Pages

09 July 2013

salam ramadhan ^^





esok dah puasa. yeah! syukur sangat-sangat kerana masih berpeluang berjumpa dengan ramadhan kan? ekceli aku nak kongsi kuih muih yang femes de amos sepanjang ramadhan ni. tahun lepas aku sempat jugak merasa pengalaman berniaga di pasar ramadhan. alang-alang tolong pakcik aku berniaga roti John yang tangkap leleh tuuu..hahaha. 1st time aku tengok orang meniaga macam lipas kudung. alhamdullilah, tiap-tiap tahun rezeki pakcik aku memang bertambah la. "kalau kita tak kedekut, rezeki tak kan ke mana"  . letak lah sos melimpah ruah pun. asal hati senang perut pon riang. haha. boleh?

dah alang-alang aku tolong meniaga, mak aku ada lah buat kuih muih sikit-sikit. kalau orang ganu memang familiar lah kot dengan nama kuih muih ni. hasil air tangan yang mak aku sempat buat macam AKOK, GOMOK ABU, KOLE KACANG dan SAGUPA. kalau nasi pulak, mak aku buat nasi dagang. nasi dagang memang majoriti hari-hari akan licin. jarang nak jumpa nasi dagang + kuah ikan tongkol yang sesedap rasa dan kuah dia pekat-pekat kan. alahai, taip entri pun dah rasa nak meleleh. sadis sangat ! kalau edisi kuih muih pulak, kole kacang dan sagupa lah yang paling laku. kole kacang ni tak ramai yang reti buat macam orang dulu-dulu punya stail. dengar nama kuih muih pun dah macam nak pitam kan, rare sangat! haha. tapi memang sedap lah. dah namanya kuih tradisional. nak jumpa time hari-hari biasa jangan harap lah. kenn. bulan puasa je lah yang dapat rasa dan dapat kenal. macam-macam nama kuih-kuih yang pelik yang kita boleh jumpa. 

kekadang tu aku rasa menyesal pulak tak belajar dan amik ilmu dengan mak aku nih. jarang dah anak-anak muda sekarang pandai buat kuih-kuih tradisional ni kan. dah la hampir 30 hari aku tolong mak aku gentel-gentel adunan, buat itu buat ini tapiiiiii tak jugak melekat ilmu dalam kepala nih. #sekarang baru nak menyesal bagai kan. haiiyaa!

meh ler kite cuci mata  dan minda dah alang-alang esok nak puasa. eh, tapi ingat, jangan time puasa nih ingat kuih-muih dan menu-menu yang best aje, ekceli banyak benda yang kita kena berubah dan perbaiki diri sendiri. time bulan ramadhan ni la kite boleh menambah pahala sebanyak yang mungkin. tak kisah orang cakap kita tamak pun yang penting ganjarannye memanglah sangat lumayan. caye tak? ^^



inti untuk "GOMOK ABU"



yang dah siap letakkan inti kelapa


next
golek-golek dalam dulang yang berisi tepung yang digoreng
haa?



taraaaa..siap!
gebu molek kan?


AKOK KAMPUNG







KOLE KACANG


SAGUPAL


SAGUPA pon boleh!
direndam dengan santan
rasanya memang nyaman di tekak, riang di perot
best woooo












lovenote: en.munik, awak mesti tak pernah jumpa dan try sume kuih-muih ni kan? tol tak?

No comments: