Pages

25 September 2013

J..O.G.I.N.G

Dua or tiga minggu lepas Utem ada anjurkan program ujian kesihatan. yang penting FREE. yihaaaa. benda free aku memang suka. Time ujian ni boleh lah kita tahu berat, tinggi, jumlah lemak dalam badan, jumlah gula, struktur tulang kita mampat tak mampat dan ujian kolesterol. ujian kolesterol ni je yang kena bayar 10hengget tapi ujian kolesterol aku tak ambik. sebab? just untuk yang 30 tahun dan ke atas aje. ai muda belia lagi. *korek-korek hidung*

yang paling bestttttttt lepas dah setel semua pemeriksaan tu, kita perlu tunjukkan semua result yang kite dapat tu dekat consultant kesihatan. oh ya, untuk program ni Klinik Pelajar Utem bergabung dengan Hospital Putra. Untuk ujian kolesterol dan gula tu Hospital Putra yang handle. nasib lah time deal dengan consultant tu aku dapat puan yang best gilo. best dengar die bebel-bebel lepas tengok cara pemakanan aku. huh! teruk ok pemakanan yang aku ambik hari-hari. baru aku perasan lauk-lauk yang aku makan memang penuh dengan lemak. dah la aku bukan jenis yang bersenam. gim? dalam mimpi. 

ekceli result yang aku dapat kire ok jugak. BMI pun still normal. tapi yang sadis kandungan lemak dalam badan aku adalah HIGH! kemampatan tulang pulak LOW! Rasa nak nanges sambil tepuk-tepuk lemak dekat perot. uwaaaaaa! tapi memang patut la tulang aku dah nak reput sebabnya susu tak pernah wujud dalam diari hidup aku. dah 25 tahun mana pernah minum susu. time baby-baby tu memang tak kira lah. then lemak pulak bergumpal-gumpal dalam badan aku adalah disebabkan aku tak pernah joging. memang hip hip horey lah kau kan lemak!

so puan tu bagi advise dekat aku. dia cakap even malas sangat nak buat aktiviti-aktivi lasak, cukup sekadar aku spend masa untuk berjalan. BERJALAN ok. bukan suruh kau berlari pun. spend lah dalam 1 minggu 3kali pergi joging. kena konsisten. yang penting jangan hangat-hangat tahik ayam. so aku pun dengan semangat berkobar-kobar zasss ke JUSCO sebab nak shopping! ada kaitan ke? haha. aku nak beli sport shoes sebenarnya. orang malas nak joging macam aku ni mana ada sport shoes kan. harap-harap sport shoes yang aku beli ni sempat lah lunyai aku kerjakan. InsyaAllah. tu maknanya aku berusaha GIGIH!

Banyak benda la aku rasa aku dah aniaya badan aku ni. aku sumbat je hari-hari tanpa aku kawal. dah kenyang melantak aku tidur. bangun-bangun makan lagi. so, aku kena ubah! banyak kes yang aku baca si suami cari perempuan lain sebab si isteri dah tak mengancam masa zaman anak dara dulu. eh! abaikan.

pasal susu pulak. before aku beli susu aku servey dulu susu mana yang terbaik. then baru aku tahu susu yang terbaik adalah susu yang kandungan protein lebih tinggi daripada kandungan karbohidrat. ni tips untuk yang nak amalkan diet la. tapi kebanyakan susu yang tinggi protein mahal gilo. awal-awal tu aku try beli susu omega yang harga 7hengget tu. nak try boleh kena dengan tekak ke tidak. sedap pulak susu omega kan. tapi still kandungan protein die tak tinggi mana. so aku google lagi. aku jumpa satu lagi susu ni SUNLAC! ramai yang review pasal susu ni. aku pun tertarik terus zasss beli. pek besar pulak tu. risau jugak takut tekak tak ngam. kang membazir pulak kan. tapi nasib lah tekak aku rasa sedap! sekarang pagi dan malam gigih la aku kacau-kacau susu. yang tak leh blah tu gigih aku cari gelas kaca yang macam iklan susu tu. nak sangat rasa feeling-feeling macam oh! hotnyerrrrr aku nih. haha. tapi siyes, bila minum guna gelas tu aku rasa yummyyy, sedap pulak susu nih! sekarang susu dah macam feveret aku. siap cicah biskut kering dengan susu. bangga gilo. dulu-dulu bukan main bau susu pun kau tutup hidung! 













tajuk entri ke laut!

No comments: