Pages

16 December 2013

nak nanges ke nak gelak?

hujung minggu memang tak ohsem sebab aku gaduh dengan munik. asal gaduh je baru ada benda nak up kat entry. kalau tak, jangan harap aku nak karang idea dekat sini. hahahah. kesian dekat belog, dianaktirikan. time hepi loncat-loncat macam tak sedar diri. belog terabai. eh, lepas ni dah boleh cashout NUFFNANG!. weeeee. tetiba sangat!

aku gaduh bukan sebab munik ada pompuan lain ye. kalau yang tu mahu aku pi serang ijok! eh kuala selangor! eh. entah. aku pun tak tahu mana lokasi munik yang sebenar. boleh gitu?? takpe, aku google je lah upp pulp & paper. haha.

hari sabtu malam tu munik dah mesej cakap nak keluar and lepak dengan kawan. entah macamana aku teremo pulak. pikir bukan-bukan. gini lah orang kurang kasih sayang. nak simpati lebih-lebih kan. padahal bukan selalu pun munik lepak. asyik terperuk dekat rumah aje. tapi takpe, aku suka sangattt die terperuk macam tu. kurang sikit probability die tengok pompuan. die jugak yang cakap aku ni queen control. kan dah masin mulut tuuuuuu. lain kali cuba cakap benda yang baik-baik. macam aku canteq ke. nanti makin canteq awak jugak yang kembang kempis hidung tu. kann.

munik pun dah bosan dengan aku. asal gaduh mintak clash. even benda kecik pun nak clash. time gaduh semua benda lupa. susah senang bertahun-tahun terus lenyap. syaitooon sangat. yang sakit hati nye aku col berkali-kali tak nak angkat. munik sekarang dah pandai. entah belaja dari mana entah. asal aku col and marah die, bebel berbakul-bakul pun die akan senyap aje. naseb lah angkat jugak malas-malas die pun. kalau tak lagi aku sakit hati. time tu aku nanges sedu sedan pun die senyap. haih! time tu berombak-ombak dada aku tahan marah. last-last bila time dah ok, maluuuuuuunya aku macam tu. entah apa-apa. *tutupmukamalu* 

lepas dah baik-baik, ehem. munik pun cakap lah yang die dah malas nak layan aku lebih-lebih time aku marah. sebab die tahu perangai aku macam mana. makin di layan makin menjadi. kesian aku kan. dipinggirkan. tapi kalau pikir balik memang betol pun die buat macam tu. memang bukan salah die. tak kan die nak senang-senang mengaku. ada satu hal tu, aku pakse-pakse die lepaskan aku. ececeh. pakse die cakap perkataan tuuuu. die cakap tak nak. aku pun apa lagi terus marah-marah. tanya die kenapa tak nak lepaskan? then munik cakap "tak nak lah lepaskan sebab sayang die" terus aku terdiam.

emak aku pun siap nasihat lagi. "dah tak lama tu kak cik, jaga hubungan elok-elok. time camni lah syaiton usaha nak pisahkan sebab kita dah niat benda yang baik" terus insaf. mak aku macam tahu-tahu je aku tengah gaduh dengan munik. naluri seorang ibu kan. 

sekarang ni gaduh camne pun aku tak nak biarkan lama-lama. sakit hati camne pun aku akan keep contact die. sebab aku tak nak benda tu berlanjutan. kekadang salah seorang kena buang ego tu. dulu aku ego. yes, aku mengaku. sekarang aku try buang ego tu. tapi dah terbalik dah. munik pulak yang buat-buat ego dengan aku. haih. geram betol!

sebenarnye dalam hubungan ni TRUST tu yang paling penting. walau apa pun jadi kalau kita keep percaya dekat pasangan kita semua benda tak kan jadi masalah. sebab aku percaya lah sampai sekarang aku still lagi dengan die. harap perasaan percaya ni akan berkekalan untuk selamanya.



*habeslah lepas ni munik tahu aku jaja gambar die dekat belog*




notakaki: entry ni untuk gelak lah kot bila pikir diri sendiri yang tah pape. hahhahaa

08 December 2013

Duit oh Duit




Siapa kata dalam dunia ni duit tak penting? siapa kata asalkan cinta sama cinta, isu duit tu boleh tolak ke tepi? berapa ramai pasangan yang dah kahwin yang asalnya cinta sama cinta suka sama suka bercerai bila dilema masalah kewangan? ramai bukan. so tak payah cakap before buktikan. apa-apa sekali pun, dalam dunia sekarang semua benda perlukan duit. aku paling menyampah kalau ada yang cakap :: duit tu tak kemana. asalkan saya cintakan awak :: agak-agak dengan rasa cinta tu boleh beli berkilo-kilo beras? dengan rasa cinta itu jugak boleh belikan susu anak? pampers? oh! aku emo di situ.

Banyak yang aku baca dan perhati. awal-awal kahwin, si isteri dah tahu yang si suami tak berduit. tak de gaji tetap. sedangkan si isteri seorang kakitangan kerajaan. takpe, si isteri nekad bantu si suami ringankan beban. ibarat berat sama dipikul ringan sama dijinjing. boleh lah tahan kan setakat 1 tahun. tahun-tahun yang berikutnya?? mula lah sesi ungkit mengungkit. ni tak boleh di sangkalkan lagi. siapa yang tahan bukan? kalau hanya satu tangan yang menghulur sedangkan tangan yang satu lagi hanya tahu menerima? di sini lah bermulanya keruntuhan rumah tangga. sepatutnya si isteri kenalah ikhlas membantu si suami. tak payah nak mengungkit. tu kan suami awak. 

Satu hal lagi. si isteri dah berpenat lelah membantu si suami. terima segala kekurangan dia. Sanggup susah sama-sama. tak bergaya pun tak apa asalkan duit gaji dapat meringankan beban keluarga. sanggup tolak ketepi kepentingan peribadi. last-last? si suami CURANG. sedih! apa lagi yang nak dikata? pengorbanan tak berbaloi bukan. perempuan memang sangat sabar. tapi kalau hal yang melibatkan perasaan, bila dah tawar hati tak perlu nak pujuk dan melulut. itu dah tak bermakna lagi.

aku bukan nak backup perempuan. sebab tu yang aku nampak. asalnya memang masalah kewangan. tu faktor utama. memang la ada jugak perempuan yang buat hal. tapi bagi aku, perempuan bila di kahwin memang sepenuh hati akan tumpukan pada keluarga. entahla. even ada masalah kewangan pun, patutnya sama-sama selesaikan. jangan biarkan salah sorang yang terkontang-kanting. hulurkan tangan. sama-sama membantu. toleransi yang penting. kan?















notakaki: sebab tu lah pentingnya pilih calon suami. kalau awak-awal dah nampak kedekut, berkira sangat, baik tolak ke tepi awal-awal. 

07 December 2013

Biarkan aku pergi....


semalam malam minggu. biasa malam minggu mesti aku akan hepi. sebab segala tekanan di lab aku boleh lupakan seketika. tapi.......semalam aku rasa stress sangat-sangat. aku tak tahu mana nak mengadu. semenjak sekarang ni murahnya air mata. dah macam takde nilai. alhamdulillah, nasib lah ada kawan yang hadir. aku tahu, even camana pun situasi aku, kawan tu tetap akan hadir. kawan tu tetap setia dengar keluh kesah aku. aku syukur. even aku sedih, mesti akan hadir someone yang sama-sama menangis dengan aku. di mana lagi nak cari kawan yang begitu. sanggup sebak sama-sama. 

sekarang baru aku sedar. mana kaca mana permata. tak sangka selama ni kaca yang aku agung-agungkan. padahal permata yang di depan mata aku tak nampak. mungkin kilauan nya tak berseri sangat. tapi cahayanya tetap ada. semalam jugak aku terpikir, sudah sampai masanya aku pergi. pergi yang tak sesekali aku kembali lagi.  dan aku harap....aku akan kuat. bukan mudah nak hilangkan semua ni tapi aku yakin lepas apa yang jadi, aku boleh kuat dan lupakan semuanya dengan cepat. 

bukan sekali aku rasa macamni. tapi dah berkali-kali. aku tak harapkan timbunan emas tapi yang aku impikan cuma MASA. even pepatah cakap MASA ITU EMAS. andai masa yang kau hadiahkan ibarat kau laburkan aku dengan emas. aku dah hepi sangat. tapi takpelah. mungkin kau tak paham. dan aku yakin kau tak kan paham sampai bila-bila. aku harap bila everything dah clear up, jangan sesekali cari aku lagi.












notakaki: terima kasih kawan sebab sanggup datang jauh-jauh untuk hepikan aku. aku yakin andai niat kau baik, semua akan dipermudahkan olehNYA. aku harap sangat kau tak kan sia-sia kan peluang yang aku bagi kerana........aku dah tak sanggup terluka lagi.  

04 December 2013

10 Janji ALLAH Kepada yang Ingin Berkahwin


Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.
Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…
1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)

Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.
2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)
Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.
Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.
Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?
3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)
Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.
4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)
5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)
Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.
Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.
Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah,
Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah,
Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.
Sebahagian orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).
Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).
Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).
6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)
Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.
7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)
Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.
8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)
Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.
9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)
10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)
Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.
Jadi, kenapa ragu – ragu dengan janji Allah?



01 December 2013

OFF to Teluk Intan,Perak

Weekend yang 0hsem tapi p0net bertingket-tingket lah jug0p. Hari sabtu 30 November 2013 attend wedding AziE & Mon dekat Teluk Intan. untuk azie and mon "SELAMAT PENGANTIN BARU" moga bahagia hingga ke akhirnya. lepas ni jangan gaduh-gaduh dah yer :) kali ni aku dari melaka turun Shah Alam. then munik yang dari Ijok akan datang amik kat stesen bas Shah Alam. kalau ikutkan memang dekat lagi Ijok nak ke Teluk Intan kan. takpe, bagi die ulang-alik sikit. Dari Melaka aku naik bas pukul8.30 pagi. dan sampai Shah Alam pulak dalam pukul 10.30pagi camtu. kali ni pergi sekali dengan sakdon dan rahmah.  wiwit! (sakdon tu classmate time degree) tapi kerete asing-asing la. lepas tu dekat area mana entah Najmi pulak yang join. nasib lah ada dorang, kalau tak mahu sesat aku dengan munik. Jalan nak ke Teluk Intan tu lagi-lagi rumah azie tu memang tak terjangkau dek akal lah!  

macammmmmmm jauh lah sangat teluk intan. dengan hujan renyai-renyai. fuhhhh. kush semangat. kitaorang tak lalu highway, lalu jalan belakang. ececeh. macam aku pulak yang bawak kan. padahal?? ikutkan mengidam nak makan pisang goreng dan keledek goreng cicah sambal kicap kat area kuala selangor tapi hampeh. tak sempat nak berjimba pun sebab rushing nak kejar bas pukul8.30 malam. aku balik ke melaka malam tuuuuu jugak. very the tired! lepas ni dah malas nak balik hari camtu. sampai-sampai rumah dah pengsan! perot lapar, naseb sampai rumah adik aku ada tapaukan beger McD. aummm! rosak program diet! nak kawen oi!

even rushing lah sangat! dapat jugak rasa mentarang bakar tuh! 1st time kot dengar nama mentarang. kalau munik tak suggest, takdenye dalam sejarah hidup aku makan mentarang. eh! ke aku je yang jakun. aku dengan munik kalau bab-bab rasa bende yang pelik-pelik memang satu kepala. cuba kalau benda lain, dah jadi 10 kepala! haih! berlambak-lambak kot benda alah ni sepanjang jalan nak pi teluk intan tu. ni 1st time rasa. sedap jugak cicah dengan cili dan sambal belacan. ala, macam makan kerang bakar tuuuuu. tapi mahal jugak lah. sekilo dalam 18hengget. sikit pulak tu. aku rasa berat cengkerang die dah hampir 1 kilo kot. 



ni lah mentarang bakar
terliur tak?
eh! tak????



closed up sikit!






sori mon tertepek gambar yang pejam mata pulak!
hahaha
*gelakjahat*



tak suke gambar ni sebab nampak gemuk
sakdon lah nih tak reti ambik gambar
kan dah gemok!!!!!!!!






ikutkan berlambak lagi ambik gambar time pi wedding aritu. posing atas pelamin pun ada. haha. tapi memandangkan aku nampak gemok! (even memang gemok) so tak jadi lah nak main tempek-tempek kat belog! nexxxxttttttt? sape lagi yang nak kawen? dengar citer bulan 12 nih banyak jugak yang kawen kan. asyik attend kenduri kawen orang je. kenduri sendiri bila agaknya? :P




notakaki: selamat pengantin baru azie n mon!