Pages

10 July 2013

1st day puasa

alhamdulillah ^^

1st day puasa badan still bertenaga lagi sampai sekarang. heeeeee. ni mesti efek bangun sahur dan makan 3 bijik kurma time sahur tadi. wink! tadi sempat jugak time panas terik giler pergi melilau dekat mydin dan gagah perkasa lagi carik baju raya untuk adik aku kat area kota fesyen mitc. ramai jugak eh 1st day puasa dah kalut-kalut cari baju raya kan. ingat aku aje yang terlebih eksaited. tahun ni feeling nak raya lain macam sikit. entahla. dup dap dup dap

hari ni aku just berbuka dengan nasik goreng. nasik goreng letak ikan kukus. sodap woo. perggggghhh! bila masak sendiri feeling nak berbuka macam nak hentak-hentak kaki aje. kejap-kejap tengok jam. boleh? padahal umur dah 25 tahun kot. aku start puasa penuh masa darjah satu. eksaited tengok akak-akak aku berpuasa. nak jugak join dorang. last-last menyesal puasa awal-awal bila dah melepek tepi dinding. kekadang pernah jugak try nak minum air paip. jadah kan. hahaha. nak try aje, tapi tak pernah buat. iman kanak-kanak masih kuat tu. kan.

masuk bab lain pulak. pasal perasaan. aku mana boleh lari dari luahan perasaan nih. sebab tu entri berhapdate. kalau tak, biar je blog bersawang. ok. aku pun tak paham kenapa orang nak sangat cabar tahap kesabaran aku. tahu lah aku ni memang darah panas sikit, pantang orang cuit. pantang orang tegur memang berapi-api lah. hyperbola nya aku kan. tapi takpe la, ekceli aku dah penat nak marah-marah. penat nak taching-taching. kekadang terpikir jugak, sampai bila aku nak orang permainkan perasaan aku. penat lah weh. kau tak penat ke? tapi aku terkilan jugak, orang yang dah kenal aku sangat-sangat macam sengaja nak buat aku sakit hati, macam sengaja gunakan kelemahan yang aku ada untuk sakitkan hati. takpela, kita tengok je sejauh mana kan. aku malas nak cakap banyak dah. last-last aku jugak yang kena, so lepas ni aku nak follow je rentak kau. kau nak macam tu. fine. lepas ni kau tak kan kenal aku yang dulu dah.

aku bukan nak balas dendam ke hape. aku bukan jenis macam tu. aku just balas dendam ngan orang yang aku benci je. tapi kau? kau aku sayang kot. mana mungkin aku nak buat macam-macam. aku akan buat kau rasa menyesal aje. itu belom kejam lagi kan. eh, bulan puasa! astafiirullah al-azim ! nauzubillah!











lovenote: moga kau paham. duduk diam-diam lebih baik kalau kau tak nak keadaan makin teruk.

No comments: