Pages

01 January 2014

3 Years Already !


3 years already!
rasanya baru semalam aku kenal munik..tak sangka dah hampir tiga tahun aku bersama dia. susah senang sama-sama. ingat lagi time sama-sama belajar dulu bukan main lagi tak enjoy. yelah duit belanja pun pakai duit ptptn. munik kalau ada duit lebih die akan bagi aku 50hengget. adalah 4 5 kali die bagi. mihmihmih...meh ler kite mengimbau kenangan lalu..time-time hari istimewa ni lah aku rajin sikit nak ingat benda dulu. kalau tak jangan harap. jenis aku benda yang lepas usah di kenang. sebab tu lah kenangan macam zaman skolah, mrsm, matrik aku tak ingat sangat. kawan-kawan pun dah lama lupa. sadisnye alahai.

aku start kapel dengan munik time aku tahun dua degree tak silap. yelah dah tarikh 1.1.2011 kan.ingat lagi time tu tengah cuti semester. aku dekat kampung. cuti dalam dua bulan jugak. die kol aku dalam bulan 12. kire macam nak usha-usha lah kan. aku time kawan-kawan ngan die dulu selalu lah jugak gaduh. munik dengan semua perempuan die suka senyum-senyum. playboy lah sangat. so aku macam tak confident sangat dengan die even die ada bagi hint nak ajak kapel..aku rasa macam tak boleh percaya budak ni. entah macamana time bulan 12 tu aku boleh setuju. munik pulak cakap tunggu 1.1.2011 lah nanti die kol balik sebab tarikh tu canteq. so kalau betol-betol kapel bukan bulan 1 lah kan. watever lah. tapi malam before 1hb tu memang munik betol-betol kol. then, jeng jeng jeng!

aku rasa semua hubungan ada pasang surut kan. macam aku dan munik jugak. ada satu tahap tu aku macam nak give up. benda kalau melibatkan manusia memang susah nak elak. tapi syukur semua tu aku dengan munik boleh settel sama-sama. munik lah yang banyak bantu. kalau tak, hidup aku memang tak tenteram sampai sekarang. kalau cabaran dengan famili pun ada jugak. belah famili munik memang oke. tapi kalau famili belah aku awal-awal tu macam tak boleh nak terima munik. sebab munik orang luar. susah sikit kalau nak ngam. yelah famili aku orang kampung. cakap pekat teganu. kalau bab komunikasi tu memang fail. hahhaa. kesian. tapi sekarang dah ok. ok pun lepas famili munik datang kenal-kenal famili aku. dari situ lah mak aku boleh terima munik. mak cakap famili munik orang baik-baik. alhamdulillah. sekarang mak dah lebih-lebihkan munik. asal aku balik kampung mesti mak akan buat kerepok lekor. pastu suruh bagi kat munik rasa sikit. huh!

sampai lah satu tahap aku cakap dengan mak yang aku nak kahwin. 1st reaksi mak aku mestilah marah-marah. mak nak aku kerja dulu sebab dari awal lagi die pesan kerja dulu baru pikir kahwin. then aku merajuk. aku susah sikit nak terima kalau orang tolak permintaan aku. bila ingat balik kesian dekat mak. kol aku banyak-banyak kali sampai die risau. lepas mak aku dengar pendapat abang long dan abang ngah mak setuju. tu pun lepas mak tahu level master macamana. tak sama macam degree. ikutkan aku planning nak tunang dulu bulan 1 ni. last-last cancel sebab mak cakap boleh nak tunang tapi mak nak ikat dalam 3 bulan je. lepas tu kahwin. terus aku dengan munik menggelabah. duit nak kahwin tak cukup lagiiiiiiiiiiiii. insyaAllah, mungkin ni tahun last kitaorang celebrate anniversary tergantung camni. kira panggil tergantung sebab bukan as hubby n wifey lagi. hekhekhek. 

untuk munik,

HAPPY ANNIVERSARY!
moga hubungan kita berkekalan hingga akhir hayat
moga dipermudahkan segala urusan yang dah kita rancang,
thank sebab menjadi peneman dan pendengar yang baik selama hampir tiga tahun
thanks jugak sanggup buat apa sahaja asalkan saya happy
many many thanks LOVE,

No comments: