Pages

26 November 2013

Bila kita terpaksa memilih


Memilih bukan suatu yang mudah. Tak kira lah dari segi bagaimana sekalipun. Memilih teman hidup pastinya suatu keputusan yang sukar. Kita sudah buat keputusan untuk memilih dia. Yakin yang dia adalah yang terbaik. Tetapi kita diberi ujian bila datangnya seseorang tanpa kita duga. Seseorang yang mungkin sedikit sebanyak mencuit hati kita. Dia hadir saat kita gelisah. Saat kita memerlukan seseorang untuk berkongsi suka dan duka. Lalu kita keliru. Maka, mula lah kita membandingkan antara dua. 

Kau dan dia.

Kau dan dia. Banyak perbezaannya. Realitinya tidak semua yang akan melalui fasa sebegitu. Ada yang dari awal berkenalan dengan si A lalu berakhir dengan si A. Ada yang pada mulanya jatuh cinta dengan si B tapi berakhir dengan si C.  Hakikat kehidupan. Segala macam dugaan dan cabaran terpaksa ditempuh sebelum ketemu kebahagian.

Berbalik pada pilihan.

Sebelum menghancurkan hubungan. Seeloknya kita berpikiran matang and lets all thing clear. Kita bertemu terlebih dahulu dengan si A. Pastinya sudah banyak manis masam yang kita kongsikan. Tegarkah kita menghanyutkan semua itu semata-mata tergugat dengan kehadiran yang lain?? Apa kurangnya si A berbanding si B. kekurangan itu hadir setelah kehadiran si B bukan? Andaikata si B tidak muncul, adakah masih ada lagi kekurangan si A dimata kita? Itulah manusia. Tidak pernah puas dengan apa yang kita ada.


Cuba kita renungkan. Ok. Andai kata akhirnya kita membuat pilihan. Kita pilih si B. kita tinggalkan si A tanpa alasan yang kukuh. Tak mungkin jugak suatu hari nanti  kita akan tetap membandingkan si B bila ada sesuatu yang tidak kena di mata kita bukan? Lagi parah di saat kita bersama si B kita mula teringatkan si A. apa yang si B lakukan untuk kita, terbaik ataupun sebaliknya menjadi sumbing di mata dan fikiran kita. Kenapa? Sebab dari awal lagi kita mencari someone yang sempurna. Nobody is perfect! Setiap manusia ada khilafnya. Jadi, kekurangan itu boleh diperbaiki. Boleh diubah. Boleh jugak di ajak berbincang!






notakaki: bersyukur apa adanya 

1 comment:

Mya said...

kena selalu muhasabah dan besyukur :))