis
Azi yang masak
sedap sambal bilis Azi.
boleh mintak resepi ni.
part aku pulak juz tolong rasa masin + manis aje
opss! puasa lah !



makan nasik lemak memang kena ada dua benda ni
timun + telur rebus


Ikan Bilis Goreng + Ayam Goreng Berempah



tak sangka menjadi jugak ayam berempah ni even guna bahan-bahan yang simple aje. dah boleh kawen dah ni kan. hari-hari ai masak ayam goreng berempah je sampai muntah!
haha






LOVENOTE: Tak sabar nak balik kampung. rindu mak. rindu adik-adik ^^ cepatlah 1hb ogos!

RESEPI : Sandwich Sardin Special (Triple 'S' sandwich)


Salam ramadhan ke-11 ^^

semangat nak share satu resepi nih "sandwich sardin special". special sangatttt kan. padahal  tang specialnye sebab guna sandwich toaster aje. tapi cayelah memang sedap. sesuai lah untuk orang yang tak suke makan nasik time sahur. macam aku lah tuuuu. nasik kureng sikit time nak- nak sahur. nak muntah lah apa lah kan. then aku try buat sandwich ni, lahapnyeee ya ampun ! 




RESEPI SANDWICH SARDIN SPECIAL

BAHAN-BAHAN:
#Untuk inti sardin

1 tin sardin AYAM BRAND #asingkan sos dan ikan
4 keping roti gardenia
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 biji cili padi - dihiris kasar #kalau tak suka pedas boleh gantikan dengan cili merah
2 sdb cili kisar # aku guna cili kering yang dikisar. lagi sedap. aku buat sendiri tau. ^^
minyak
garam
gula

CARA-CARA BUAT INTI:
1. Tumis bawang besar + cili kisar
2. + sos sardin
3. garam + gula
4. + ikan sardin
5. kacau dalam 3-4 minit
6. + cili padi
7. siap!

simple kan? cara memasak macam biasa lah. aku banyak skip sebab just simple task aje kan.

CARA-CARA BUAT SANDWICH:

1. Sapukan marjerin pada satu bahagian roti. Letakkan roti pada pembakar. Permukaan yang di sapu    marjerin di letakkn di bawah. 
2. Letakkan inti sardin di atas roti.



3. Tutupkan roti dengan sekeping lagi roti. Bahagian atas roti yang ditutup disapukan marjerin.
4. Lakukan step yang sama untuk roti yang satu lagi.
5. SIAP !



inti sardin
crispy di dalam crunchhyyy di luar 
amacam?





LOVENOTE: MENU DIET PUN BOLEH ^^

14 July 2013

#PIZZA SariLautan @pizza hut ^^

4th ramadhan sempat berbuka dekat pizza hut. lagi-lagi pizza hut ada buat promotion sempena ramadhan lah kan. so berpeluang jugak nak try resepi Sari Lautan baru tu. emm..kire not bad lah kot. even rasa macam sama aje cam resepi-resepi before ni. tapi ni first time try pizza yang ada udang. fresh aje udang die tu. then "istimewa platter" best jugak. sebab ada honey wings. yang ni aku memang suka sangattttt. total makan berdua RM46.10. ni campur gov tax bagai. sekali sekala boleh la. kalau hari-hari mau sahur and berbuka makan meggi aje.















LoveNote: kan best ada awak !

12 July 2013

3rd day puasa :)





3rd day puasa. hari ni malas nak pergi bazar. dah tahu dah, kalau pergi bazar mesti akan tunjuk nasik kerabu lagi. tak pun mee goreng. tak pun jugak nasik lemak. so, hari ni masak kat rumah je la. bihun goreng. ^^. dapnyeeeeee. kalau time berbuka, tak kisah la menu apa pun, semua jalan. takde masa nak memilih-milih nak makan itu nak makan ini. kalau kat kampung boleh lah request dekat mak.ngade-ngade kan. sekarang teringin sangat nak makan bubur lambuk yang mak buat. kalau mak buat mesti letak pucuk-pucuk paku banyak-banyak. memang menambah bermangkuk-mangkuk lah jawabya. kalau duduk bujang camni, nak request macam-macam jangan harap lah. diri sendiri pun malas nak melayan. >.<


oh! elaun dah masuk. yeay! lepas ni boleh la shopping kasut raya. kesian kasut raya takde pun lagi.sobsobs.  request kat sorang tu tapi tak layan-layan pun. takpela, bila pikir balik buat apa nak lebih-lebih sangat pun. takde apa-apa yang special pun sampai nak mintak lebih-lebih. sabar. tapi kalau bulan puasa ni feeling nak shoping macam malas sangat-sangat. tapi kena shoping jugak. haih. banyak benda kena bajet tuk bulan ni. present tuk anak buah hazim dan haziq pun tak beli lagi. pikir-pikir nak beli baju je tuk dua-dua tu. harap-harap mood nak shopping adalah nanti. kang segan pulak tak bagi apa-apa kat dorang. dah la nak balik raya dah nih.

alhamdulillah, bulan depan dah setel dah hutang. lepas ni takde lah rasa terikat sangat. dah malas sangat-sangat sebenarnya nih. tapi just sabar je. moga-moga lepas ni ada suatu yang indah terjadi. amin.




LoveNote:   rasa nak ganti balik je apa yang orang dah beri. tapi, tunggu lah nanti.

11 July 2013

2nd day Puasa ^^

dah masuk hari kedua kita puasa. sekejap je rasa kan? hari ni mood nak masak menghilang. so berbuka dengan menu tunjuk-tunjuk aje. padahal dah plan nak masak mee hoon goreng. lagipun lebihan keropok keping yang semalam punya berbaki lagi. syoknya bihun goreng kan. tadi sempat roger mak kat kampung, mak masak nasik goreng hari ni. hahaha. tertukar pulak ngan aku kan. semalam mak masak mee goreng. aku pulak terasa nak masak mee goreng tapi cancel sebab kawan ajak pergi bazar.

biasa famili aku jarang berbuka dengan nasik putih + lauk pauk. biasa mak akan masak nasi goreng, mee goreng, bubur lambuk, nasik kerabu, nasi lemak or nasik minyak. jarang nasik putih. tu pun kalau macam ada menu yang special sikit. macam ikan bakar ke. ramai jugak yang pelik bila aku cakap camni. yela, dorang hari-hari berbuka dengan nasik putih. dah famili kitaorang perut kecik-kecik kecuali aku lah kan. heeeee 

hari ni pergi bazar ramadhan kat bukit baru, melaka. dah set dalam kepala nak makan nasik kerabu + karipap. aku memang hantu karipap. feeling dia macam karipap-karipap cinta aje. nasik kerabu macam sedap sebab ore kelate yang jual. naseb tak terbeli kat makcik sorang lagi tu. sebab sekali tengok macam tak syok aje. lagipun macam bukan ore kelate aje. yang ni macam syok sikit ada sambal yang pekat-pekat tu. sempat jugak beli onde-onde. sekali sekali boleh la pergi bazar. kalau nak jimat better masak sendiri aje. kalau pergi bazar pun tak tahu jugak nak beli apa kan. masak boleh ikut tekak dan perut sendiri. total habes hari ni (nasik kerabu = 4 + onde-onde = 2 + karipap-karipap cinta = 2) dalam 8hengget. air aku tak beli pun sebab air orange twister ada lagi dalam fridge.






lovenote: tak sabar nak berbuka ^^

10 July 2013

1st day puasa

alhamdulillah ^^

1st day puasa badan still bertenaga lagi sampai sekarang. heeeeee. ni mesti efek bangun sahur dan makan 3 bijik kurma time sahur tadi. wink! tadi sempat jugak time panas terik giler pergi melilau dekat mydin dan gagah perkasa lagi carik baju raya untuk adik aku kat area kota fesyen mitc. ramai jugak eh 1st day puasa dah kalut-kalut cari baju raya kan. ingat aku aje yang terlebih eksaited. tahun ni feeling nak raya lain macam sikit. entahla. dup dap dup dap

hari ni aku just berbuka dengan nasik goreng. nasik goreng letak ikan kukus. sodap woo. perggggghhh! bila masak sendiri feeling nak berbuka macam nak hentak-hentak kaki aje. kejap-kejap tengok jam. boleh? padahal umur dah 25 tahun kot. aku start puasa penuh masa darjah satu. eksaited tengok akak-akak aku berpuasa. nak jugak join dorang. last-last menyesal puasa awal-awal bila dah melepek tepi dinding. kekadang pernah jugak try nak minum air paip. jadah kan. hahaha. nak try aje, tapi tak pernah buat. iman kanak-kanak masih kuat tu. kan.

masuk bab lain pulak. pasal perasaan. aku mana boleh lari dari luahan perasaan nih. sebab tu entri berhapdate. kalau tak, biar je blog bersawang. ok. aku pun tak paham kenapa orang nak sangat cabar tahap kesabaran aku. tahu lah aku ni memang darah panas sikit, pantang orang cuit. pantang orang tegur memang berapi-api lah. hyperbola nya aku kan. tapi takpe la, ekceli aku dah penat nak marah-marah. penat nak taching-taching. kekadang terpikir jugak, sampai bila aku nak orang permainkan perasaan aku. penat lah weh. kau tak penat ke? tapi aku terkilan jugak, orang yang dah kenal aku sangat-sangat macam sengaja nak buat aku sakit hati, macam sengaja gunakan kelemahan yang aku ada untuk sakitkan hati. takpela, kita tengok je sejauh mana kan. aku malas nak cakap banyak dah. last-last aku jugak yang kena, so lepas ni aku nak follow je rentak kau. kau nak macam tu. fine. lepas ni kau tak kan kenal aku yang dulu dah.

aku bukan nak balas dendam ke hape. aku bukan jenis macam tu. aku just balas dendam ngan orang yang aku benci je. tapi kau? kau aku sayang kot. mana mungkin aku nak buat macam-macam. aku akan buat kau rasa menyesal aje. itu belom kejam lagi kan. eh, bulan puasa! astafiirullah al-azim ! nauzubillah!











lovenote: moga kau paham. duduk diam-diam lebih baik kalau kau tak nak keadaan makin teruk.

09 July 2013

salam ramadhan ^^





esok dah puasa. yeah! syukur sangat-sangat kerana masih berpeluang berjumpa dengan ramadhan kan? ekceli aku nak kongsi kuih muih yang femes de amos sepanjang ramadhan ni. tahun lepas aku sempat jugak merasa pengalaman berniaga di pasar ramadhan. alang-alang tolong pakcik aku berniaga roti John yang tangkap leleh tuuu..hahaha. 1st time aku tengok orang meniaga macam lipas kudung. alhamdullilah, tiap-tiap tahun rezeki pakcik aku memang bertambah la. "kalau kita tak kedekut, rezeki tak kan ke mana"  . letak lah sos melimpah ruah pun. asal hati senang perut pon riang. haha. boleh?

dah alang-alang aku tolong meniaga, mak aku ada lah buat kuih muih sikit-sikit. kalau orang ganu memang familiar lah kot dengan nama kuih muih ni. hasil air tangan yang mak aku sempat buat macam AKOK, GOMOK ABU, KOLE KACANG dan SAGUPA. kalau nasi pulak, mak aku buat nasi dagang. nasi dagang memang majoriti hari-hari akan licin. jarang nak jumpa nasi dagang + kuah ikan tongkol yang sesedap rasa dan kuah dia pekat-pekat kan. alahai, taip entri pun dah rasa nak meleleh. sadis sangat ! kalau edisi kuih muih pulak, kole kacang dan sagupa lah yang paling laku. kole kacang ni tak ramai yang reti buat macam orang dulu-dulu punya stail. dengar nama kuih muih pun dah macam nak pitam kan, rare sangat! haha. tapi memang sedap lah. dah namanya kuih tradisional. nak jumpa time hari-hari biasa jangan harap lah. kenn. bulan puasa je lah yang dapat rasa dan dapat kenal. macam-macam nama kuih-kuih yang pelik yang kita boleh jumpa. 

kekadang tu aku rasa menyesal pulak tak belajar dan amik ilmu dengan mak aku nih. jarang dah anak-anak muda sekarang pandai buat kuih-kuih tradisional ni kan. dah la hampir 30 hari aku tolong mak aku gentel-gentel adunan, buat itu buat ini tapiiiiii tak jugak melekat ilmu dalam kepala nih. #sekarang baru nak menyesal bagai kan. haiiyaa!

meh ler kite cuci mata  dan minda dah alang-alang esok nak puasa. eh, tapi ingat, jangan time puasa nih ingat kuih-muih dan menu-menu yang best aje, ekceli banyak benda yang kita kena berubah dan perbaiki diri sendiri. time bulan ramadhan ni la kite boleh menambah pahala sebanyak yang mungkin. tak kisah orang cakap kita tamak pun yang penting ganjarannye memanglah sangat lumayan. caye tak? ^^



inti untuk "GOMOK ABU"



yang dah siap letakkan inti kelapa


next
golek-golek dalam dulang yang berisi tepung yang digoreng
haa?



taraaaa..siap!
gebu molek kan?


AKOK KAMPUNG







KOLE KACANG


SAGUPAL


SAGUPA pon boleh!
direndam dengan santan
rasanya memang nyaman di tekak, riang di perot
best woooo












lovenote: en.munik, awak mesti tak pernah jumpa dan try sume kuih-muih ni kan? tol tak?

yeay, dah ada baju raya !

salam ramadhan ^^


even esok baru nak start puasa tapi baju raya dah siap standby 2 pasang.heee. 1 pasang emak kat kampung yang jahitkan 1 pasang lagi en.munik yang sponsor. heeeee..suke suke suke! thanks en.munik sebab sanggup redah KL semata-mata nak cari baju raya saya. thanks jugak sebab sanggup redah jem + sesat sama-sama. terharu tau. >.< lepas ni janji tak nak emo-emo dah. sayang awak ketat-ketat sampai susah nak bernafas. hower! opps. hehehe

kali ni macam puas hati pulak beli baju yang dah siap. before ni selalu silap beli baju yang terlebih besar or terlebih kecik. tensi giler kau. maybe bila beli ngan en.munik feeling die lain macam sikit kotttt. #ayat bodek!. tapi yang paling terperanjat, haaaa.. before ni kalau beli baju yang dah siap, memang amik size 36  or 38. means size M la kan? tapi time try baju kurung moden baru-baru ni, size S dah muat. ngam-ngam je. yihaa! hepi ai tau. so, baju kurung moden untuk raya tahun ni adalah size S tau. ai repeat lagiiii SIZE S! haahaha





baju raya tahun ni sebijik macam ni just kaler je lain. yang aku punya kaler hijau gelap.
corak pun ala-ala macam ni jugak.
ekceli dah lama nak cari baju macam ni last-last jumpa jugak
kalau beli online, baju ni dalam harga rm200+++
beli hari tu just harga rm160.
wink!
*rela letak baju orang lain semata-mata tak nak tunjuk baju sendiri* piiirahhhhh! hahaha








lovenote: terima kasih awk untuk segala-galanya. <3

08 July 2013

REVIEW JJCM : Burger Bakar ABG Burn

semalam dah alang-alang sampai shah alam, try lah cari kedai Burger Bakar Abg Burn nih. dah lama teringin nak makan meatball yang orang gembur-gemburkan meletopss sangat tuh. ekceli dah lama sangat dah nak try sejak awal-awal abg burn bukak gerai lagi. huehue. naseb lah jugak en.munik nak melayan ragam budak banyak songeh nie. hahaha

semalam jenuh jugak la nak cari kedai ni. dah tahu gerai nie dekat seksyen 7 area kfc tu tapi boleh pulak tersasul masuk bangunan deret-deret bertentangan pulak. dah la tiket bas ke melaka pukul 8 malam. sampai kedai abg burn dah pukul 7.30 malam. en.munik apa lagi, terus ajak balik sebab takut terlepas bas. aku try pujuk-pujuk sikit. yela dah alang-alang sampai kan. naseb la die termakan pujuk.hehe. padahal aku pun cuak jugak sebenarnya. haha. kang tak pasal-pasal terlepas bas gara-gara abg burn punya keje. lagi-lagi line memang agak panjang jugak la. tapi naseb aku dah review mana-mana blog before ni. dorang cakap even line panjang, tapi service memang pantas. caya lah. dalam 5 minit je aku tunggu. 7.45 dah dapat dah. sangat hepiy. yeay! haha.

then terus berdesup ke seksyen 17 hentian shah alam. dalam kereta sempat lagi makan meatball. haha. rasanya memang ummmphh.. sangat-sangat. tapi kalau nak tahu, for 1st time macam aku ni lah pakat redah je, menu meatball tu tak de dalam senarai pun. yang dorang tampal menu adalah untuk burger je. so aku try tanya kat cashier. dorang cakap ada. ha..naseb review awal-awal, kalau tak melepas kan.

total habes gara-gara abg burn punya kerja dalam rm33.90. untuk aku, aku order Supremo Beef Cheezy. en .munik pulak lamb beef cheese. then meatball kitaorang kongsi. tapi sayang, tak boleh nak makan berger time panas-panas sebab terus naik bas. huhu. sadis je. sampai-sampai rumah kat melaka dah pukul 10 lebih. makan berger pulak dah pukul 12 tengah malam. apa kes? takpela, abg burn punya pasal kan. rela rosak program diet haha.



aku punya
RM12.50



meatball
RM9.90












LOVENOTE: nanti boleh repeat lagi. heeeeee~

05 July 2013

melancarkan sistem 'UPDATE'




WISHLIST : kasut pokadot kaler pink ^^


salam Jumaat ^^

ni nak cerita pasal kisah aku dan dia. dah lama tak merepek dan merapu pasal en.munik. kalau pasal en.munik punya cerita memang banyakkkkkk sangat nak membebel. ye la, dia je yang ada dalam hidup aku sekarang selain famili. ai means someone yang terdekat dengan aku la. tapi sekarang die dah ke lembah nun jauh di sana dah. sobs sobs. kuala selangor wei!!  dan yang paling penting, dia aje yang teramat sabar dengan aku. wink! 

semalam dan malam semalam aku buat perangai lagi. dengan ayat yang kejam, aku sakit hati. tapi kalau dengan ayat yang shahdu, aku nak kan perhatian. kesian aku kan terpaksa menagih kasih sayang orang. uwaaaa. even aku buat perangai banyak mana pun dia still sabar dengan aku. dan yang sadisnya dia kena tidur lambat semalam layan aku mengaum macam singa lapar. hahaha. padan muka awak!

then, aku terpikir nak buat hubungan aku dan dia ala-ala suwit gitu. ececeh..ekceli dah lama aku terpikir nak buat sistem UPDATE nih. sebab kitaorang tak macam kapel yang lain. jangan harap nak contact 24 jam. kapel dengan orang dah kerja tak sama kapel dengan orang yang sama-sama belajar. time belajar dulu pukul 2 pagi  macam pukul10 malam. kan? bila dah kerja, pukul10 malam en.munik macam pukul 3 pagi. asyik tertidur je time mesej. tensi giler aku! kalau aku pukul10 malam mata masih sesegar kelopak bunga ros tau. kemain.

so, semalam bincang punya bincang, then aku suggest lah pasal sistem UPDATE ni. kemain en.munik angguk laju-laju. takut la tu bila aku bagi tiga pilihan tu. hahaha..pilihan pertama dan pilihan ke dua tak payah aku nak cakap lah. kejam sangat kot. bila aku suggest yang ketiga ni. kemain laju je sanggup kan.

oke. sistem UPDATE ni macam ala-ala UPDATE status kat pesbuk la. aku kena roger je apa yang aku buat. macam "ai dah nak pergi lab nih. luv u" "tengah lunch, jom lunch!" "harini ai pakai baju kaler pink! wink!" "nak keluar beli barang tau" dan yang paling penting dia pun kena macam tu jugak. tak boleh la aku yang syok sendiri. oh, sungguh sadis di situ. so lepas ni aku tak perlu lah nak taching lebih-lebih kalau die tak reply mesej aku or kekadang tu aku tak tahu pun dia buat apa dan dengan sape. kekadang jugak aku rasa aku macam jauh sangatttttt dengan dia. so, aku tak nak lah hubungan ni macam hambar. tup tup tup dengan ayat kasar ada SCANDAL lain. no no no no. nauzubillah!

tu lah kot aku nak cerita pasal projek PHD aku. means PROJEK HASAD DENGKI. haha. 





lovenote: i need u! need u! # macam desperate sangat aku nih!





04 July 2013

bilik tidur yang OHsem!



betul ke orang cakap pink tu, 






ROMANTIC??







means aku adalah seorang yang ROMANTIC lah kan?
ehem
aku memang minat giler-giler dengan kaler yang macamni.tak kisah lah soft pink ke or pink yang terang-terang.tahap keterujaan die lain macam sikit.


ni adalah antara collection bilik tidur yang bagi aku memang super ohsem. jom cuci mata ^^































lovenote: dah start berangan dah ^^

03 July 2013

minggu yang sibuk

blog dah lama tak berhapdate. biasa kalau tak berhapdate tu probability nye mood hepiy lah tu. kenn. kalau tak, mahu padahnya tiga empat entri satu hari. entri pulak ayat taching-taching je lebih. haha. ekceli hari ni baru selamat dengan jayanyer submit paper untuk conference dekat SV. kasi SV cek spelling dan grammar dulu. lepas dah rewrite banyak-banyak kali baru boleh hantar kat UMP, Pahang. insyaAllah maybe conference nanti bertempat di UMP lah kot.

tapi cuak jugak, takut kantoi dengan SV. ekceli aku buat pun main hentam keromo aje. paper tu dah lama siap so bila dah dekat nak hantar ni aku macam malas pulak nak check. ayat pun tah pape. jangan SV aku cakap paper tu RUBBISH dah ler. maluuuu mak. mahunyer taching sampai beranak pinak kan.










LOVENOTE: ekceli aku ada benda nak kongsi. heppiy ending punya story. tapi nanti-nanti lah kot.