Pages

29 October 2013

macam-macam! ishh ishh ishh

bukak-bukak pesbuk ada sorang 'budak' lelaki ni add. panggil budak sebab dah memang budak. then approve la sebab tengok mutual friend ada la dalam 2, 3 0rang dan semuanya famili aku tersenarai. tengok cover photo terus telan ailio. alahai, budak-budak zaman sekarang dah pandai nak couple-couple kan. cover photo tu gambar adik perempuan aku yang form 3. terus rasa macam kecewa sangat-sangat. umur baru setahun jagung. exam PMR pun tak tahu lagi untung naseb badan ke tak.   

sebagai seorang kakak-kakak yang dah lama makan garam, terus rasa macam bertanggungjawab nak mesej adik aku tu. aku bukan nak marah-marah just nak ingatkan. cara aku dengan adik-adik bukan tengking-tengking. aku akan slow talk dulu. kalau tak dengar jugak, memang carik nahas. tapi naseb lah tak pernah lagi dorang tak dengar cakap aku. sebab dorang akan malu sendiri nanti. aku mesej lah tanya siapa lelaki tu. kenapa banyak sangat gambar adik aku dalam photo die. then aku tanya lagi 'u kapel ke dengan die' tanpa rasa segan adik aku jawab ye!!!

amboi. rasa bernanah oke. tak agak-agak. at least segan lah sikit. aku mesej panjang-panjang. nasihat dan teguran. then last mesej aku cakap "kak cik kecewa sangat-sangat dengan kak irah" terus bye!

tapi serius, aku macam tak boleh nak terima. sebab sebelom ni aku percaya sangat-sangat kat die. dah berbuih aku nasihat die jangan kapel! jangan kapel. belajar dulu rajin-rajin. jangan macam minah, jangan jadi macam esah, jangan jadi macam kawan-kawan die. aku tahu tu semua adalah cinta monyet. tapi sekarang aku risau sangat-sangat kalau dengar je adik-adik aku kapel. dah la kat rumah tinggal yang kecik-kecik aje dengan mak aku. mak aku pulak keluar pagi balik petang. yang besar-besar dah takde. sebab tu la dorang bebas. tak de orang pantau. dah la kampung aku tu dah tak macam kampung. gejala yang tak sihat berlambak-lambak. macamana lah nak hadapi semua ni. 

dulu aku macam tak kisah sangat sebab dorang masih kecik lagi. sekarang sorang umur 20, sorang umur 18 sorang umur 15 dan yang bongsu umur 13. time peringkat umur macam ni lah jiwa dorang tengah memberontak. terikut-ikut kawan. semua kawan buat dorang nak jugak. kalau kawan kapel, nak jugak ikut kapel. risaunyeee..

aku, kak long dan kak ngah tengah pening pikir nak setel macamana. tapi 1st step adalah TEGURAN. . hurmm..KECEWA sangat!



28 October 2013

JJCM: AYAM PENYET WONG SOLO (SEK7 SHAH ALAM)

Haritu aku gaduh-gaduh manjeeee sangat dengan munik sampaikan plan nak turun shah alam aku cancel dengan bangganya. tunggu jugak lah munik karang ayat-ayat bunga sikit bagi aku cair tapi non ado. munik memang camtu. tak de nya nak paksa-paksa aku even dalam hati nakkkkk sangat kan! jenis die kalau aku tak nak dia akan ikut then akan pikir positif. kalau aku?? haha. tak mungkin nak pikir-pikir positif kat orang lain.

Ikutkan plan aku nak turun shah alam pagi-pagi sabtu tu. nak ambik bas pukul8.30 pagi. malam tu sempat lah jugak berdrama swasta sekejap dengan munik sampai pukul4 pagi.huehuehue. gila kan! nak tunggu munik pujuk, memang takkkk la. pukul4 pagi baru aku buang ego aku sikitttttt cakap esok nak pergi sana. tapi berbaki lagi lah ego aku kan bila aku cakap "kalau saya bangun esok saya pergi lah. kalau tak, tak la." padahal kau dah set jam kan! 

Tu yang hari sabtu tu penat sangat sebab tak cukup tidur. nasib lah pukul6.45 aku terbangun. siap-siap semua dah pukul 7 lebih. tunggu dekat bus stop pukul7.30. punya lah lama aku tunggu bas, pukul8 baru nampak batang hidung. hati dah dup dap nih takut tak sempat nak naik bas transnational pukul8.30 tuh. last-last sampai melaka sentral ngam-ngam pukul8.30. pergi kaunter die cakap tiket 8.30 dah tak boleh jual sebab time tu dah pukul 8.33. then naseblah aku ni panjangggggg akal lah jugak, terus pergi kat platform transnantional. nampak bas ke shah alam tak gerak lagi. terus tanya driver ada kosong ke tak. fuhhh akhirnya selamat jugak sampai shah alam pukul 10.15. 

Disebabkan aku nih terlebih over dari orang mengandung lah kan, terus lah munik bawak pergi makan kat AYAM PENYET WONG SOLO. dah lama nak try makan kat sini lepas terpengaruh dengan review dari blogger. akhirnyaaaaaa. kepuasan tuh memang tak boleh diluah dengan kata-kata. thanks awak sebab tunaikan whishlist makan-makan saya. :P

Sedap kot ayam penyet kat sini . aku pernah jugak try makan nasi ayam penyet dekat bukit beruang, ayer keroh tu. tapi kurenggg sikit lah. Dekat Wong Solo ni munik pun cakap sedap. sambal ayam penyet yang munik order memamg pedas kebabom! lepas setel makan terus zas pergi beger bakar Abang Burn. Tengahari tu tak ramai sangat orang. kedai pun baru bukak. order sekaliiii lagi meatball. tapi tak habes sebab kenyang sangat. terus bawak balik ke KL. minggu ni aku lepak rumah abang dan kakak ipar munik. huhu. tak malu kan. >.< sempat lah jalan-jalan KLCC, Danau Kota dan Alamanda. thanks E.C.H! lapp u lah. hehe





Decoration 


THE MENU
(Gambar tak clear sebab gatal tangan nak edittttt lah sangat!)


MENU for pakej ekonomi
aku amik yang set ayam bakar


aku punyer
set ayam bakar
maverloss de amos oke



munik pilih ala-carte punya menu
yang atas ni ayam kampung penyet (set nasik lupa nak snap)
sambal merah tu la yang pedas kebabom



meatball Abang Burn!
jangan lepas ni asyik teringat udah ler









Lastly, 
Nak show off kesayangan hamba
hihihi


















**
terima kasih banyak-banyak awak
tiada kata-kata yang dapat diucap
yang penting saya happy sangat-sangat
ye, saya tahu awak sayang saya. ehem3
**


**
perasan
**













    

22 October 2013

raya haji punya cerita

even raya haji dah lama berlalu. lama lah sangat kan. tapi still jugak gedik nak cot cet cot cet. tapi aku rasa feeling tahun ni tak berapa nak meriah sangat lah. kan? rumah pun tak de nak tukar pape sebab langsir yang raya aidilfitri tu dah tukar baru. tiap-tiap tahun tak kira lah raya aidilfitri ke raya haji ke memang berkilo-kilo lah famili aku bergelumang dengan pulut untuk buat tapai. tahun ni dalam 6 kilo jugak lah kot. tu pun sebab kawan mak aku dah order berkilo-kilo. yang jadi mangsa kitaorang lah adik beradik.

tapi moment yang paling best time bungkus tapai lah. pakai daun getah. memang meriah sampaikan ada yang nak tarik rambut. haha. time ni lah turn kitaorang nak kenakan sorang-sorang. macam-macam jenis bentuk tapai ada. tak kisah lah asalkan bungkus elok-elok. air tapai tak tumpah. even mulut duk pot pet pot pet tapi still tangan buat kerja. mak aku memang bising je mulut die duk marah-marah kitaorang adik-beradik takut tapai tak menjadi. padahal, manis je rasa die. yeke manis? aku bukan pernah rasa pom.

aku pun saje je gitau munik yang aku tengah buat tapai. saje nak berlagak sebab tahu die memang suka tapai. lepas tu tak pasal-pasal aku kena hangkut tapai naik bas. T_T tu pun lepas munik tak habes-habes mention tapai tapai tapai tapai. rimas tahu. Kalau tak jangan harap aku nak layan. aku gitau lah kat mak yang munik suruh bawak tapai. last-last mak aku dengan semangat waja nye nak buat lagi 1 kilo untuk munik. oh, memang tak la kan. malas aku nak bungkus 1kilo sorang-sorang. memasing kenakan aku suruh bungkus sorang-sorang. baru afdal katanya. hampeh. aku cakap bawak je tapai yang dah ada. nanti satu kerja pulak nak cari daun getah bagai. ai takut pacat!


nah, gambar tapai!

sekarang ni mak aku sikit-sikit munik. alahai. macam munik pulak anak dia. ai jeles tahu. ada satu part lagi mak aku nak buatkan keropok lekor. nama munik jugak yang die mention dulu. tanya nanti-nanti ada jumpa munik tak. aku cakap la mybe hujung minggu munik nak datang. terus semangat dia singsing lengan uli-uli tepung. alahai. nak taching pun tak sempat. 

tapi tu la. time balik kampung macam-macam benda jadi. enjoy sangat-sangat sampai kan rasa sekejap giler duduk rumah. tak sempat pun nak makan ikan patin masak tempoyak yang emak buat. first time aku suka ikan patin adalah lepas rasa masakan mak aku. cakap kat mak, mak marah-marah sebab aku bagitahu lambat sangat. yela, malam tu dah nak balik melaka dah. T_T. then mak pun bekalkan tempoyak. dia cakap nanti buat sendiri. then kol mak. nanti mak ajar cara-cara nak buat. baik mak!




lovenote: tak sabar nak masak patin masak tempoyak!

09 October 2013

alkisah sotong celup tepung

hari tu hari ahad. munik ada kat melaka. pagi-pagi lagi dia kol aku ajak pergi pasar. oh yeah! aku hepi gile. ajak pergi pasar pun aku hampir nak meroyan. hepi sebab dapat spend masa lebih sikit. ececeh. nampak sangat aku ketandusan kasih sayang di situ. dia cakap pukul2 or pukul 3 dah nak balik. sedey!

pergi pasar pun bersebab. nak carik sotong dan ikan. munik lah ni mengidam nak makan sotong dan ikan celup tepung. ehem. ewah-ewah banyak cantik nak request bagai kan. aku pun turutkan lah permintaan kesayangan. before tu gigih lah aku google-google bagai cara nak hasilkan sotong celup tepung yang terbaik. terbaik lah sangat! last-last??

dah setel beli sotong 1 kilo dan ikan kembung 1 kilo. aku ngengada request nak makan roti canai. tapi tak nak kedai mamak. nampak tak taktik aku di situ. aku tak nak bagi munik balik lagi sebenarnya. alamak. kantoi. saje request roti canai melayu punya sebab aku tahu susah nak jumpa. last-last dekat area mana entah. nampak sorang perempuan duk tebar roti canai dekat warung. terus aku macam eh! eh! nakkkkkk! 

ada satu part tu aku rasa bersalah giler. tapi aku kan ego. puiii. aku order teh tarik. munik pulak order teh suam. tapi dapat teh yang panas giler. lepas aku dah habes minum teh tarik aku tapi still ada lagi hampas-hampas teh tu, aku suruh lah die sejukkan teh dia guna cawan aku. ala yang main tarik-tarik air tu. dia tak nak. aku dengan tanpa bersalah amik air dalam cawan dia then curah dalam cawan aku. bayangkan cawan aku bekas air teh tarik kan! boleh bayangkan tak rupa air teh munik jadi warna apa?? jadi teh keruh oke. aku tengok pun tak selera. munik pulak merajuk cakap dah tak nak minum air tu. aku is cuak gilo. tapi aku selamba je cakap "ala, order je la air lain." padahal dalam hati "alamak, kenapa aku gatal-gatal buat macam tu" bersalah oke. tapi last-last habes jugak air tu munik minum.hahaha. tu la cakap sangat aku ni ego. kan dah betol-betol ego.

dah setel makan terus balik. time otw balik tu aku duk pikir-pikir taktik apa lagi nak buat. tingg! tingg!

aku: tengahari nanti sayang masak nak? kita makan sama-sama # nampak tak? nampak tak?

munik: takpe lah sayang, mat ja nak ajak makan nanti. abang keluar dengan die.

aku: dah tu abang nak balik pukul berapa?

munik: pukul 2 or pukul 3 kot.

aku: ok. #kuciwa

munik: dah balik nanti abang mesej sayang. sayang goreng sotong siap-siap.

aku: ok # tak de mood sangat!

lepas dah sampai rumah. semangat aku bersih sotong dan ikan siap-siap. then munik mesej,

"abang keluar pergi jj ni dengan mat ja"

agak-agak apa yang aku rasa? tadi kemain cakap just nak kuar lunch je. malas nak kuar la apa lah. time ni aku dah start geram dah. tapi biarkan je. then munik mesej lagi

"abang balik pukul 4. tengah karok ni. nanti abang datang kat sayang"

aku pun reply

"tak payah lah datang. nanti dah lewat nak balik. abang balik je terus"

ehem.ehem. bunga-bunga cinta dah berputik! jaga-jaga.

sentap punya sentap last-last aku tak buat pun sotong celup tepung. sebab sakit hati aku terus sumbat sotong dalam fridge. sampai munik balik selangor pun aku tak jumpa die. die ada datang dekat rumah. tapi aku ignore. hati aku sakit sangat. aku bukan nak ngengade nak berkepit dengan dia je. tapi kitaorang nak jumpa punya lah payah. sebulan sekali je. kekadang nak sampai 2 bulan. time jauh pun susah sangat nak contact. kenapa susah sangat nak hargai masa yang ada? padahal malam tu dorang dah lepak sampai 2 pagi. aku bukan nak kongkong. tapi entah la. time tu marah lebih menguasai. last-last aku menyesal buat die macam tu. tengok sotong dalam peti tu pun rasa nak nanges. aku tahu die terpaksa jaga hati kawan die. ye ye ye, aku tahu aku tahu. aku just nak kasih sayang je :P

hari ni. hari rabu. lepas je balik lab tabah lah jugak aku keluarkan sotong tu. sebab pikir esok dah nak balik kampung. tinggal lama-lama sotong tu, nanti tak sedap pulak. try lah jugak buat sotong celup tepung even hati sebak kemain. siyes! 



nampak lah jugak rupa sotong celup tepung kan
rangup-rangup je
boleh laaaaa



kasi closed sikit
boleh laaaaa boleh laaaaaa




NOTAKAKI: Sori dear atas apa yang jadi.

07 October 2013

Dating!

cerita hari sabtu. dapat spend masa dengan munik. dia sampai sini dekat pukul 11 tengahari camtu. aku pulak sempat prepare lunch. before tu dah plan nak masak ikan siakap tiga rasa, tom yam dan telur dadar. benda-benda yang simple dan yang paling penting tak payah main tumbuk-tumbuk. almaklum lah rumah baru ni even lesung batu apatah lagi blender memang tak de. nak masak pun tak feeling sangat.

having lunch pun area dekat-dekat je. taman botanikal! kat situ je ada meja + kerusi. senang nak makan tak payah nak bersimpuh bagai. tapi sangat lah bagus kitaorang melantak sambil tengok orang joging. apakah perasaan itu?? pikir-pikir kan. haha

lepas lunch zass pergi jusco. dah plan nak tengok wayang. lagipun dating kali ni dah tak tahu nak buat apa. melaka oh melaka! layan KL gengster 2. even banyak kontroversi before ditayangkan dan ramai yang dah boleh tengok even belom ditayangkan lagi, aku prefer tengok yang original punya. baru syok kan. best lah citer nih. part zizan tu yang lawak. baru nak feeling-feeling nangis, belom sempat nak kesat-kesat air mata, terus air mata masuk balik. haha. zizan memang kelakar! ending tak syok sangat! sebab aku tak sanggup tengok aaron aziz masuk penjara! haha.

oh! area lobby jusco bandaraya melaka ada pameran dan promosi jahitan. sangat kreatif! aku tak baca sangat info dia sebab mata dah tak tentu hala nak carik port yang cantik-cantik nak bergambar! jom layan gambar jom!















 semua tu adalah hasil cantuman pelbagai fabrik.
teruja sangat coz sangat lah kreatif sampai nak pitam!


ok. ni nak tayang gambar main masak-masak pulak. haha. terserlah kegedikan di situ. 














lastly,















tuan belog nak show off

larikkk!










04 October 2013

Luar Hepi Tapi Dalam Hati Bernanah!

Penat buat baik! Penat pujuk hati! penat sangat!! tolonglah pergi jauh-jauh!