Pages

29 October 2013

macam-macam! ishh ishh ishh

bukak-bukak pesbuk ada sorang 'budak' lelaki ni add. panggil budak sebab dah memang budak. then approve la sebab tengok mutual friend ada la dalam 2, 3 0rang dan semuanya famili aku tersenarai. tengok cover photo terus telan ailio. alahai, budak-budak zaman sekarang dah pandai nak couple-couple kan. cover photo tu gambar adik perempuan aku yang form 3. terus rasa macam kecewa sangat-sangat. umur baru setahun jagung. exam PMR pun tak tahu lagi untung naseb badan ke tak.   

sebagai seorang kakak-kakak yang dah lama makan garam, terus rasa macam bertanggungjawab nak mesej adik aku tu. aku bukan nak marah-marah just nak ingatkan. cara aku dengan adik-adik bukan tengking-tengking. aku akan slow talk dulu. kalau tak dengar jugak, memang carik nahas. tapi naseb lah tak pernah lagi dorang tak dengar cakap aku. sebab dorang akan malu sendiri nanti. aku mesej lah tanya siapa lelaki tu. kenapa banyak sangat gambar adik aku dalam photo die. then aku tanya lagi 'u kapel ke dengan die' tanpa rasa segan adik aku jawab ye!!!

amboi. rasa bernanah oke. tak agak-agak. at least segan lah sikit. aku mesej panjang-panjang. nasihat dan teguran. then last mesej aku cakap "kak cik kecewa sangat-sangat dengan kak irah" terus bye!

tapi serius, aku macam tak boleh nak terima. sebab sebelom ni aku percaya sangat-sangat kat die. dah berbuih aku nasihat die jangan kapel! jangan kapel. belajar dulu rajin-rajin. jangan macam minah, jangan jadi macam esah, jangan jadi macam kawan-kawan die. aku tahu tu semua adalah cinta monyet. tapi sekarang aku risau sangat-sangat kalau dengar je adik-adik aku kapel. dah la kat rumah tinggal yang kecik-kecik aje dengan mak aku. mak aku pulak keluar pagi balik petang. yang besar-besar dah takde. sebab tu la dorang bebas. tak de orang pantau. dah la kampung aku tu dah tak macam kampung. gejala yang tak sihat berlambak-lambak. macamana lah nak hadapi semua ni. 

dulu aku macam tak kisah sangat sebab dorang masih kecik lagi. sekarang sorang umur 20, sorang umur 18 sorang umur 15 dan yang bongsu umur 13. time peringkat umur macam ni lah jiwa dorang tengah memberontak. terikut-ikut kawan. semua kawan buat dorang nak jugak. kalau kawan kapel, nak jugak ikut kapel. risaunyeee..

aku, kak long dan kak ngah tengah pening pikir nak setel macamana. tapi 1st step adalah TEGURAN. . hurmm..KECEWA sangat!



No comments: