Pages

09 October 2013

alkisah sotong celup tepung

hari tu hari ahad. munik ada kat melaka. pagi-pagi lagi dia kol aku ajak pergi pasar. oh yeah! aku hepi gile. ajak pergi pasar pun aku hampir nak meroyan. hepi sebab dapat spend masa lebih sikit. ececeh. nampak sangat aku ketandusan kasih sayang di situ. dia cakap pukul2 or pukul 3 dah nak balik. sedey!

pergi pasar pun bersebab. nak carik sotong dan ikan. munik lah ni mengidam nak makan sotong dan ikan celup tepung. ehem. ewah-ewah banyak cantik nak request bagai kan. aku pun turutkan lah permintaan kesayangan. before tu gigih lah aku google-google bagai cara nak hasilkan sotong celup tepung yang terbaik. terbaik lah sangat! last-last??

dah setel beli sotong 1 kilo dan ikan kembung 1 kilo. aku ngengada request nak makan roti canai. tapi tak nak kedai mamak. nampak tak taktik aku di situ. aku tak nak bagi munik balik lagi sebenarnya. alamak. kantoi. saje request roti canai melayu punya sebab aku tahu susah nak jumpa. last-last dekat area mana entah. nampak sorang perempuan duk tebar roti canai dekat warung. terus aku macam eh! eh! nakkkkkk! 

ada satu part tu aku rasa bersalah giler. tapi aku kan ego. puiii. aku order teh tarik. munik pulak order teh suam. tapi dapat teh yang panas giler. lepas aku dah habes minum teh tarik aku tapi still ada lagi hampas-hampas teh tu, aku suruh lah die sejukkan teh dia guna cawan aku. ala yang main tarik-tarik air tu. dia tak nak. aku dengan tanpa bersalah amik air dalam cawan dia then curah dalam cawan aku. bayangkan cawan aku bekas air teh tarik kan! boleh bayangkan tak rupa air teh munik jadi warna apa?? jadi teh keruh oke. aku tengok pun tak selera. munik pulak merajuk cakap dah tak nak minum air tu. aku is cuak gilo. tapi aku selamba je cakap "ala, order je la air lain." padahal dalam hati "alamak, kenapa aku gatal-gatal buat macam tu" bersalah oke. tapi last-last habes jugak air tu munik minum.hahaha. tu la cakap sangat aku ni ego. kan dah betol-betol ego.

dah setel makan terus balik. time otw balik tu aku duk pikir-pikir taktik apa lagi nak buat. tingg! tingg!

aku: tengahari nanti sayang masak nak? kita makan sama-sama # nampak tak? nampak tak?

munik: takpe lah sayang, mat ja nak ajak makan nanti. abang keluar dengan die.

aku: dah tu abang nak balik pukul berapa?

munik: pukul 2 or pukul 3 kot.

aku: ok. #kuciwa

munik: dah balik nanti abang mesej sayang. sayang goreng sotong siap-siap.

aku: ok # tak de mood sangat!

lepas dah sampai rumah. semangat aku bersih sotong dan ikan siap-siap. then munik mesej,

"abang keluar pergi jj ni dengan mat ja"

agak-agak apa yang aku rasa? tadi kemain cakap just nak kuar lunch je. malas nak kuar la apa lah. time ni aku dah start geram dah. tapi biarkan je. then munik mesej lagi

"abang balik pukul 4. tengah karok ni. nanti abang datang kat sayang"

aku pun reply

"tak payah lah datang. nanti dah lewat nak balik. abang balik je terus"

ehem.ehem. bunga-bunga cinta dah berputik! jaga-jaga.

sentap punya sentap last-last aku tak buat pun sotong celup tepung. sebab sakit hati aku terus sumbat sotong dalam fridge. sampai munik balik selangor pun aku tak jumpa die. die ada datang dekat rumah. tapi aku ignore. hati aku sakit sangat. aku bukan nak ngengade nak berkepit dengan dia je. tapi kitaorang nak jumpa punya lah payah. sebulan sekali je. kekadang nak sampai 2 bulan. time jauh pun susah sangat nak contact. kenapa susah sangat nak hargai masa yang ada? padahal malam tu dorang dah lepak sampai 2 pagi. aku bukan nak kongkong. tapi entah la. time tu marah lebih menguasai. last-last aku menyesal buat die macam tu. tengok sotong dalam peti tu pun rasa nak nanges. aku tahu die terpaksa jaga hati kawan die. ye ye ye, aku tahu aku tahu. aku just nak kasih sayang je :P

hari ni. hari rabu. lepas je balik lab tabah lah jugak aku keluarkan sotong tu. sebab pikir esok dah nak balik kampung. tinggal lama-lama sotong tu, nanti tak sedap pulak. try lah jugak buat sotong celup tepung even hati sebak kemain. siyes! 



nampak lah jugak rupa sotong celup tepung kan
rangup-rangup je
boleh laaaaa



kasi closed sikit
boleh laaaaa boleh laaaaaa




NOTAKAKI: Sori dear atas apa yang jadi.

No comments: