Pages

26 September 2013

Aku perasan howt!

Dua tiga hari lepas time otw nak balik rumah, lebih kurang dalam pukul 5.30 camtu macam biasa lah aku akan lalu jalan taman botanikal ayer keroh tu. Tu je jalan shortcut yang tak sibuk. Lagipun dekat sikit nak balik rumah. Ferever alone gitu. Bawak baby pinky secool yang boleh. Aku kan suka berangan atas motor. 

Time kat traffic light tu ramai jugak lah bebudak lelaki utem yang baru habes kelas. Aku macam biasa buat muka toya. Tak kuasa nak cenyum-cenyum sambil bagi flying kiss bagai. Lepas traffic light hijau memasing macam tak sabar nak memecut. Aku bawak slow je sebab nak bagi dorang pergi dulu. Ramai kot dalam 5 hingga 6 buah motor.

Then baru perasan kesemuanya adalah lelaki. Tetiba aku rasa tak sedap ati. Rasa macam dorang follow aku. Yang aku perasan bila aku bawak slow dorang pun ikut slow jugak. Bila aku pecut dorang pun pecut. Cuak gilo sampai menitis-nitis peluh. Dah la area situ macam sunyi sikit. Dorang boleh gelak-gelak. Then blocking aku. Sakit hati kiteee tambah geletar seluruh badan. Bayangkan aku tengah-tengah. Kiri kanan depan belakang dorang block. Time tu hanya Allah je tahu betapa takutnya aku. Rasa nak nanges. Macam-macam aku pikir. Camne kalau-kalau dorang menggatal. Aku nak buat apa?? Lama jugak dorang block laluan aku tu. Ikutkan hati aku nak langgar je dorang.

Doa dalam hati tak putus-putus tapi aku sempat jugak pikir positif. Dorangkan student utem tak kan berani nak buat apa-apa yang tak senonoh kan. Aku agak dorang just nak main-main. Tapi agak-agak lah nak macam tu pun. Even aku rasa macam howt sangat dikelilingi ramai lelaki tapi kalau macamni lah gayanya aku rela tak jadi howt. Aku tak nak! Puiiii. Tapi naseblah tak lama lepas tu ada sebuah kereta lalu area tu. Then kereta tu hon! Barulah dorang masing-masing tak berani dan pecut laju-laju. Alhamdullilah. Lega macam lepas kentut!  







howt lah sangat kan! mintak dijauhkan lah dengan benda-benda macamni lagi. ai is takut!

No comments: