Pages

26 August 2013

HANGOUT : Picnic Time!


hari ahad punya cerita. dah lama tak picnic dengan en.munik. time belaja dulu ada lah spend masa untuk benda-benda camni. ai masak dia tukang makan. rindu sangat time tu. tapi just berdua je la time tu. kalau tak habes masakan ai akan taching sorang-sorang sebab pikir ai masak tak sedap. then munik pulak terpaksa la makan sampai licin semata-mata nak jaga hati ai. auw. perasan suwit sorang-sorang. rindunyeee. 

time ni makan sekali dengan mon dan azi. dorang ni dah tak lama sangat ni. nanti boleh la merasa nasik minyak dorang. teluk intan, wait ya. insyaAllah 30hb 11 nanti sampai lah teluk intan kalau tak de aral melintang tengah-tengah jalan. 

around 8 pagi bersilat lah aku dan azi nak prepare nasik ayam. siyesly memang tak pernah masak. try nak masak pun sebab rasa confident sikit-sikit lepas tengok mak masak time puasa haritu. en.munik cakap kena improve lagi. ye ye ai tahu nasik tak menjadi sangat. tapi its okey lah dia cakap. for the 1st time kan. kitaorang picnic dekat area-area pantai puteri melaka. best lepak sini sampaikan rasa nak tidur tak nak bangun-bangun dah! bestnye holiday. bestnye kawen.hah?? hahahha



segala barang-barang yang kitaorang sempat sumbat



nasik ayam homemade by chef sieyla & chef azie
perah santan, perasan!
chomel pulak gambar bekas-bekas kaler hijau tu kan
beli lunch box tu dekat family store
harga 39 hengget 90 sen



picture closed up sikit
rasa nak gigit-gigit je kan salad nih!


Pantai Kundur
Best suasana sini
privacy yang penting




syoknye dapat mandi laut!




E.C.H dan en.mon
jauh merenung bang?







wiwit
<3




the greatest time is with you, my friends!





pen off!


wif en.munik!

yihaaaaa. dah hari jumaat dah. en.munik baru je hantar mesej. "abang dah otw". tengok-tengok jam before pukul6 petang lagi. ni mesti habes kerja terus rushing nak datang sini kan. gedik laju-laju je rasa. haha. even aku tak reply pon mesej tapi hati melonjak aje. gumbira betol. juai mahai lah konon tak nak reply bagai kan. aku tengah boikot dia sebenarnya. jahat! geram! ada ke patot die cakap nak datang sini pagi sabtu! alasannya sebab rushing. then tak nak lah tumpang rumah orang tapi balik lambat. betol jugak sebenarnya kalau dia datang petang jumaat, sah-sah la sampai sini dalam pukul8 lebih. pergi makan dah pukul berapa. nak lepak lagi kan. mesti lah balik lambat. tak sesuai sangat nak menumpang rumah orang. bila dah susah camni mula lah en.munik duk perli-perli aku. "kan senang kalau dah kawen, tak payah risau-risau nak balik lambat ke or nak tidur mana-mana. boleh aje check in hotel". lagi-lagi kitaorang memang kaki jalan. tapi sebab pikir benda-benda camtu jadi terbatas. hamboi. terdiam aku bila dia cakap camtu. dia ni kan selalu buat aku sentap. paling kurang pun rasa bersalah. ish!

___________________________************************************_________________________________

en.munik dah sampai dengan selamatnya pukul8.20 P.M. thanks sayang! tapi dia kena tunggu puteri gedik ni dulu untuk solat isyak. rasa tak best pulak kalau keluar tak setelkan solat dulu. balik nanti gerenti dah liat nak mam*** nak solat kan. tapi nak cakap en.munik ada jugak usung 'sport rim' datang sini. hahaha. tak senget ke kereta bang??? banyak pulak tu. thanks yer. ni lah huntongnyer kapel dengan orang johor. dapat makan kerepek free. my mom lagi lah, dah tahu bakal hantu menantu dia orang johor, INSYAALLAH! sibuk jugak nak pesan-pesan suruh belikan kerepek sukun bagai. melilau lah en.munik duk carik kerepek sukun. siap kene perli lagi. "belom musim sukun lah bro" sukun pun ada musim ka? tak tahu punnnnnn. 

ok.dah siap-siap. en.munik bawak pergi makan Bakso area hospital melaka. dah lama aku goda-goda dia nak makan situ tapi dia tak tergoda pun. semalam takde hangin tak dak ribut boleh pulak dia cakap "sayang mesti nak makan bakso kan?" ehhh??? pandai betol baca keinginan aku kan. walhal before keluar tadi lagi aku dah terpikir. haha. tapi sebab pikir dia mesti nak makan nasik so aku diam aje lah. tapi tak sanggggggggggka yiha! dapat jugak makan mee bakso special. dua bebola daging yang besar gedabak. bulat mata nak habeskan. Wishlist yang ke 1000 received! then munik cakap lagi bila aku over excited. "abang ingat je keinginan sayang. cuba je nak tunaikan. cuma cepat dan lambat aje". awak ni kannnnnnnn. pehal suwit sangat! terharu tauuuuu. kalau camtu, tak nak bagi awak balik boleh?

lepas makan-makan en.munik ajak lepak kat eye on malaysia yang lama tu. dekat uitm bandaraya melaka. sori ye awak, banyak pulak saya pot pet pot pet tadi. dari tengah makan + dalam kereta+ turun kereta+ jalan-jalan carik tempat duduk+ duduk pun saya still lagi bercakap tak henti-henti. saya tahu awak bosan kan. haaha. saya tahu awak nak bincang pasal kita-kita aje tapiiiii saya dah alih topik awal-awal lagi. herherher.




_______________________************************************_____________________


hari sabtu punya cerita pulak. around pukul12 lebih tengahari camtu berdesup pergi kenduri kawen fendi. classmate kitaorang. time tu aku dah lapar giler dah. tapi dorang letak nasik secoet giler. nak mintak tambah pun dah segan. ramai jugak la classmate kitaorang yang datang. pompuan just aku dan azi je. lelaki ramai jugak la. memasing duk tanya aku ngan munik bila lagi. segan pun ada. yela, kitaorang kan bila majlis kengkawan kan memang tak miss. bertenggek je la muka kami. haha. sabar. moga jodoh sempat sampai. munik bila orang tanya bila lagi, ayat die camni lah "aku ok aje tapi tunggu jawapan belah pompuan je la" nampak sangat nak selamatkan diri. walayehhhhh! 

lepas selesai majlis dorang-dorang ajak beraya rumah zaid dan fakrul. aku dan munik just pergi rumah zaid je. tak sempat pun pergi rumah fakrul sebab kena hantar kawan munik pulak. so lepas dah setel beraya semua kitaorang spend masa tengok wayang. tengok cerita PERCY JACKSON: sea of monsters. so so aja cerita ni tapi tak sampai terlentok nak tidur lah. time-time terdesak camni rasa masa tu amat lah berharga. cewah! naseb lah time jumpa ni tak merajuk. mood pun feeling-feeling manja. kalau merajuk buang masa setengah hari pulak nak pujuk. tapi besh, rasa macam quality sangat masa yang ada. memasing ambik peluang yang ada baik-baik. kan?

hari sabtu aktiviti just yang rilek-rilek aje. tak rushing or tak penat sangat. tapi balik lambat jugak around 2.00 a.m camtu. kire tak pe lah penat sedikit pun sebab hari ahad dah pikir nak picnic. lepak-lepak tepi pantai. ohsemnye. aktiviti hari ahad will follow up in the next entry je lah. penat dah nak menaip. gambar pun still ada dengan en.munik.





1st time tengok wayang pakai baju kurung
perasan macam pompuan melayu terakhir aje...
herherherher



pen off!


22 August 2013

Wishlist !

pagi tadi liat gilo nak bangun. kul8 tersedar sebab sejuk sangattt. dah macam kat cameron dah. ya ampun. hemohemohemo. gagah jugak lah jenguk kat luar tingkap. yeay! jalan basah! moh ler kita sambung tidur balik. cepat-cepat hempas badan atas katil then selimut laju-laju. haha. sedar-sedar balik dah pukul9 lebih. jenguk kat tingkap lagi. alahai. tak hujan pun. sadis sangat mengharap hujan turun kan. apehal?  then boleh lah skip masuk lab kan. berangan je ler. last-last masuk lab jugak dalam pukul10 lebih. 

semangat nak datang lab awal dah menghilang ke mana entah. aduh! makin lama makin malas. maybe minggu ni je kot lemau cenggini. haha. padahal mood tak sabar nak tunggu hujung minggu. nak dating !!! agaknya kalau lah en.munik cancel nak datang, agak-agak aku akan meroyan tak???

ni nak share satu wishlist. bila lah nak dapat kan. wishlist yang lepas-lepas pun tak tertunai lagi. mengigit jari je ler. ekceli, floral blouse ni dah lama aku nak cari. lamaaaaaaaa sangat. tapi tak jumpa-jumpa yang berkenan di hati. sekarang feeling-feeling dewasa sangat. haha. so kalau lah ada stokis or penjual online yang terhinggap kat blog aku, then ada jual blouse yang macam kat bawah ni moh ler roger-roger ok. dapat yang sebjik macam ni pun dah canteq sangat-sangat. tak lena tau nak tidur malam-malam. T_T (dah berjangkit dengan jijah dah)



 CANTEQ kan yang ni?




agak-agak topshop girl dalam jusco tu ada tak jual blouse cenggini?
dulu kalau masuk topshop girl feeling-feeling dewasa sangat
tengok pun sekadar jeling-jeling.
kalau nak masuk pikir dua tiga kali sebab pikir topshop girl ni juz untuk orang tua-tua aje
haha
sekarang??










LOVENOTE: En.munik, jom carik kat KL jom >.< kat midvalley and times square ada ^^

21 August 2013

#Personal



cantek tak ai edit guna picasa?
#padahal takde perubahan sangat pun
saje nak gedik tampal muka sendiri

dah pukul 5 tapi still kat lab. padahal mata dah mengantok gilo nih. tengok kat luar panas giler. sanggup tunggu redup-redup sikit asal tangan dan kaki tak hitammm. so meh ler kita buat-buat meroyan dalam lab sensorang. 

minggu ni aku buang tebiat sikit. tak pernah-pernah mark kalendar. haha. minggu ni kan en.munik nak turun sini. so haruslah aku meroyan kan. lama gilo weh tak jumpa. dah nak masuk dua bulan. kira aku ni success jugak ler bercinta as CJJ ni. Cinta Jarak Jauh. walaweh!

hari sabtu ada wedding classmate kat bukit katil. then ari ahad pulak plan dengan azi nak buncitkan perot mon dan jugak perot en.munik. nak try masak nasik ayam. pandai ke?? hik3. just plan. tak tahu ler menjadi ke idak. plan juz pung pang pung cenggini kan. haruslah banyak probability nye.

oh! pasal study pulak. lama tak berhapdate kan. ekceli kali ni task yang aku dapat kena baca paper IEEE balik. buhsan! terpaksa la lentok-lentok baca paper pagi dan petang. kalau tak belah petang boleh jugak godek-godek software maxwell tu. arahan dari SV. kena lah terima dengan senang hati kan even aku dah macam blur blur tahap gaban. tak sabar nak habes master. nak balik kampung goyang kaki then tunggu orang masuk meminang. kuakuakua






18 August 2013

missing you !

mood nak menghapdate dah datang. dia datang ! dia datang! haha. miss gilo babas dekat en.munik lah. gedik tak? agak-agak awak rindu saya tak? kalau rindu mesti every week awak datang sini kan? rindu gilo nak spend masa sama-sama. tengok wayang + lepak-lepak + makan-makan. wuhuuu T_T


kenal tak tempat ni?
rindu nak lepak sini lagi



dulu tiap kali date mesti gilo nak bergambar
sekarang kalau kuar je mesti terlupe nak posing-posing. kekadang aje en.munik duk snap pic candid
rindu nak spend masa time belajar dulu



17 August 2013

welcome back !

dah lama tak menghadpate blog. ramadhan dah berlalu. syawal pun dah datang. syawal tahun ni macam tak syok sangat sebab 2 hari before nak raya demam teruk. skip puasa satu hari gara-gara terpaksa jugak makan ubat. total 8 hari kena ganti. uwaa. even demam, badan lemah tapi buat-buat gagah jugak tolong mak bungkus tapai 6kilo ?? + kemas rumah + tukar langsir baru + teman mak shopping barang-barang rumah. yang penting sempat buat kek coklat 4bijik ! clap ! clap! rasa sangat hepi jugak sebab dapat belanja mak beli meja makan baru. baik sangatttt ai kan? tak kisah duit kopak asal dapat buat mak hepi. tapi takpe, en.munik dah janji belanja bulan ni die nak cover. eh? :P

dah hampir 1 bulan lebih tak kuar date. tak jumpa en.munik. rindu my boify sangat-sangat. mesti kembang kuncup kembang kuncup en.munik sekarang kan. jarang jumpa macam lah ai kat sydney die kat malaysia kan. walhal selangor + melaka aje. walaweh! takpe, minggu depan die dah janji nak datang melaka. kebetulan nak attend kenduri kawen classmate kitaorang. janji lupe "sport rim" ai tau >.<



raya pertama
time ni demam dah makin ok.
even badan tak sihat sangat tapi nak jugak rasa suasana raya even bangun lambat.
tahun ni raya tak syok sebab tak pergi semayang raya pun >.<



pen off !