Pages

30 July 2013

EDISI BERBUKA

Dah lama tak hapdate blog. mood menghilang. lagipun minggu lepas banyak benda nak kena setel. down giler. bayangkan juz tiga hari kena setelkan report + simulation bagai. dapat task hari selasa. hari khamis dah kene setel. air mata memang tak henti-henti mengalir. mengalir dalam hati. kalau tak tahan sangat dicelah-celah bubbly-boo pun boleh. tapi alhamdulilah, minggu ni macam lega sikit. hari khamis dah boleh balik kampung dengan tenang. yeay, cuti dah approve! harap-harap tak de task saat-saat akhir. hopefully ^^

tahun ni banyak sangattttt jimat. kalau  nak dikira dengan jari, juz 3x aje pergi bazar. 1x makan luar. yang len tu just melilau tengok makanan kat bazar. last-last balik rumah bersilat dengan ayam + bawang. tak kira balik lambat camne pun mood nak masak memang berkobar-kobar. tak kisah la masak simple-simple pun. aku pun jenis makan ala kadar. kekadang ada jugak main masak-masak dengan azi. tapi yang tak syok, tak de geng nak pergi terawih. bila tak join terawih, syok ramadhan tak rasa sangat. insyaAllah balik kampung nanti nak jugak merasa nikmat terawih.amin


ni semalam punya lauk
gulai terung + sambal kerang + ikan selar goreng + telur masin + bebola sotong



mengidam giler nak makan gulai terung
naseb la melilau dekat bazr terjumpa jugak gulai terung ni
sedap sangat
teringak mak masak


sambal kerang


makan sorang-sorang boleh habes 3 ekor ikan


hari ni punya menu
mee hailam
gigih lah jugak buat even tak de bahan sangat pun
yang penting sedap lah jugak 
^^









No comments: