Pages

24 January 2014

RESEPI: SIZZLING YEE MEE HOMEMADE


'Sizzling Yee Mee'



Resepi:
(1/2 hidangan)

*5 ulas bawang putih-diketuk
*1/2 inci halia-dimayang bulat
*3tangkai cili kering
sawi atau cendawan shitake kering (dicelur)
ayam-dipotong kecil
1biji telur ayam
lada hitam-serbuk or biji-biji ditumbuk
2 sudu kicap pekat
3 sudu sos tiram
2 sudu kicap cair
tepung jagung-untuk memekatkan kuah (dibancuh dengan sedikit air)
2 cawan air
2 gulung yee mee
minyak untuk menumis

cara-cara:
1. Tumis bahan yang bertanda * hingga naik bau.
2. Masukkan ayam, goreng hingga ayam masak dan agak empuk
3. Masukkan 2 cawan air (kalau nak kuah banyak boleh tambah air)
4. Masukkan sos tiram, kicap pekat dan kicap cair (biar hingga mendidih dan ayam masak)
5. Masukkan serbuk lada hitam. kacau dan masukkan bancuhan air tepung jagung. gaul rata dan kuah akan pekat
6. Bila dah nak hidangkan masukkan 2 senduk kuah ke dalam kuali kecil. Masukkan 1 gulung yee mee, sawi dan pecahkan telur. Jika perlu tambahkan lagi kuah. biarkan mee lembut dan telur separuh masak. Ulang langkah ini untuk yee mee yang lain.

selamat mencuba



*rasanya sedap sama macam yang dijual di food court Jusco.hihihi*



23 January 2014

TRUST :)


"Give your hundred percent to everything you do and sleep peacefully"



21 January 2014

Enjoy the little things in LIFE


Renungkan

Saat aku mulai mencintai seseorang, aku ditinggalkan..
Saat aku sangat mengharapkannya, dia hilang..
Ketika aku mulai merasa bahagia, aku dicampakkan..
Ketika aku sangat memerlukannya, dia memilih yang lain..
Aku bertanya pada Robb ku:
"Ya Robb, Kenapa semua yang aku inginkan tidak aku miliki??" Robbku menjawab: "Kerana kamu tidak pernah merasa yakin memilikinya." Aku kembali bertanya: "...tapi mengapa pada saat aku bahagia dia meninggalkan aku?" Jawab Robbku: "Kerana kamu tidak pernah memahami apakah dia bahagia bersamamu." "Aku tidak memberikan pasangan yang baik untukmu, jika kamu masih kasar."
"Aku tidak akan memberikan pasangan yang setia untukmu, disaat kamu selalu mencari yang terbaik."
"Aku tidak akan menganugerahkan seseorang yang sabar bagimu sedangkan kamu masih ego."
"Aku akan memberikan pasangan yang sesuai untukmu, maka perbaikilah dirimu sesuai dengan apa yang kamu inginkan dari pasangan hidupmu."



20 January 2014

Diet Atkins

I wanna share about Diet Atkins. Yihaaaa.. Ekceli esok baru nak berjinak-jinak berdiet cara Atkins. Dulu pernah try jugak diet nih tapi just 5hari ajeee...Mana boleh tahan tak makan nasik kan. Tekak very the kampung nih memang susah betol nak adapt dengan diet cara cenggini. Tiap-tiap hari wajib nasik kena masuk esofagus. Kalau tak mula lah mual lah, pening lah, angin lah. alasaaaaaan sangat kan.

Sebab semangat yang berkobar-kobar nak hilangkan lemak yang ada dekat l0w body part nih (perut, peha dan bahu), nak tak nak kena jugak paksa diri. Aku bukan dikategorikan obesiti or chubby sangat. Dulu memang YA! aku pernah mencapai zaman kegemilangan. haha. apa tak nye time tu berat mencecah sekitar 56kg. Memang lah bukan terlalu gemok tapi disebabkan aku seorang yang rendang (pendek ler) so aku nampak macam chubby sangatttttt. Tinggi aku dalam 154cm gitu. #terpaksa lah ke hulu ke hilir pakai wedges.mihmih!

Tapi Alhamdulillah, sedar tak sedar berat aku sekarang dah 48kg. Aku tak makan pun produk-produk nak kurus ke ape. ai is takut. Tapi aku try kawal pemakanan aku. Tak macam dulu-dulu, pukul12 tengah malam pun aku bedal makan nasik. Kalau diikutkan berat 48kg yang sekarang ni dah ok. Tapi disebabkan hanya part-part yang tertentu aje yang mengecil, aku still jugak nampak macam tak balance. Kadang-kadang nampak gemok, kadang-kadang nampak kurus. Stress hoi!  Lagi-lagi lemak dekat perot memang berjaya sejayanya bermastautin di situ. Jadi, aim sekarang ni bukan lah nak kurus melidi ke hape nanti orang pelik pulak kan. Tapi  nak hilangkan lemak-lemak degil yang ada disekitar perot, peha, bahu dan area belakang aje. Tak gitu.

Aku pun pernah mengalami zaman kejatuhan sebelum mencapai zaman kegemilangan. Kira semua fasa aku rasa. Fasa kurus yang amatttt time sekolah-sekolah dulu dan boleh jugak dikategorikan aneroxia. Bayangkanlah berat aku dulu tak pernah sampai 40kg. sekitar 36-38kg aje. Sadis. Semangat nak diet ni bukanlah tak bersyukur dengan apa yang ada, tapi kalau ada benda yang boleh membuatkan diri kita menjadi lebih baik apa salahnya, kan? yang penting USAHA!. Untuk berdiet kali ni aku memilih untuk berdiet cara Atkins. 

APA ITU DIET ATKINS?


"Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh DR. Robert C. Atkins bagi membantu individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran Carbo (Karbohidrat) dan lemak dalam badan. Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan akan mula menyusut"

Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan berdedikasi jika ingin mencapai tubuh langsing idaman. 

1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan

2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)

3. Pre-maintenance

4. Lifetime Maintenance


"Had 20gram karbohidrat (1 hari = brekpes + Lunch + dinner) selama induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa"

Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20gram atau kurang sehari, store glukosa dalam badan akan habis dalam masa 48jam (2 hari). Selepas itu, apa yang dibakar oleh badan sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda menghilangkan lemak.


haaa..tu serba sedikit intro pasal Diet Atkins. Sekarang dah ramai yang aplikasikan kaedah ni dalam diet dorang. Diet yang satu-satunya tak perlu berlapar, melakukan senaman yang berat dan yang penting tak perlu mengeluarkan model yang banyak. Menu untuk diet atkins ni banyak dan pelbagai. Yang penting kena pastikan semasa phase induction tu jumlah carbo tidak melebihi 20gram. Kena lah kreatif  oke. Jangan lupa baca label pasal nutrisi sebelum membeli. Aku pun tengah gigih meng'google' menu-menu yang sesuai dengan bajet aku. Nak buang LEMAK tapi dalam masa yang sama still jugak nak BERJIMAT..haha. Boleh lah jugak dalam masa yang sama lakukan senaman yang tak menyusahkan dan menyakitkan badan. Kalau aku mestilah akan pilih berjoging. hihihi

ok lah just intoduction dulu ya.



Berat yang dulu = 56KG




Berat sekarang = 48KG





TARGET???























42KG


Over!


Mudah-mudahan

:)
 

19 January 2014

What i've learn ?




saya belajar untuk memahami;
saya belajar untuk mengerti bahawa
saya tidak boleh memaksa orang lain untuk mencintai saya,
saya hanya dapat melakukan sesuatu untuk orang yang saya cintai..

saya belajar untuk mengerti bahawa,
tidak ada yang instant atau serba cepat di dunia ini,
semua memerlukan proses dan pertumbuhan,
kecuali....bila saya ingin sakit hati..

saya belajar untuk mengerti bahawa,
jika seseorang tidak menunjukkan perhatian
sebagaimana yang saya inginkan,
bukan bererti dia tidak mencintai saya..

saya belajar untuk mengerti bahawa,
dua manusia dapat melihat satu benda yang sama,
tapi boleh jadi memiliki dua sudut pandangan yang berbeza..

saya belajar untuk mengerti bahawa,
saya harus memilih apakah yang menguasai sikap dan emosi,
ataukah sikap dan emosi itu yang akan menguasai saya..

saya belajar untuk mengerti sebaik-baik pasangan itu,
mereka pasti pernah melukai perasaan saya,
dan untuk itu saya harus memaafkannya..

saya belajar untuk mengerti bahawa,
saya harus boleh memaafkan diri sendiri dan orang lain,
jika tidak ingin dikuasai oleh perasaan bersalah terus menerus..

saya belajar unutk mengerti bahawa,
orang yang saya sangka jahat adalah orang yang membangkitkan semangat hidup saya kembali,
serta orang yang begitu prihatin kepada saya..

saya belajar untuk mengerti bahawa,
saya punya hak untuk marah,
tapi itu bukan bererti saya harus benci dan berlaku bengis pada orang lain...

saya belajar untuk mengerti bahawa,
perlu bertahun-tahun untuk membangun kepercayaan,
dan hanya beberapa detik sahaja untuk menghancurkannya..

saya belajar untuk mengerti bahawa,
lingkungan dapat mempengaruhi keperibadian saya,
namum saya harus boleh bertanggung jawab untuk apa yang telah saya lakukan..

saya belajar untuk mengerti bahawa kata-kata manis tanpa tindakan adalah saat perpisahan dengan seseorang,
yang benar-benar saya cintai..

saya belajar untuk mengerti bahawa orang-orang yang kasihi,
seringkali di ambil segera dari kehidupan saya..

saya belajar untuk mengerti bahawa,
sahabat yang baik selalu ada bersama saya,
untuk melakukan banyak hal,
dan kami selalu mempunyai waktu yang terbaik untuk berbagi rasa..


14 January 2014

Nasi Lemak tanpa kangkung


Salam Maulidur Rasul to all muslims

"Allahumma sollia'la Muhammad.."




semalam dan hari ini femes si kangkung kejap. situ sana sini orang cakap pasal kangkung. tak pasal-pasal kembang kempis kembang kempis si lenggang kangkung...femes lah kau kan. hari ni cuti maulidur rasul. tak perlu lah nak buat rajin-rajin masuk lab. orang bagi cuti baiklah duduk rumah diam-diam. housemate sekarang dah start cuti semester. terpaksa lah melanggok sorang-sorang.haih...duduk sorang-sorang nih pantang betol dengar benda-benda jatuh sikit terus cuak. dasar penakut sangat kau..

semalam lagi lah tak boleh nak tidur. dalam pukul 2 am dengar bising-bising apa entah. dulu time ada housemate bising lah macamana pun lek-lek je. boleh aje tidur lena sampai ke pagi even housemate tengah gelak berdekah-dekah. 

***

maaf. nak cakap pasal nasik lemak tanpa kangkung sebenarnya. herherher.dah lama nak buat nasik lemak. nasik lemak buatan sendiri syok sikit. boleh makan bertambah-tambah tanpa segan silu. ni kalau masak nasik lemak mahu ke malam lah jawabnya..takpe, memang time kecik-kecik dulu tulis dekat biodata "makanan kegemaran : nasik lemak" pun. memang hantu nasik lemak... hari ni buat special sikit. nasik lemak makan dengan ikan aye (terengganu) or biasa orang panggil ikan tongkol. ikan aye ni kite kukus siap-siap. then goreng macam goreng ikan bilis. memang sedap dan nyaman di tekak. lepastu makan lah sekali dengan ikan bilis + telur rebus + timun + sambal ikan bilis

perot dah berkeruik-keriuk dah ni..nampaknya lunch pun hadap nasik lemak jugak lah jawabnya.


feveret!
kat area luar ni macam melakau ke or mana-mana ke susah bebenor nak carik nasik lemak ikang aye nih..dasar tekak teganu kang pergi mana-mana mesti akan carik ikang! ikang! ikang..sebab tu lah kulit orang-orang ganu ni cantik-cantik*tapi bukan kulit aku lah yer* sentapppppp! haha..ikang ni kan sumber protien gitu.






12 January 2014

waiting for another sweet 'Drama'



"i am here, you are there"

waiting for another sweet 'Drama'
ehem!

 ****

Finally i'm FREE! yihaaa. lepas ni dah takde class hari ahad. dah tak perlu nak sengguk-sengguk dari pukul2-6 petang lagi. kelas hari ahad memang tak pernah nak ohsem tak pernah nak bagi chance nak dating-dating....hehehehe....semalam (sabtu) ada exam. the only paper quality system management yang ada final. untuk master by research dekat utem just 2 subjek wajib yang perlu ambik. tak kisah la nak ambik 1sem 1 subjek or 1sem terus sambar 2 subjek. sebab aku malas nak hadap kelas hari ahad dari pukul 8pg sampai 6petang so aku ambik 1sem 1 subjek je.. 1 subjek lagi aku amik sem lepas. research methodology just datang kelas and buat asigmnent + present projek master. no final exam oke...now, dah tak perlu nak hadap kelas hari ahad..ohsemnyeeeee....boleh lah fokus untuk research and hadap muka sv jeeee sampai lebam. huh!

so far paper final macam.......tak tahu nak cakap camne...apa yang di baca tak masuk...soalan pulak bukan direct, boleh pulak dia kelentong...aku yang memang jenis blurrr 24jam memang 5 minit pertama tu terpinga-pinga lah kan...hahhaa...lepas ni kena banyak doa lah mudah-mudahan apa yang aku kelentong tu ada jugak point-point die....eh, macam dah lama tak mengadu dekat belog pasal studi. asyik asyik nak update pasal munik aje...munik..munik..sampaikan ada yang tegur "belog awak ni pasal munik je ke?asyik-asyik nama munik jeee". fine! hahahha..biarlah, tak heran pun....hehehe..aku kan suka kongsi benda-benda yang suwit aje dekat belog...munik kan sweet sangat! *muntah*

lepas ni banyak lagi benda-benda yang suwit nak kongsi..step by step lah kan...


03 January 2014

Never forgive and forget



*i wanna be a princess *

minggu ni minggu paling suram..minggu paling sedih..minggu paling gelabah..apa pun tak boleh...bayangkan aku hampir-hampir nak pitam gara-gara nak siapkan 3D design free energy motor tu..cuti tahun baru pun aku masuk lab..gara-gara master i lost my appetite..boleh? agak-agak boleh kuwus tak? ohoiii

penat memang penat.biasa malam-malam ada aje benda yang aku nak masak...tapi dua tiga hari ni makan sekeping roti terus tidur...sampaikan tengah tidur pun otak aku masih berfikir...time tidur tu lah kepala tengah ada idea nak design macamana..bangun-bangun terus kepala sakit berdenyut-denyut..tidur pun tak lena sangat..ni gara-gara kena hempas pintu dek supervisor terus aku macamni...

aku memang jenis gelabah..tak boleh kena pressure..kalau tak aku akan pikir aje 24jam benda tu..selagi tak setel selagi tu lah otak aku akan berpusing-pusing. jenis aku tak boleh ada masalah..kalau tak memang tu je lah yang aku pikir sampai abaikan benda lain..sebab tu lah sekarang hidup aku tak hepi..ada aje benda tak kena..aku rasa macam ada something yang kurang..aku hilang diri aku sendiri...sedar-sedar aku yang dulu bukanlah yang sekarang..

kalau melibatkan perasaan, aku susah nak lupa orang yang sakitkan hati aku. aku jugak susah nak maafkan orang..even aku layan macam biasa sebenarnya dalam hati aku rasa menyampah..aku simpan dendam..ada satu benda yang amat melukakan aku..aku yakin yang aku tak kan boleh lupa sampai bila-bila..tapi tak sangka dalam masa yang terdekat je benda tu dah terpalit ke badan orang tu sendiri..

sebenarnya tak de benda pun yang aku nak share. cuma luahan perasaan..aku terkilan sangat-sangat sebenarnya..tapi takpelah..even benda tu dah lama, sampai sekarang aku bencikan dan masih teringat-ingat macamana orang hentam aku dari belakang..sampai sekarang jugak aku still tak boleh nak terima..daripada hati aku sakit baik aku elakkan..

sempena tahun baru ni, azam aku cuma nak hepi..ya, aku nak hepi..aku nak sangat rasa hepi..apa pun yang aku buat, aku cuma nak gembirakan hati aku..tahun 2013 banyak sangat peristiwa menyedihkan yang aku lalui..banyak sangat benda yang melukakan hati aku..aku nak lupakan semua tu..aku nak bahagia dengan orang yang aku sayang dan lupakan semua perkara pahit yang pernah terjadi dalam hubungan aku..mudah-mudahan..dan aku harap level master aku ada peningkatan..harap sangat ada positif feedback atas apa yang aku usaha selama ni...and lastly, aku harap planning yang aku buat dipermudahankan oleh NYa..aminn



02 January 2014

Makan-makan @ API API STEAMBOAT & GRILL


kepala dah berat macam nak menyembah bumi dah..tapi ku kuatkan semangat nak menghapdate belog..kan aku dah cakap asal tensen ke seteresss ke mesti akan ingat kat belog...belog ni dah macam sehelai tisu dah...asal nanges meraung-raung masa tu lah tangan duk menaip sambil lap-lap hingus meleleh-leleh..sadis lah sangat..

minggu ni minggu yang sangat-sangat tak ohsem. aku kena marah dengan supervisor aku oh! gara-gara aku tak siap kerja. kenapa tak siap kerja? sebab hujung minggu aku macam tak ingat dunia. enjoy sangat sebab munik datang sini. mihmihmih..kan orang-orang tua dah cakap jangan terlalu hepiy nanti akan menanges..haaaaa. kan dah kena.. sv aku bukan jenis main tengking-tengking or hentak-hentak meja oke, dia guna cara psikologi..ah! malas nak ingat. ekceli aku ada masalah komunikasi dengan die. tak tahu lah pulak die nak kerja yang dia beri hari jumaat tu hari selasa kena siap. aku tak sangka langsung. tak terpikir dek akal kalau aku boleh siapkan task 3D design tu dalam masa 4 hari. huh!

 ***

munik datang melaka hari sabtu pagi. yang terperanjatnye die datang naik bas. clap! clap! sanggup naik bas tuuuu semata-mata nak jumpa aku tuuuuuuu..kembang kempis hidung tau. kalau nak tahu munik bukan pernah naik bas..sakit kepala lah. apa lah..rasanya setahu aku die pernah naik bas sekali kot. tu pun ikut aku balik kampung 2 tahun lepas. lepas tu mana ada..kesian jugak tapi takpe aku akan ingat susah payah dia nak tunaikan janji die dekat aku. yelaaa nak celebrate tuuuuuu lah kan...mihmihmih

so spend masa tengok wayang RONIN 47 3D. kalau nak tahu betapa jakunnye aku, ni lah first time aku tengok 3D.hahahhaa..siap kepala ke kiri ke kanan lagi semata-mata nak elak something yang datang dari arah aku. munik pulak asyik menganjing je lah..huhuhuhu....tahu lah aku very the kampung...siap cakap malu lagi duduk sebelah aku.....tapi, ada aku kesah? hahhhahha...malas nak layan..apa pun cerita ni memang best..lain dari yang lain lahh...

malam pulak tak tahu nak makan kat mana. so decide nak try api-api sekali lagi. tapi kali ni nak main grill-grill je lah. sebab tu je yang mengidam pun. dulu aku makan kat api-api harga 25hengget je per person. sekarang dah 30hengget/person..not bad...orang pun ramai..kalau nak meriah datanglah time 8pm onward..ada band..even pelanggan ramai, meja cukup je...

hari ahad pulak, pagi-pagi tu ajak munik teman pergi pasar..dah macam makcik-makcik dah kan. aku kalau setakat pergi pasar sorang-sorang memang tak la...huhu...baik aku hangkut ikan sekor dua dekat mydin aje...lepas tu brekpes roti canai dekat warung mana entah..sampai sekarang aku tak ingat warung tu dekat mana..kot-kot mengidam nak makan roti canai boleh pergi sorang-sorang kan..kan memang ferever alone kan.....

tengahari pulak..eh dalam pukul3 camtu baru aku keluar lagi lepas habes membuta..pergi layan munik karaoke...dua jam jugak lah meroyan berdua..hahhaa...sakit tekak-tekak berduet dengan munik...huhuhuhu..tak sangka suara munik sedap bila nyanyi lagu awie..eh, suara aku pun sedap bila nyanyi ombak rindu..Adira gitu.....kihkihkihkih...jangan nak perasan sangat boleh?



mmihmihmihmihhhhhh
ramai yang cakap muka aku makin shining-shining gitu
budak rumah pun tanya apakah rahsianya..
apakah?
mood nak kahwin kah?
or
double stemcell kah?




ni kalau tak buat muka chomel memang tak sah
tapi
chomel kah?
hahahhaa




cendawan yang seketul tu munik punya
boleh pulak main-main bakar cendawan
semua benda die nak bakar
awak dah kenapa?
hahaha



ekceli munik ajar aku makan pakai chopstik
tapi dah memang tangan keras macam cangkul memang fail lah kan
mentang-mentang die terer boleh pulak buat muka berlagak
hampeh
nanti dekat rumah aku belajar guna penyapu
boleh?




lovenote: thank and muah! ; )

01 January 2014

3 Years Already !


3 years already!
rasanya baru semalam aku kenal munik..tak sangka dah hampir tiga tahun aku bersama dia. susah senang sama-sama. ingat lagi time sama-sama belajar dulu bukan main lagi tak enjoy. yelah duit belanja pun pakai duit ptptn. munik kalau ada duit lebih die akan bagi aku 50hengget. adalah 4 5 kali die bagi. mihmihmih...meh ler kite mengimbau kenangan lalu..time-time hari istimewa ni lah aku rajin sikit nak ingat benda dulu. kalau tak jangan harap. jenis aku benda yang lepas usah di kenang. sebab tu lah kenangan macam zaman skolah, mrsm, matrik aku tak ingat sangat. kawan-kawan pun dah lama lupa. sadisnye alahai.

aku start kapel dengan munik time aku tahun dua degree tak silap. yelah dah tarikh 1.1.2011 kan.ingat lagi time tu tengah cuti semester. aku dekat kampung. cuti dalam dua bulan jugak. die kol aku dalam bulan 12. kire macam nak usha-usha lah kan. aku time kawan-kawan ngan die dulu selalu lah jugak gaduh. munik dengan semua perempuan die suka senyum-senyum. playboy lah sangat. so aku macam tak confident sangat dengan die even die ada bagi hint nak ajak kapel..aku rasa macam tak boleh percaya budak ni. entah macamana time bulan 12 tu aku boleh setuju. munik pulak cakap tunggu 1.1.2011 lah nanti die kol balik sebab tarikh tu canteq. so kalau betol-betol kapel bukan bulan 1 lah kan. watever lah. tapi malam before 1hb tu memang munik betol-betol kol. then, jeng jeng jeng!

aku rasa semua hubungan ada pasang surut kan. macam aku dan munik jugak. ada satu tahap tu aku macam nak give up. benda kalau melibatkan manusia memang susah nak elak. tapi syukur semua tu aku dengan munik boleh settel sama-sama. munik lah yang banyak bantu. kalau tak, hidup aku memang tak tenteram sampai sekarang. kalau cabaran dengan famili pun ada jugak. belah famili munik memang oke. tapi kalau famili belah aku awal-awal tu macam tak boleh nak terima munik. sebab munik orang luar. susah sikit kalau nak ngam. yelah famili aku orang kampung. cakap pekat teganu. kalau bab komunikasi tu memang fail. hahhaa. kesian. tapi sekarang dah ok. ok pun lepas famili munik datang kenal-kenal famili aku. dari situ lah mak aku boleh terima munik. mak cakap famili munik orang baik-baik. alhamdulillah. sekarang mak dah lebih-lebihkan munik. asal aku balik kampung mesti mak akan buat kerepok lekor. pastu suruh bagi kat munik rasa sikit. huh!

sampai lah satu tahap aku cakap dengan mak yang aku nak kahwin. 1st reaksi mak aku mestilah marah-marah. mak nak aku kerja dulu sebab dari awal lagi die pesan kerja dulu baru pikir kahwin. then aku merajuk. aku susah sikit nak terima kalau orang tolak permintaan aku. bila ingat balik kesian dekat mak. kol aku banyak-banyak kali sampai die risau. lepas mak aku dengar pendapat abang long dan abang ngah mak setuju. tu pun lepas mak tahu level master macamana. tak sama macam degree. ikutkan aku planning nak tunang dulu bulan 1 ni. last-last cancel sebab mak cakap boleh nak tunang tapi mak nak ikat dalam 3 bulan je. lepas tu kahwin. terus aku dengan munik menggelabah. duit nak kahwin tak cukup lagiiiiiiiiiiiii. insyaAllah, mungkin ni tahun last kitaorang celebrate anniversary tergantung camni. kira panggil tergantung sebab bukan as hubby n wifey lagi. hekhekhek. 

untuk munik,

HAPPY ANNIVERSARY!
moga hubungan kita berkekalan hingga akhir hayat
moga dipermudahkan segala urusan yang dah kita rancang,
thank sebab menjadi peneman dan pendengar yang baik selama hampir tiga tahun
thanks jugak sanggup buat apa sahaja asalkan saya happy
many many thanks LOVE,