Pages

01 December 2013

OFF to Teluk Intan,Perak

Weekend yang 0hsem tapi p0net bertingket-tingket lah jug0p. Hari sabtu 30 November 2013 attend wedding AziE & Mon dekat Teluk Intan. untuk azie and mon "SELAMAT PENGANTIN BARU" moga bahagia hingga ke akhirnya. lepas ni jangan gaduh-gaduh dah yer :) kali ni aku dari melaka turun Shah Alam. then munik yang dari Ijok akan datang amik kat stesen bas Shah Alam. kalau ikutkan memang dekat lagi Ijok nak ke Teluk Intan kan. takpe, bagi die ulang-alik sikit. Dari Melaka aku naik bas pukul8.30 pagi. dan sampai Shah Alam pulak dalam pukul 10.30pagi camtu. kali ni pergi sekali dengan sakdon dan rahmah.  wiwit! (sakdon tu classmate time degree) tapi kerete asing-asing la. lepas tu dekat area mana entah Najmi pulak yang join. nasib lah ada dorang, kalau tak mahu sesat aku dengan munik. Jalan nak ke Teluk Intan tu lagi-lagi rumah azie tu memang tak terjangkau dek akal lah!  

macammmmmmm jauh lah sangat teluk intan. dengan hujan renyai-renyai. fuhhhh. kush semangat. kitaorang tak lalu highway, lalu jalan belakang. ececeh. macam aku pulak yang bawak kan. padahal?? ikutkan mengidam nak makan pisang goreng dan keledek goreng cicah sambal kicap kat area kuala selangor tapi hampeh. tak sempat nak berjimba pun sebab rushing nak kejar bas pukul8.30 malam. aku balik ke melaka malam tuuuuu jugak. very the tired! lepas ni dah malas nak balik hari camtu. sampai-sampai rumah dah pengsan! perot lapar, naseb sampai rumah adik aku ada tapaukan beger McD. aummm! rosak program diet! nak kawen oi!

even rushing lah sangat! dapat jugak rasa mentarang bakar tuh! 1st time kot dengar nama mentarang. kalau munik tak suggest, takdenye dalam sejarah hidup aku makan mentarang. eh! ke aku je yang jakun. aku dengan munik kalau bab-bab rasa bende yang pelik-pelik memang satu kepala. cuba kalau benda lain, dah jadi 10 kepala! haih! berlambak-lambak kot benda alah ni sepanjang jalan nak pi teluk intan tu. ni 1st time rasa. sedap jugak cicah dengan cili dan sambal belacan. ala, macam makan kerang bakar tuuuuu. tapi mahal jugak lah. sekilo dalam 18hengget. sikit pulak tu. aku rasa berat cengkerang die dah hampir 1 kilo kot. 



ni lah mentarang bakar
terliur tak?
eh! tak????



closed up sikit!






sori mon tertepek gambar yang pejam mata pulak!
hahaha
*gelakjahat*



tak suke gambar ni sebab nampak gemuk
sakdon lah nih tak reti ambik gambar
kan dah gemok!!!!!!!!






ikutkan berlambak lagi ambik gambar time pi wedding aritu. posing atas pelamin pun ada. haha. tapi memandangkan aku nampak gemok! (even memang gemok) so tak jadi lah nak main tempek-tempek kat belog! nexxxxttttttt? sape lagi yang nak kawen? dengar citer bulan 12 nih banyak jugak yang kawen kan. asyik attend kenduri kawen orang je. kenduri sendiri bila agaknya? :P




notakaki: selamat pengantin baru azie n mon! 
      

No comments: