Pages

27 September 2013

Pindah Rumah

Sekarang dah masuk kali ke empat aku pindah rumah. gigih aku kan. rumah pertama aku sewa rumah kedai. bulan-bulan 150 hengget. yang ni kes terpaksa. kalau tak, takdenya aku nak duduk situ. dah macam pendatang asing dah. awal-awal nak buat master dulu gigih jugak lah aku carik bilik sewa. yang penting bilik single. tapi hampeh. yang ada just rumah kedai je. macam pelarian. Tapi tak sampai 1 bulan pun. usha-usha punya usha ada 1 yang kosong. rumah pangsapuri ttu3. tapi kena share dengan sorang lagi. tapi kire ok lah bilik master. boleh la kot. roomate? abaikan. naseb duduk sekejap je. 

lagipun dalam bulan 6 camtu aku nak duduk dengan kawan aku yang sama-sama satu lab. kebetulan bilik kawan aku tu akan kosong nanti sebab roomate kawan aku nak kawen.haha kawan aku jugak! so bertahan lah aku duduk 1 bilik dengan sorang budak ni. bertahan lah sangat! lepas bulan 6 terus blah. then duduk la aku sekali ngan jijah sampai akhir bulan 9. memandangkan jijah pun nak kawen bulan 11 nanti, baik aku blah awal-awal kan. so far aku prefer bilik single sebenarnya. senang aku nak melalak melolong meroyan. privacy gitu. nak sepah-sepah pun senang. kihkih. 

so sekarang hajat aku tercapai nak bilik single. tapi rasa menyesal jugak sekelumit dalam hati ni sebab bosan. takde kawan nak sembang-sembang. haha. time aku ngan jijah dulu bergosip je la hari-hari. tak boring sangat. tapi yang tak best kalau kongsi bilik tak boleh nak nanges esak-esak. ala menangis sampai sebak-sebak tambah sesak nafas sume tu. gila berdrama sangat kan. rumah yang aku sewa ni bulan-bulan 120hengget. dalam bilik aku ada katil tilam usang yang dah tak macam tilam dan sebuah almari. ha penjodoh bilangan gitu. so far ok lah. boleh masak dan yang penting fully furnish. 

roomate? aku tak boleh tangkap lagi perangai sorang-sorang. lagipun aku malas nak masuk campur. asalkan privacy aku tak tergangu dah ler. cukup bulan bayar sewa dan bil-bil. tapi 1st yang aku nampak ada dua tiga orang yang mahal gilo senyuman. aku senyum boleh dia buat tak tahu aje. so bila dah macam tu jangan harap aku nak sengih-sengih lagi ye. 



new room
tak sempat nak main deko-deko lagi
tunggu lah mood rajin nanti datang

No comments: