Pages

12 November 2013

Bride-to-be






pheww! nak gelak dulu boleh? kahkahkahkah. lawak betol. dah la 2 3 hari ni mood aku macam tak stabil. macammm lah kan. asyik nanges nanges dan nanges aje. biasa lah tengah traffic light merah!

ceritanya macam ni. semalam adik aku yang studi kat UPM tu mesej. tetiba je die tanya "weh, u nak tunang ke?" aku macam errrrrrr. errr lah sangat!

ekceli dah heboh dah kat kampung yang aku ni nak tunang. baru nak tunang kot bukan nak kahwen. walhal bukannya ada siapa-siapa pun yang masuk meminang. kahkah. aku yang kat sini tenang dan aman je hidup. steady aje. kat kampung dah berlaku sesi pujuk-memujuk mak aku dah. heboh dia macam taufan melanda. hyperbolanya aku kan. tapi lebih kurang camtu lah.  alahai. ni mesti kak ngah aku punya kerja.

sebab aku ada bincang dan mintak pendapat dia. aku just tanya ok tak kalau aku tunang awal tahun depan or dalam bulan 3 camtu. agak-agak mak ok tak. last-last tak pasal-pasal abang ngah dan abang long berkomplot. dorang pi pakat redah je bagitahu kat mak. siap cakap sokong lagi kalau aku nak tunang. wah! terima kasih lah abang ipar ku sayang. nanti jangan lupa sponsor mana yang patut. hihihihi

dalam ramai-ramai adik beradik aku, semua dah setuju.mak aku je buat jual-jual mahal nak cakap setuju kan. mungkin mak aku malas nak cakap pape lagi sebab takde hitam putih dari pihak nun disana. tapi kalau pihak nun di sana tak hendak, dah ada yang tengah tunggu turn ni. hahahahaha.  kembang kuncup aje hidung jambu air ni ha...ehemmmm. adik aku si teah pun join jugak. siap cakap kat mak aku lagi. "mak bagi-bagi lah kak cik tunang, kesian munik tunggu lama-lama" mak aku boleh gelak-gelak. ewah, macam kelakar sangat je bunyinye kannnnnnnn. kite cuak takut kena reject tak tahu pulak. 


pen off!

No comments: