Pages

07 October 2013

Dating!

cerita hari sabtu. dapat spend masa dengan munik. dia sampai sini dekat pukul 11 tengahari camtu. aku pulak sempat prepare lunch. before tu dah plan nak masak ikan siakap tiga rasa, tom yam dan telur dadar. benda-benda yang simple dan yang paling penting tak payah main tumbuk-tumbuk. almaklum lah rumah baru ni even lesung batu apatah lagi blender memang tak de. nak masak pun tak feeling sangat.

having lunch pun area dekat-dekat je. taman botanikal! kat situ je ada meja + kerusi. senang nak makan tak payah nak bersimpuh bagai. tapi sangat lah bagus kitaorang melantak sambil tengok orang joging. apakah perasaan itu?? pikir-pikir kan. haha

lepas lunch zass pergi jusco. dah plan nak tengok wayang. lagipun dating kali ni dah tak tahu nak buat apa. melaka oh melaka! layan KL gengster 2. even banyak kontroversi before ditayangkan dan ramai yang dah boleh tengok even belom ditayangkan lagi, aku prefer tengok yang original punya. baru syok kan. best lah citer nih. part zizan tu yang lawak. baru nak feeling-feeling nangis, belom sempat nak kesat-kesat air mata, terus air mata masuk balik. haha. zizan memang kelakar! ending tak syok sangat! sebab aku tak sanggup tengok aaron aziz masuk penjara! haha.

oh! area lobby jusco bandaraya melaka ada pameran dan promosi jahitan. sangat kreatif! aku tak baca sangat info dia sebab mata dah tak tentu hala nak carik port yang cantik-cantik nak bergambar! jom layan gambar jom!















 semua tu adalah hasil cantuman pelbagai fabrik.
teruja sangat coz sangat lah kreatif sampai nak pitam!


ok. ni nak tayang gambar main masak-masak pulak. haha. terserlah kegedikan di situ. 














lastly,















tuan belog nak show off

larikkk!










No comments: