Pages

27 September 2013

Pindah Rumah

Sekarang dah masuk kali ke empat aku pindah rumah. gigih aku kan. rumah pertama aku sewa rumah kedai. bulan-bulan 150 hengget. yang ni kes terpaksa. kalau tak, takdenya aku nak duduk situ. dah macam pendatang asing dah. awal-awal nak buat master dulu gigih jugak lah aku carik bilik sewa. yang penting bilik single. tapi hampeh. yang ada just rumah kedai je. macam pelarian. Tapi tak sampai 1 bulan pun. usha-usha punya usha ada 1 yang kosong. rumah pangsapuri ttu3. tapi kena share dengan sorang lagi. tapi kire ok lah bilik master. boleh la kot. roomate? abaikan. naseb duduk sekejap je. 

lagipun dalam bulan 6 camtu aku nak duduk dengan kawan aku yang sama-sama satu lab. kebetulan bilik kawan aku tu akan kosong nanti sebab roomate kawan aku nak kawen.haha kawan aku jugak! so bertahan lah aku duduk 1 bilik dengan sorang budak ni. bertahan lah sangat! lepas bulan 6 terus blah. then duduk la aku sekali ngan jijah sampai akhir bulan 9. memandangkan jijah pun nak kawen bulan 11 nanti, baik aku blah awal-awal kan. so far aku prefer bilik single sebenarnya. senang aku nak melalak melolong meroyan. privacy gitu. nak sepah-sepah pun senang. kihkih. 

so sekarang hajat aku tercapai nak bilik single. tapi rasa menyesal jugak sekelumit dalam hati ni sebab bosan. takde kawan nak sembang-sembang. haha. time aku ngan jijah dulu bergosip je la hari-hari. tak boring sangat. tapi yang tak best kalau kongsi bilik tak boleh nak nanges esak-esak. ala menangis sampai sebak-sebak tambah sesak nafas sume tu. gila berdrama sangat kan. rumah yang aku sewa ni bulan-bulan 120hengget. dalam bilik aku ada katil tilam usang yang dah tak macam tilam dan sebuah almari. ha penjodoh bilangan gitu. so far ok lah. boleh masak dan yang penting fully furnish. 

roomate? aku tak boleh tangkap lagi perangai sorang-sorang. lagipun aku malas nak masuk campur. asalkan privacy aku tak tergangu dah ler. cukup bulan bayar sewa dan bil-bil. tapi 1st yang aku nampak ada dua tiga orang yang mahal gilo senyuman. aku senyum boleh dia buat tak tahu aje. so bila dah macam tu jangan harap aku nak sengih-sengih lagi ye. 



new room
tak sempat nak main deko-deko lagi
tunggu lah mood rajin nanti datang

26 September 2013

Aku perasan howt!

Dua tiga hari lepas time otw nak balik rumah, lebih kurang dalam pukul 5.30 camtu macam biasa lah aku akan lalu jalan taman botanikal ayer keroh tu. Tu je jalan shortcut yang tak sibuk. Lagipun dekat sikit nak balik rumah. Ferever alone gitu. Bawak baby pinky secool yang boleh. Aku kan suka berangan atas motor. 

Time kat traffic light tu ramai jugak lah bebudak lelaki utem yang baru habes kelas. Aku macam biasa buat muka toya. Tak kuasa nak cenyum-cenyum sambil bagi flying kiss bagai. Lepas traffic light hijau memasing macam tak sabar nak memecut. Aku bawak slow je sebab nak bagi dorang pergi dulu. Ramai kot dalam 5 hingga 6 buah motor.

Then baru perasan kesemuanya adalah lelaki. Tetiba aku rasa tak sedap ati. Rasa macam dorang follow aku. Yang aku perasan bila aku bawak slow dorang pun ikut slow jugak. Bila aku pecut dorang pun pecut. Cuak gilo sampai menitis-nitis peluh. Dah la area situ macam sunyi sikit. Dorang boleh gelak-gelak. Then blocking aku. Sakit hati kiteee tambah geletar seluruh badan. Bayangkan aku tengah-tengah. Kiri kanan depan belakang dorang block. Time tu hanya Allah je tahu betapa takutnya aku. Rasa nak nanges. Macam-macam aku pikir. Camne kalau-kalau dorang menggatal. Aku nak buat apa?? Lama jugak dorang block laluan aku tu. Ikutkan hati aku nak langgar je dorang.

Doa dalam hati tak putus-putus tapi aku sempat jugak pikir positif. Dorangkan student utem tak kan berani nak buat apa-apa yang tak senonoh kan. Aku agak dorang just nak main-main. Tapi agak-agak lah nak macam tu pun. Even aku rasa macam howt sangat dikelilingi ramai lelaki tapi kalau macamni lah gayanya aku rela tak jadi howt. Aku tak nak! Puiiii. Tapi naseblah tak lama lepas tu ada sebuah kereta lalu area tu. Then kereta tu hon! Barulah dorang masing-masing tak berani dan pecut laju-laju. Alhamdullilah. Lega macam lepas kentut!  







howt lah sangat kan! mintak dijauhkan lah dengan benda-benda macamni lagi. ai is takut!

25 September 2013

J..O.G.I.N.G

Dua or tiga minggu lepas Utem ada anjurkan program ujian kesihatan. yang penting FREE. yihaaaa. benda free aku memang suka. Time ujian ni boleh lah kita tahu berat, tinggi, jumlah lemak dalam badan, jumlah gula, struktur tulang kita mampat tak mampat dan ujian kolesterol. ujian kolesterol ni je yang kena bayar 10hengget tapi ujian kolesterol aku tak ambik. sebab? just untuk yang 30 tahun dan ke atas aje. ai muda belia lagi. *korek-korek hidung*

yang paling bestttttttt lepas dah setel semua pemeriksaan tu, kita perlu tunjukkan semua result yang kite dapat tu dekat consultant kesihatan. oh ya, untuk program ni Klinik Pelajar Utem bergabung dengan Hospital Putra. Untuk ujian kolesterol dan gula tu Hospital Putra yang handle. nasib lah time deal dengan consultant tu aku dapat puan yang best gilo. best dengar die bebel-bebel lepas tengok cara pemakanan aku. huh! teruk ok pemakanan yang aku ambik hari-hari. baru aku perasan lauk-lauk yang aku makan memang penuh dengan lemak. dah la aku bukan jenis yang bersenam. gim? dalam mimpi. 

ekceli result yang aku dapat kire ok jugak. BMI pun still normal. tapi yang sadis kandungan lemak dalam badan aku adalah HIGH! kemampatan tulang pulak LOW! Rasa nak nanges sambil tepuk-tepuk lemak dekat perot. uwaaaaaa! tapi memang patut la tulang aku dah nak reput sebabnya susu tak pernah wujud dalam diari hidup aku. dah 25 tahun mana pernah minum susu. time baby-baby tu memang tak kira lah. then lemak pulak bergumpal-gumpal dalam badan aku adalah disebabkan aku tak pernah joging. memang hip hip horey lah kau kan lemak!

so puan tu bagi advise dekat aku. dia cakap even malas sangat nak buat aktiviti-aktivi lasak, cukup sekadar aku spend masa untuk berjalan. BERJALAN ok. bukan suruh kau berlari pun. spend lah dalam 1 minggu 3kali pergi joging. kena konsisten. yang penting jangan hangat-hangat tahik ayam. so aku pun dengan semangat berkobar-kobar zasss ke JUSCO sebab nak shopping! ada kaitan ke? haha. aku nak beli sport shoes sebenarnya. orang malas nak joging macam aku ni mana ada sport shoes kan. harap-harap sport shoes yang aku beli ni sempat lah lunyai aku kerjakan. InsyaAllah. tu maknanya aku berusaha GIGIH!

Banyak benda la aku rasa aku dah aniaya badan aku ni. aku sumbat je hari-hari tanpa aku kawal. dah kenyang melantak aku tidur. bangun-bangun makan lagi. so, aku kena ubah! banyak kes yang aku baca si suami cari perempuan lain sebab si isteri dah tak mengancam masa zaman anak dara dulu. eh! abaikan.

pasal susu pulak. before aku beli susu aku servey dulu susu mana yang terbaik. then baru aku tahu susu yang terbaik adalah susu yang kandungan protein lebih tinggi daripada kandungan karbohidrat. ni tips untuk yang nak amalkan diet la. tapi kebanyakan susu yang tinggi protein mahal gilo. awal-awal tu aku try beli susu omega yang harga 7hengget tu. nak try boleh kena dengan tekak ke tidak. sedap pulak susu omega kan. tapi still kandungan protein die tak tinggi mana. so aku google lagi. aku jumpa satu lagi susu ni SUNLAC! ramai yang review pasal susu ni. aku pun tertarik terus zasss beli. pek besar pulak tu. risau jugak takut tekak tak ngam. kang membazir pulak kan. tapi nasib lah tekak aku rasa sedap! sekarang pagi dan malam gigih la aku kacau-kacau susu. yang tak leh blah tu gigih aku cari gelas kaca yang macam iklan susu tu. nak sangat rasa feeling-feeling macam oh! hotnyerrrrr aku nih. haha. tapi siyes, bila minum guna gelas tu aku rasa yummyyy, sedap pulak susu nih! sekarang susu dah macam feveret aku. siap cicah biskut kering dengan susu. bangga gilo. dulu-dulu bukan main bau susu pun kau tutup hidung! 













tajuk entri ke laut!

22 September 2013

W.I.S.H.L.I.S.T 2013

#Sticky post

What your wish??


  1. Buat braces (most important!)
  2. Simpan duit atleast RM500++ (a month)
  3. Beli henfon #S4 or iphone *kemain* tepuk-tepuk bontot!
  4. Shopping!!!! (handbag+kasut+blouse)
  5. Beli hadiah untuk bufday mak #purse (4 Oct)
  6. Spend time with en.munik (makan-makan + jalan-jalan)

12 September 2013

Kapel dulu-dulu bukanlah yang sekarang

Oleh kerana mood tengah meroyan sekarang semenjak dua-menjak takde dah sesi dating-dating, jadi moh ler kite imbau kenangan dulu-dulu. Aku start kapel ops! teman tapi mesra dengan munik time tahun dua buat degree. awal-awal kenal die tu aku selalu lah gaduh-gaduh dengan dia. dia kan jenis gedik-gedik sikit. semua orang especially dengan pompuan la die akan senyum-senyum gatal. menyampah sangat. time tu aku just jeling-jeling dengan bulu mata aje.coz masa tu ada lah berkawan dengan sorang mamat saiko ni. tapi tu cerita lama. malas nak ungkit. 

kitaorang kapel pun ala-ala gedik jugak. pernah la keluar dengan munik senyap-senyap. sebabnya takut kantoi dengan housemate. ai kan pemalu. lagi-lagi kawan yang aku selalu bonceng naik motor tu macam bau sesuatu aje. banyak kali die tanya aku ada something ke dengan munik? aku cakap la takde. just kawan macam biasa. ok. kitaorang start "rapat" time cuti sem. aku dekat kampung time tu. rasanya dalam bulan 12 or 11 camtu. munik kol. time tu kitaorang cakap lama giler. tak pernah-pernah macam tu. then bla bla bla. ajak kapel. aku pun lupa sape punya idea nak start kapel 1.1.2011. so kitaorang hold dulu. tak official kapel lagi. time tarikh tu baru lah munik kol balik. i said YES i do! hahahaha.. aku pun lupa macamana lah aku start suka munik. try jugak nak ingat balik tapi hampeh. i know i dah tua. ah! tapi yang aku tahu aku yakin dengan dia lepas dia sungguh-sungguh tolong aku setelkan masalah dengan mamat saiko tu. tapi sekarang alhamdulliah mamat tu dah ok. dah boleh terima kenyataan. tapi sampai sekarang aku rasa bersalah sangat-sangat. 

oh! sebenarnya aku bukan nak cerita pasal love story aku sangat. aku just nak cakap banyak benda yang kitaorang lalui sepanjang hubungan ni. bulan 1 nanti dah masuk 3 tahun. bagi orang lain mungkin elehhh...tu pun nak poyo. tapi bagi aku, aku rasa bangga sangat-sangat sebab aku boleh setia. cewah!  dulu aku kan perasan hot dan jelita sangatttt. semua orang aku nak test market. hoooiiiiiii bajet retis sangat kan. aku dah berubah ok. tapiiiii yang tak berubah nye emosi aku, ego aku, sombong  aku. semua aku kannnn. takpe, slow-slow kan en.munik?haha

awal-awal kapel rasa macam dunia ni aku yang punya. jalan pun nak pimpin tangan, nak lintas jalan pun cepat-cepat sambar tangan aku even tak lintas jalan pun nak pimpin-pimpin kan. munik lah tuuuuuuuuu. aku bagi hujung-hujung kuku aje. ai is segan! tapi sekarang??? aku nak lintas jalan pun die menonong aje kat depan. lagi keji kalau die gelak-gelak aku jalan kedek-kedek sebab pakai heel. ceh! tolonglah pimpin, tolonggggg lah. tapi tu lah. aku bukan nak emo pun. bukan kapel-kapel standard remaja kan. ewah, feeling-feeling dewasa sangat kan. umur dah 25 tahun dah. *takde kena mengena*









ekceli aku nak tulis benda lain. tapi terpublish benda lain. terrrrr lah sangat kan!


pen off!

  

Drama swasta tak berbayar




"Always do your best. what you plant now, you will harvest later"



Sekarang budak-budak baru dah start masuk utem. Kire meriah lah utem nih. Kalau tak sunyi je. Tapi macam best jugak takde orang. kalau tak, nak makan kat cafĂ© pun kena cop-cop tempat. Tak sukeeee…sekarang problem time nak parking motor. Alahai, asyik penuh aje. Stress tau. Stress. Time dorang cuti sem boleh suka-suka hati aje nak parking kat mana. Eh, pehal aku nak stress sangat kan. Haihh.

Tapi aku still jugak nak stress. Lagi-lagi kalau terserempak dengan budak-budak baru. Yang dorang tahu nak Tanya lab dekat mana? Bilik kuliah dekat mana? Blok a? b? c? d? f?. alahai, aku pun tak tahu lah dik. Time degree pun even bilik kuliah tu hari-hari aku guna still aku tak ingat aku guna bilik kuliah no berapa. Yelah, asyik ikut bontot orang aje kan. Orang salah bilik, aku pun salah bilik jugak. Hahaha.."dik, kalau nak ngorat gitau je la. Jangan buat-buat nak Tanya kelas pulak kan." Ah, pengsan! Perasan!  "Kau dah tua kak, muka dah kedut-kedut!"Tachingggggggggggggg!

oh! lama tak update pasal study. hari tu aku macam hentak-hentak kaki dengan en.munik cakap nak quit. rasa takleh nak go on sangat-sangat dah. yang surprise tahap gaban nye en.munik support. apakah? terus nangis sedu sedan sebab ingatkan munik dah tak nak support kite dah kan. walhal even kite camtu pun die still lagi ok. still lagi ada dengan kite. terus lap-lap air mata. dalam hati. ok fineeeeee. aku nak quit dah. bye2 sv! bye2 utem! mak, acik balikkkkkkkkkkkkkkkkk. haha. drama swasta lah sangat. then semalam sv aku masuk lab. carik aku kat lab. aku pulak takde. haha. kantoi aku keluar lunch awal. die nak jumpa pukul 2 pulak. dup dap gilo ok jantung aku. ni mesti confirm sangat-sangat lepas jumpa die aku terus QUIT!. quit lah sangat kan. padahal? so far jumpa die ok lah even banyak giler aku dapat task. stressssssssssss sangat. aku kan cepat sangat stress-stress. sampai kan munik takut giler kalau aku stress. sebab apa? sebab aku akan lepaskan stress aku kat die. kalau bukan die kat siapa lah lagi kan. die je yang sanggup layan perangai ngada-ngada aku nih. padahal dia tak nak aku marah-marah sebab takut aku cepat tua then takut aku dot dot dot. fakta mana entah.

so far dah berapa minggu dah tak dating. tak sukeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee nye! stress lagi!






pen off! 


10 September 2013

kahwin dan tunang ^^

Copied from 11U11/1 Online - Madam Fauziah Mohd floor

Assalamualaikum dan salam Ramadhan. Dua semester lepas seorang pelajar saya (perempuan). pernah mengirimkan sms kepada saya. "Madam terima kasih di atas segala2nya Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya. tapi saya malu " Saya membalas sms dia. " Tak pe..insyaAllah masih ada peluang utk kita berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanfi peluklah saya kalau awak nak..

Semalam Dia datang datang ke ofis saya. dengan wajah suram dan inai masih dijari. Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. Saya bertanya. "Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak " Dalam sedu dia menjawab. "Madam. saya nak bercerai. saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu''. 

Astaghfirullah hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulah saya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari.  Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya. dan rakan2 FB saya yang masih muda ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian prakfikal. Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang. maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian. pengorbanan dan kesabaran Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulYA 

Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih belajar. saya merayu kepada kamu semua hari ini tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan keseronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya tolong kurangkan posting2 romanfik kamu di FB. Saya fidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah. Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat. 

Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup2lah kamu berposting tentang bulan madu kamu. hentikan dialog2 romanfik kamu di FB. ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu saja TOLONGLAH saya merayu daripada kamu. Dan kepada pelajar2 yg masih berfikir tentang bakal suami atau isteri. berjumpalah dengan mereka yg lebih arif tentang hidup. Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak2ku adik2ku pernikahan bukan satu percubaan tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik2. 



*********************************************************************************

SEKADAR PERKONGSIAN

04 September 2013

L.O.S.T

Quick update!

tengah terkejar-kejar buat paper. stress! baru sekarang aku rasa kesakitan buat master. payahnya nak melangkah. ya Allah, please guide me ya Allah! even aku tension tapi aku syukur sangat dikurniakan orang-orang di sekeliling yang tak putus-putus bagi semangat bagi nasihat. ni baru masuk second semester aku dah terduduk camni. macamana semester-semester yang akan datang? aku tahu aku kena kuat. apa yang berlaku untuk masa hadapan adalah hasil coretan aku pada masa sekarang.

ya Allah. berilah aku kekuatan. berilah aku petunjuk. lembutkan lah hati supervisor ku. kerana dia lah insan yang terpenting untuk aku habiskan pengajian ku ini. amin..

03 September 2013