Pages

08 December 2013

Duit oh Duit




Siapa kata dalam dunia ni duit tak penting? siapa kata asalkan cinta sama cinta, isu duit tu boleh tolak ke tepi? berapa ramai pasangan yang dah kahwin yang asalnya cinta sama cinta suka sama suka bercerai bila dilema masalah kewangan? ramai bukan. so tak payah cakap before buktikan. apa-apa sekali pun, dalam dunia sekarang semua benda perlukan duit. aku paling menyampah kalau ada yang cakap :: duit tu tak kemana. asalkan saya cintakan awak :: agak-agak dengan rasa cinta tu boleh beli berkilo-kilo beras? dengan rasa cinta itu jugak boleh belikan susu anak? pampers? oh! aku emo di situ.

Banyak yang aku baca dan perhati. awal-awal kahwin, si isteri dah tahu yang si suami tak berduit. tak de gaji tetap. sedangkan si isteri seorang kakitangan kerajaan. takpe, si isteri nekad bantu si suami ringankan beban. ibarat berat sama dipikul ringan sama dijinjing. boleh lah tahan kan setakat 1 tahun. tahun-tahun yang berikutnya?? mula lah sesi ungkit mengungkit. ni tak boleh di sangkalkan lagi. siapa yang tahan bukan? kalau hanya satu tangan yang menghulur sedangkan tangan yang satu lagi hanya tahu menerima? di sini lah bermulanya keruntuhan rumah tangga. sepatutnya si isteri kenalah ikhlas membantu si suami. tak payah nak mengungkit. tu kan suami awak. 

Satu hal lagi. si isteri dah berpenat lelah membantu si suami. terima segala kekurangan dia. Sanggup susah sama-sama. tak bergaya pun tak apa asalkan duit gaji dapat meringankan beban keluarga. sanggup tolak ketepi kepentingan peribadi. last-last? si suami CURANG. sedih! apa lagi yang nak dikata? pengorbanan tak berbaloi bukan. perempuan memang sangat sabar. tapi kalau hal yang melibatkan perasaan, bila dah tawar hati tak perlu nak pujuk dan melulut. itu dah tak bermakna lagi.

aku bukan nak backup perempuan. sebab tu yang aku nampak. asalnya memang masalah kewangan. tu faktor utama. memang la ada jugak perempuan yang buat hal. tapi bagi aku, perempuan bila di kahwin memang sepenuh hati akan tumpukan pada keluarga. entahla. even ada masalah kewangan pun, patutnya sama-sama selesaikan. jangan biarkan salah sorang yang terkontang-kanting. hulurkan tangan. sama-sama membantu. toleransi yang penting. kan?















notakaki: sebab tu lah pentingnya pilih calon suami. kalau awak-awal dah nampak kedekut, berkira sangat, baik tolak ke tepi awal-awal. 

No comments: