Pages

10 September 2013

kahwin dan tunang ^^

Copied from 11U11/1 Online - Madam Fauziah Mohd floor

Assalamualaikum dan salam Ramadhan. Dua semester lepas seorang pelajar saya (perempuan). pernah mengirimkan sms kepada saya. "Madam terima kasih di atas segala2nya Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya. tapi saya malu " Saya membalas sms dia. " Tak pe..insyaAllah masih ada peluang utk kita berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanfi peluklah saya kalau awak nak..

Semalam Dia datang datang ke ofis saya. dengan wajah suram dan inai masih dijari. Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. Saya bertanya. "Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak " Dalam sedu dia menjawab. "Madam. saya nak bercerai. saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu''. 

Astaghfirullah hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulah saya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari.  Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya. dan rakan2 FB saya yang masih muda ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian prakfikal. Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang. maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian. pengorbanan dan kesabaran Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulYA 

Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih belajar. saya merayu kepada kamu semua hari ini tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan keseronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya tolong kurangkan posting2 romanfik kamu di FB. Saya fidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah. Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat. 

Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup2lah kamu berposting tentang bulan madu kamu. hentikan dialog2 romanfik kamu di FB. ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu saja TOLONGLAH saya merayu daripada kamu. Dan kepada pelajar2 yg masih berfikir tentang bakal suami atau isteri. berjumpalah dengan mereka yg lebih arif tentang hidup. Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak2ku adik2ku pernikahan bukan satu percubaan tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik2. 



*********************************************************************************

SEKADAR PERKONGSIAN

No comments: