Pages

07 December 2013

Biarkan aku pergi....


semalam malam minggu. biasa malam minggu mesti aku akan hepi. sebab segala tekanan di lab aku boleh lupakan seketika. tapi.......semalam aku rasa stress sangat-sangat. aku tak tahu mana nak mengadu. semenjak sekarang ni murahnya air mata. dah macam takde nilai. alhamdulillah, nasib lah ada kawan yang hadir. aku tahu, even camana pun situasi aku, kawan tu tetap akan hadir. kawan tu tetap setia dengar keluh kesah aku. aku syukur. even aku sedih, mesti akan hadir someone yang sama-sama menangis dengan aku. di mana lagi nak cari kawan yang begitu. sanggup sebak sama-sama. 

sekarang baru aku sedar. mana kaca mana permata. tak sangka selama ni kaca yang aku agung-agungkan. padahal permata yang di depan mata aku tak nampak. mungkin kilauan nya tak berseri sangat. tapi cahayanya tetap ada. semalam jugak aku terpikir, sudah sampai masanya aku pergi. pergi yang tak sesekali aku kembali lagi.  dan aku harap....aku akan kuat. bukan mudah nak hilangkan semua ni tapi aku yakin lepas apa yang jadi, aku boleh kuat dan lupakan semuanya dengan cepat. 

bukan sekali aku rasa macamni. tapi dah berkali-kali. aku tak harapkan timbunan emas tapi yang aku impikan cuma MASA. even pepatah cakap MASA ITU EMAS. andai masa yang kau hadiahkan ibarat kau laburkan aku dengan emas. aku dah hepi sangat. tapi takpelah. mungkin kau tak paham. dan aku yakin kau tak kan paham sampai bila-bila. aku harap bila everything dah clear up, jangan sesekali cari aku lagi.












notakaki: terima kasih kawan sebab sanggup datang jauh-jauh untuk hepikan aku. aku yakin andai niat kau baik, semua akan dipermudahkan olehNYA. aku harap sangat kau tak kan sia-sia kan peluang yang aku bagi kerana........aku dah tak sanggup terluka lagi.  

No comments: