Pages

26 November 2013

Bila kita terpaksa memilih


Memilih bukan suatu yang mudah. Tak kira lah dari segi bagaimana sekalipun. Memilih teman hidup pastinya suatu keputusan yang sukar. Kita sudah buat keputusan untuk memilih dia. Yakin yang dia adalah yang terbaik. Tetapi kita diberi ujian bila datangnya seseorang tanpa kita duga. Seseorang yang mungkin sedikit sebanyak mencuit hati kita. Dia hadir saat kita gelisah. Saat kita memerlukan seseorang untuk berkongsi suka dan duka. Lalu kita keliru. Maka, mula lah kita membandingkan antara dua. 

Kau dan dia.

Kau dan dia. Banyak perbezaannya. Realitinya tidak semua yang akan melalui fasa sebegitu. Ada yang dari awal berkenalan dengan si A lalu berakhir dengan si A. Ada yang pada mulanya jatuh cinta dengan si B tapi berakhir dengan si C.  Hakikat kehidupan. Segala macam dugaan dan cabaran terpaksa ditempuh sebelum ketemu kebahagian.

Berbalik pada pilihan.

Sebelum menghancurkan hubungan. Seeloknya kita berpikiran matang and lets all thing clear. Kita bertemu terlebih dahulu dengan si A. Pastinya sudah banyak manis masam yang kita kongsikan. Tegarkah kita menghanyutkan semua itu semata-mata tergugat dengan kehadiran yang lain?? Apa kurangnya si A berbanding si B. kekurangan itu hadir setelah kehadiran si B bukan? Andaikata si B tidak muncul, adakah masih ada lagi kekurangan si A dimata kita? Itulah manusia. Tidak pernah puas dengan apa yang kita ada.


Cuba kita renungkan. Ok. Andai kata akhirnya kita membuat pilihan. Kita pilih si B. kita tinggalkan si A tanpa alasan yang kukuh. Tak mungkin jugak suatu hari nanti  kita akan tetap membandingkan si B bila ada sesuatu yang tidak kena di mata kita bukan? Lagi parah di saat kita bersama si B kita mula teringatkan si A. apa yang si B lakukan untuk kita, terbaik ataupun sebaliknya menjadi sumbing di mata dan fikiran kita. Kenapa? Sebab dari awal lagi kita mencari someone yang sempurna. Nobody is perfect! Setiap manusia ada khilafnya. Jadi, kekurangan itu boleh diperbaiki. Boleh diubah. Boleh jugak di ajak berbincang!






notakaki: bersyukur apa adanya 

25 November 2013

Perempuan dan Jealousy!

ibarat qoute omputih,

You can be the moon and still be jealous of the star!

susah nak lari dari pepatah ni. dalam kehidupan susah sangat nak hidup baik-baik. still jugak tak puas hati dengan apa yang kita ada. orang tu cantik, kite jeles. orang tu lebih kaya, kita jeles. kau pandai. aku bodoh. still jugak kita jeles dalam diam-diam. eh, pakwe kau hensem kenapa pakwe aku biasa-biasa aje?? Tak pasal-pasal hati gundah gulana. susah sangat ke kita nak accept dan hargai apa yang kita ada. hidup ni mudah. selagi hati kite bersih, selagi hati kita suci. kita akan lebih menghargai apa yang kita ada. biarlah apa orang nak cakap or komen. yang penting kita tahu matlamat hidup kita. kita yang tentukan hala tuju itu. and kau shut up!!!

aku susah nak jeles. jenis aku susah nak ambik tahu pasal yang remeh temeh. contohnya kalau ada kawan aku tengah sembang-sembang or bergosip. then aku sampai, aku tak kan bizi body tanya...kenapa??? or haaaa?? im not that type. kalau korang nak share di persilakan. kalau tak, aku menonong aje dengan kerja aku. tu kalau dengan kawan-kawan lah. aku tak berapa nak interested sangat. tapi kalau in relationship. of couse aku seorang yang jealous! aku pun tak tahu sejak bila aku tergolong dalam kategori tu. yang aku tahu time aku remaja. ewah! aku dilabelkan seorang yang hati kering. tak de perasaan. kau cakap or buat apa pun aku tak terjejas.

time cinta monyet dulu, kau nak berkepit ke hape ke dengan mana-mana perempuan...aku akan perhatikan aje. tak berkudis pun dalam hati. terpulang lah kau nak tersenyum ke, nak hai hai bye bye ke dengan mana-mana girls. aku ok aje. memang hati kering pun kan? hahaha...tapi sekarang?? si dia duk chatting dengan budak kelas pun aku sentap! sentap-sentap aku pun, aku diam aje. tapi kalau dah tak tahan sangat..tu yang perang dunia meletus tu. tapi marah-marah aku, still senang nak sejuk. yeke?? tengok keadaan lah kan.

perempuan ni complicated. kat mulut je cakap tak kisah. lantak. whatever. padahal dalam hati?....kecewa beb! tapi keras-keras hati perempuan pun, cepat jugak lembut..tapi kena dengan caranya lah.. conclusionnye, perempuan dengan sifat jeles memang tak boleh di separate kan!



i love to smile
r u jealous?
haha





notakaki: haritu sempat rembat lipstik simplysiti satu dekat watson. nanti nak review lah!  

22 November 2013

salam jumaat!

luang masa sekejap jengah blog. time ni budak-budak lab pergi solat. tinggal lah aku meroyan sorang-sorang. kawan aku sorang lagi balik rumah kot.. jijah pulak dah sebulan ambik cuti gara-gara nak kawen. hoi! sebulan kot. best giler. hari ni aku bawak bekal kuew teow goreng banyak gilo. boleh tiga kali makan. brekpes + lunch + minum petang.. huehuehuehue. semalam masak 1 bungkus kot nak buat berbuka puasa. time masak tu bukan main rasa macammmmm tak cukup. padahal? takpe. at least boleh bawak bekal. 

minggu ni aku rasa stress bagai nak giler..taching sume-sume. taching dengan sv sebab die ignore aku.sentap! sampai bawak-bawak dalam mimpi. aku mimpi aku pergi kuar date dengan die. hoiii wife die nak letak dekat mana. time die ajak makan tu aku kantoi dengan jijah dan mon. entah pape boleh masuk pasal jijah dan mon dalam mimpi aku. kacau tau nak feeling-feeling sikit, time keluar dengan sv aku tu aku tanya la kenapa die susah sangat nak tengok aku. kalau cakap dengan aku mesti pandang tempat lain. aku rasa macammmm sedih lahhhhh sangattttttt. then die cakap die tak boleh tengok muka aku sebab muka aku macam someone. kire mengimbau kenangan. mengulit kenangan gituuu. dalam mimpi tu die ada mention nama sorang perempuan tu. tapi aku lupe. dah namanya mimpi kan. hahaha. giler berani aku direct tanya die kan. kalau realiti tak mungkinnnnnnnnn. scary lah!

then tup-tup keesokannya sv aku masuk lab. terus direct pergi dekat aku. hahhaa. mood die baik..aku macam, eh! feeling die sama macam mimpi semalam. gataiiii. cakap pun alahaiiiiiii. tak pasal-pasal aku rasa hepi sangat nak share dengan die pasal projek aku tuuuuuuu. eksaited sume-sume. aku kan jenis bangsa yang sedih sekejap je. kalau ada benda yang menggembirakan, yang sedih-sedih tu terus lenyap. bangsa yang tak cukup kasih sayang memang macamni lah.

so far projek master aku ni masih lagi under maintainance gitu. ngadap lah software finite tu sampai nak muntah-muntah. betol. sampai nak muntah oke. bayangkan ngadap software tu dari pagi sampai petang. tu kalau software behave kan. kalau die buat perangai rasa nak hentak-hentak kepala. terus rasa nak quit balik kampung. manja sangat. tak boleh nak pressure sikit! sekarang tengah buat jugak report sikit-sikit. nak karang ayat macam siput. otak tak advance oh! my english ni memang kok kak kok kak lah sikit kan. takpe, slow-slow. aku pegang pada prinsip "200 words a day". tu kata-kata lecturer aku. DR zulisman. speaking die best!

tu je lah nak share. sekarang tak online sangat sebab mood kelaut. lagipun just terperap aje dalam rumah tak pergi mana-mana. tak kan nak hupdate pasal pergi lab balik lab aje kan.





pen off!   





notakaki: lepas ni dah takde 'kawan' yang boleh kongsi suka dan duka. sedih!

12 November 2013

Bride-to-be






pheww! nak gelak dulu boleh? kahkahkahkah. lawak betol. dah la 2 3 hari ni mood aku macam tak stabil. macammm lah kan. asyik nanges nanges dan nanges aje. biasa lah tengah traffic light merah!

ceritanya macam ni. semalam adik aku yang studi kat UPM tu mesej. tetiba je die tanya "weh, u nak tunang ke?" aku macam errrrrrr. errr lah sangat!

ekceli dah heboh dah kat kampung yang aku ni nak tunang. baru nak tunang kot bukan nak kahwen. walhal bukannya ada siapa-siapa pun yang masuk meminang. kahkah. aku yang kat sini tenang dan aman je hidup. steady aje. kat kampung dah berlaku sesi pujuk-memujuk mak aku dah. heboh dia macam taufan melanda. hyperbolanya aku kan. tapi lebih kurang camtu lah.  alahai. ni mesti kak ngah aku punya kerja.

sebab aku ada bincang dan mintak pendapat dia. aku just tanya ok tak kalau aku tunang awal tahun depan or dalam bulan 3 camtu. agak-agak mak ok tak. last-last tak pasal-pasal abang ngah dan abang long berkomplot. dorang pi pakat redah je bagitahu kat mak. siap cakap sokong lagi kalau aku nak tunang. wah! terima kasih lah abang ipar ku sayang. nanti jangan lupa sponsor mana yang patut. hihihihi

dalam ramai-ramai adik beradik aku, semua dah setuju.mak aku je buat jual-jual mahal nak cakap setuju kan. mungkin mak aku malas nak cakap pape lagi sebab takde hitam putih dari pihak nun disana. tapi kalau pihak nun di sana tak hendak, dah ada yang tengah tunggu turn ni. hahahahaha.  kembang kuncup aje hidung jambu air ni ha...ehemmmm. adik aku si teah pun join jugak. siap cakap kat mak aku lagi. "mak bagi-bagi lah kak cik tunang, kesian munik tunggu lama-lama" mak aku boleh gelak-gelak. ewah, macam kelakar sangat je bunyinye kannnnnnnn. kite cuak takut kena reject tak tahu pulak. 


pen off!

03 November 2013

1st time shopping s0rang-s0rang

Hari sabtu meroyan. tak sabar-sabar nak shoping. tolak ketepi ada kawan ke tak. menonong lah pergi JUSCO ayer keroh sensorang. yang penting dekat sikit dengan rumah. motif asal just nak usha-usha seluar aje. hari tu ada terpikat dengan seluar Vior warna turqoise. Tapi harga sehelai boleh tahan. RM129.90. terpaksa batalkan hajat di hati. tengok semalam, wah! ada sale 50% lah. terus laju-laju sambar 2 helai.



2 helai dapat lah RM129.90
ok lah kan.
asalkan hajat di hati dipenuhi. hihihi

tengok-tengok jam macammmmm awal lagi. meh ler kita intai-intai bahagian handbag pulak. just intai-intai aje. plan nak shopping handbag memang ada tapi asyik jumpa yang tak berkenan aje. tak de mood sangat. semalam terjumpa satu handbag yang dah lama diidam-idamkan. lagi-lagi warna pink tuuuuuuuu. harga asal RM367+- camtu tapi ada sale 70% haruslah suruh adik tu kirakan dapat berapa. tengok harga macam oke aje terus cakap kat adik tu NAK! tapi nak ambik duit dulu. hihihi. adik tu cakap kawan die yang kerja kat situ jugak dah lama aim handbag nih. ikutkan die nak beli time gaji nanti. maaflah dik, akak sambar dulu. dah la ada satu design aje. hahahaha. gelak jahat sangat!



harga dalam RM100++
puas hati sangat!
lepas ni dah takde benda dah nak bawak dalam mimpi
eh
ada lagi a fews whishlist!
sabarrrrrrrrr







nota kaki: lagi syok shopping sorang-sorang. boleh ikut je rentak kaki nak pergi mana-mana.