Pages

11 July 2013

2nd day Puasa ^^

dah masuk hari kedua kita puasa. sekejap je rasa kan? hari ni mood nak masak menghilang. so berbuka dengan menu tunjuk-tunjuk aje. padahal dah plan nak masak mee hoon goreng. lagipun lebihan keropok keping yang semalam punya berbaki lagi. syoknya bihun goreng kan. tadi sempat roger mak kat kampung, mak masak nasik goreng hari ni. hahaha. tertukar pulak ngan aku kan. semalam mak masak mee goreng. aku pulak terasa nak masak mee goreng tapi cancel sebab kawan ajak pergi bazar.

biasa famili aku jarang berbuka dengan nasik putih + lauk pauk. biasa mak akan masak nasi goreng, mee goreng, bubur lambuk, nasik kerabu, nasi lemak or nasik minyak. jarang nasik putih. tu pun kalau macam ada menu yang special sikit. macam ikan bakar ke. ramai jugak yang pelik bila aku cakap camni. yela, dorang hari-hari berbuka dengan nasik putih. dah famili kitaorang perut kecik-kecik kecuali aku lah kan. heeeee 

hari ni pergi bazar ramadhan kat bukit baru, melaka. dah set dalam kepala nak makan nasik kerabu + karipap. aku memang hantu karipap. feeling dia macam karipap-karipap cinta aje. nasik kerabu macam sedap sebab ore kelate yang jual. naseb tak terbeli kat makcik sorang lagi tu. sebab sekali tengok macam tak syok aje. lagipun macam bukan ore kelate aje. yang ni macam syok sikit ada sambal yang pekat-pekat tu. sempat jugak beli onde-onde. sekali sekali boleh la pergi bazar. kalau nak jimat better masak sendiri aje. kalau pergi bazar pun tak tahu jugak nak beli apa kan. masak boleh ikut tekak dan perut sendiri. total habes hari ni (nasik kerabu = 4 + onde-onde = 2 + karipap-karipap cinta = 2) dalam 8hengget. air aku tak beli pun sebab air orange twister ada lagi dalam fridge.






lovenote: tak sabar nak berbuka ^^

No comments: