Pages

12 September 2013

Kapel dulu-dulu bukanlah yang sekarang

Oleh kerana mood tengah meroyan sekarang semenjak dua-menjak takde dah sesi dating-dating, jadi moh ler kite imbau kenangan dulu-dulu. Aku start kapel ops! teman tapi mesra dengan munik time tahun dua buat degree. awal-awal kenal die tu aku selalu lah gaduh-gaduh dengan dia. dia kan jenis gedik-gedik sikit. semua orang especially dengan pompuan la die akan senyum-senyum gatal. menyampah sangat. time tu aku just jeling-jeling dengan bulu mata aje.coz masa tu ada lah berkawan dengan sorang mamat saiko ni. tapi tu cerita lama. malas nak ungkit. 

kitaorang kapel pun ala-ala gedik jugak. pernah la keluar dengan munik senyap-senyap. sebabnya takut kantoi dengan housemate. ai kan pemalu. lagi-lagi kawan yang aku selalu bonceng naik motor tu macam bau sesuatu aje. banyak kali die tanya aku ada something ke dengan munik? aku cakap la takde. just kawan macam biasa. ok. kitaorang start "rapat" time cuti sem. aku dekat kampung time tu. rasanya dalam bulan 12 or 11 camtu. munik kol. time tu kitaorang cakap lama giler. tak pernah-pernah macam tu. then bla bla bla. ajak kapel. aku pun lupa sape punya idea nak start kapel 1.1.2011. so kitaorang hold dulu. tak official kapel lagi. time tarikh tu baru lah munik kol balik. i said YES i do! hahahaha.. aku pun lupa macamana lah aku start suka munik. try jugak nak ingat balik tapi hampeh. i know i dah tua. ah! tapi yang aku tahu aku yakin dengan dia lepas dia sungguh-sungguh tolong aku setelkan masalah dengan mamat saiko tu. tapi sekarang alhamdulliah mamat tu dah ok. dah boleh terima kenyataan. tapi sampai sekarang aku rasa bersalah sangat-sangat. 

oh! sebenarnya aku bukan nak cerita pasal love story aku sangat. aku just nak cakap banyak benda yang kitaorang lalui sepanjang hubungan ni. bulan 1 nanti dah masuk 3 tahun. bagi orang lain mungkin elehhh...tu pun nak poyo. tapi bagi aku, aku rasa bangga sangat-sangat sebab aku boleh setia. cewah!  dulu aku kan perasan hot dan jelita sangatttt. semua orang aku nak test market. hoooiiiiiii bajet retis sangat kan. aku dah berubah ok. tapiiiii yang tak berubah nye emosi aku, ego aku, sombong  aku. semua aku kannnn. takpe, slow-slow kan en.munik?haha

awal-awal kapel rasa macam dunia ni aku yang punya. jalan pun nak pimpin tangan, nak lintas jalan pun cepat-cepat sambar tangan aku even tak lintas jalan pun nak pimpin-pimpin kan. munik lah tuuuuuuuuu. aku bagi hujung-hujung kuku aje. ai is segan! tapi sekarang??? aku nak lintas jalan pun die menonong aje kat depan. lagi keji kalau die gelak-gelak aku jalan kedek-kedek sebab pakai heel. ceh! tolonglah pimpin, tolonggggg lah. tapi tu lah. aku bukan nak emo pun. bukan kapel-kapel standard remaja kan. ewah, feeling-feeling dewasa sangat kan. umur dah 25 tahun dah. *takde kena mengena*









ekceli aku nak tulis benda lain. tapi terpublish benda lain. terrrrr lah sangat kan!


pen off!

  

No comments: