Pages

08 July 2013

REVIEW JJCM : Burger Bakar ABG Burn

semalam dah alang-alang sampai shah alam, try lah cari kedai Burger Bakar Abg Burn nih. dah lama teringin nak makan meatball yang orang gembur-gemburkan meletopss sangat tuh. ekceli dah lama sangat dah nak try sejak awal-awal abg burn bukak gerai lagi. huehue. naseb lah jugak en.munik nak melayan ragam budak banyak songeh nie. hahaha

semalam jenuh jugak la nak cari kedai ni. dah tahu gerai nie dekat seksyen 7 area kfc tu tapi boleh pulak tersasul masuk bangunan deret-deret bertentangan pulak. dah la tiket bas ke melaka pukul 8 malam. sampai kedai abg burn dah pukul 7.30 malam. en.munik apa lagi, terus ajak balik sebab takut terlepas bas. aku try pujuk-pujuk sikit. yela dah alang-alang sampai kan. naseb la die termakan pujuk.hehe. padahal aku pun cuak jugak sebenarnya. haha. kang tak pasal-pasal terlepas bas gara-gara abg burn punya keje. lagi-lagi line memang agak panjang jugak la. tapi naseb aku dah review mana-mana blog before ni. dorang cakap even line panjang, tapi service memang pantas. caya lah. dalam 5 minit je aku tunggu. 7.45 dah dapat dah. sangat hepiy. yeay! haha.

then terus berdesup ke seksyen 17 hentian shah alam. dalam kereta sempat lagi makan meatball. haha. rasanya memang ummmphh.. sangat-sangat. tapi kalau nak tahu, for 1st time macam aku ni lah pakat redah je, menu meatball tu tak de dalam senarai pun. yang dorang tampal menu adalah untuk burger je. so aku try tanya kat cashier. dorang cakap ada. ha..naseb review awal-awal, kalau tak melepas kan.

total habes gara-gara abg burn punya kerja dalam rm33.90. untuk aku, aku order Supremo Beef Cheezy. en .munik pulak lamb beef cheese. then meatball kitaorang kongsi. tapi sayang, tak boleh nak makan berger time panas-panas sebab terus naik bas. huhu. sadis je. sampai-sampai rumah kat melaka dah pukul 10 lebih. makan berger pulak dah pukul 12 tengah malam. apa kes? takpela, abg burn punya pasal kan. rela rosak program diet haha.



aku punya
RM12.50



meatball
RM9.90












LOVENOTE: nanti boleh repeat lagi. heeeeee~

No comments: