Pages

12 July 2013

3rd day puasa :)





3rd day puasa. hari ni malas nak pergi bazar. dah tahu dah, kalau pergi bazar mesti akan tunjuk nasik kerabu lagi. tak pun mee goreng. tak pun jugak nasik lemak. so, hari ni masak kat rumah je la. bihun goreng. ^^. dapnyeeeeee. kalau time berbuka, tak kisah la menu apa pun, semua jalan. takde masa nak memilih-milih nak makan itu nak makan ini. kalau kat kampung boleh lah request dekat mak.ngade-ngade kan. sekarang teringin sangat nak makan bubur lambuk yang mak buat. kalau mak buat mesti letak pucuk-pucuk paku banyak-banyak. memang menambah bermangkuk-mangkuk lah jawabya. kalau duduk bujang camni, nak request macam-macam jangan harap lah. diri sendiri pun malas nak melayan. >.<


oh! elaun dah masuk. yeay! lepas ni boleh la shopping kasut raya. kesian kasut raya takde pun lagi.sobsobs.  request kat sorang tu tapi tak layan-layan pun. takpela, bila pikir balik buat apa nak lebih-lebih sangat pun. takde apa-apa yang special pun sampai nak mintak lebih-lebih. sabar. tapi kalau bulan puasa ni feeling nak shoping macam malas sangat-sangat. tapi kena shoping jugak. haih. banyak benda kena bajet tuk bulan ni. present tuk anak buah hazim dan haziq pun tak beli lagi. pikir-pikir nak beli baju je tuk dua-dua tu. harap-harap mood nak shopping adalah nanti. kang segan pulak tak bagi apa-apa kat dorang. dah la nak balik raya dah nih.

alhamdulillah, bulan depan dah setel dah hutang. lepas ni takde lah rasa terikat sangat. dah malas sangat-sangat sebenarnya nih. tapi just sabar je. moga-moga lepas ni ada suatu yang indah terjadi. amin.




LoveNote:   rasa nak ganti balik je apa yang orang dah beri. tapi, tunggu lah nanti.

1 comment:

Sya Mimie said...

bestnya nak shopping raya.. :)
saya kalau cari pun maybe baju je..kasut, hndbg pakai aje yang ada.. :)