Pages

22 October 2013

raya haji punya cerita

even raya haji dah lama berlalu. lama lah sangat kan. tapi still jugak gedik nak cot cet cot cet. tapi aku rasa feeling tahun ni tak berapa nak meriah sangat lah. kan? rumah pun tak de nak tukar pape sebab langsir yang raya aidilfitri tu dah tukar baru. tiap-tiap tahun tak kira lah raya aidilfitri ke raya haji ke memang berkilo-kilo lah famili aku bergelumang dengan pulut untuk buat tapai. tahun ni dalam 6 kilo jugak lah kot. tu pun sebab kawan mak aku dah order berkilo-kilo. yang jadi mangsa kitaorang lah adik beradik.

tapi moment yang paling best time bungkus tapai lah. pakai daun getah. memang meriah sampaikan ada yang nak tarik rambut. haha. time ni lah turn kitaorang nak kenakan sorang-sorang. macam-macam jenis bentuk tapai ada. tak kisah lah asalkan bungkus elok-elok. air tapai tak tumpah. even mulut duk pot pet pot pet tapi still tangan buat kerja. mak aku memang bising je mulut die duk marah-marah kitaorang adik-beradik takut tapai tak menjadi. padahal, manis je rasa die. yeke manis? aku bukan pernah rasa pom.

aku pun saje je gitau munik yang aku tengah buat tapai. saje nak berlagak sebab tahu die memang suka tapai. lepas tu tak pasal-pasal aku kena hangkut tapai naik bas. T_T tu pun lepas munik tak habes-habes mention tapai tapai tapai tapai. rimas tahu. Kalau tak jangan harap aku nak layan. aku gitau lah kat mak yang munik suruh bawak tapai. last-last mak aku dengan semangat waja nye nak buat lagi 1 kilo untuk munik. oh, memang tak la kan. malas aku nak bungkus 1kilo sorang-sorang. memasing kenakan aku suruh bungkus sorang-sorang. baru afdal katanya. hampeh. aku cakap bawak je tapai yang dah ada. nanti satu kerja pulak nak cari daun getah bagai. ai takut pacat!


nah, gambar tapai!

sekarang ni mak aku sikit-sikit munik. alahai. macam munik pulak anak dia. ai jeles tahu. ada satu part lagi mak aku nak buatkan keropok lekor. nama munik jugak yang die mention dulu. tanya nanti-nanti ada jumpa munik tak. aku cakap la mybe hujung minggu munik nak datang. terus semangat dia singsing lengan uli-uli tepung. alahai. nak taching pun tak sempat. 

tapi tu la. time balik kampung macam-macam benda jadi. enjoy sangat-sangat sampai kan rasa sekejap giler duduk rumah. tak sempat pun nak makan ikan patin masak tempoyak yang emak buat. first time aku suka ikan patin adalah lepas rasa masakan mak aku. cakap kat mak, mak marah-marah sebab aku bagitahu lambat sangat. yela, malam tu dah nak balik melaka dah. T_T. then mak pun bekalkan tempoyak. dia cakap nanti buat sendiri. then kol mak. nanti mak ajar cara-cara nak buat. baik mak!




lovenote: tak sabar nak masak patin masak tempoyak!

No comments: