Pages

20 January 2014

Diet Atkins

I wanna share about Diet Atkins. Yihaaaa.. Ekceli esok baru nak berjinak-jinak berdiet cara Atkins. Dulu pernah try jugak diet nih tapi just 5hari ajeee...Mana boleh tahan tak makan nasik kan. Tekak very the kampung nih memang susah betol nak adapt dengan diet cara cenggini. Tiap-tiap hari wajib nasik kena masuk esofagus. Kalau tak mula lah mual lah, pening lah, angin lah. alasaaaaaan sangat kan.

Sebab semangat yang berkobar-kobar nak hilangkan lemak yang ada dekat l0w body part nih (perut, peha dan bahu), nak tak nak kena jugak paksa diri. Aku bukan dikategorikan obesiti or chubby sangat. Dulu memang YA! aku pernah mencapai zaman kegemilangan. haha. apa tak nye time tu berat mencecah sekitar 56kg. Memang lah bukan terlalu gemok tapi disebabkan aku seorang yang rendang (pendek ler) so aku nampak macam chubby sangatttttt. Tinggi aku dalam 154cm gitu. #terpaksa lah ke hulu ke hilir pakai wedges.mihmih!

Tapi Alhamdulillah, sedar tak sedar berat aku sekarang dah 48kg. Aku tak makan pun produk-produk nak kurus ke ape. ai is takut. Tapi aku try kawal pemakanan aku. Tak macam dulu-dulu, pukul12 tengah malam pun aku bedal makan nasik. Kalau diikutkan berat 48kg yang sekarang ni dah ok. Tapi disebabkan hanya part-part yang tertentu aje yang mengecil, aku still jugak nampak macam tak balance. Kadang-kadang nampak gemok, kadang-kadang nampak kurus. Stress hoi!  Lagi-lagi lemak dekat perot memang berjaya sejayanya bermastautin di situ. Jadi, aim sekarang ni bukan lah nak kurus melidi ke hape nanti orang pelik pulak kan. Tapi  nak hilangkan lemak-lemak degil yang ada disekitar perot, peha, bahu dan area belakang aje. Tak gitu.

Aku pun pernah mengalami zaman kejatuhan sebelum mencapai zaman kegemilangan. Kira semua fasa aku rasa. Fasa kurus yang amatttt time sekolah-sekolah dulu dan boleh jugak dikategorikan aneroxia. Bayangkanlah berat aku dulu tak pernah sampai 40kg. sekitar 36-38kg aje. Sadis. Semangat nak diet ni bukanlah tak bersyukur dengan apa yang ada, tapi kalau ada benda yang boleh membuatkan diri kita menjadi lebih baik apa salahnya, kan? yang penting USAHA!. Untuk berdiet kali ni aku memilih untuk berdiet cara Atkins. 

APA ITU DIET ATKINS?


"Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh DR. Robert C. Atkins bagi membantu individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran Carbo (Karbohidrat) dan lemak dalam badan. Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan akan mula menyusut"

Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan berdedikasi jika ingin mencapai tubuh langsing idaman. 

1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan

2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)

3. Pre-maintenance

4. Lifetime Maintenance


"Had 20gram karbohidrat (1 hari = brekpes + Lunch + dinner) selama induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa"

Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20gram atau kurang sehari, store glukosa dalam badan akan habis dalam masa 48jam (2 hari). Selepas itu, apa yang dibakar oleh badan sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda menghilangkan lemak.


haaa..tu serba sedikit intro pasal Diet Atkins. Sekarang dah ramai yang aplikasikan kaedah ni dalam diet dorang. Diet yang satu-satunya tak perlu berlapar, melakukan senaman yang berat dan yang penting tak perlu mengeluarkan model yang banyak. Menu untuk diet atkins ni banyak dan pelbagai. Yang penting kena pastikan semasa phase induction tu jumlah carbo tidak melebihi 20gram. Kena lah kreatif  oke. Jangan lupa baca label pasal nutrisi sebelum membeli. Aku pun tengah gigih meng'google' menu-menu yang sesuai dengan bajet aku. Nak buang LEMAK tapi dalam masa yang sama still jugak nak BERJIMAT..haha. Boleh lah jugak dalam masa yang sama lakukan senaman yang tak menyusahkan dan menyakitkan badan. Kalau aku mestilah akan pilih berjoging. hihihi

ok lah just intoduction dulu ya.



Berat yang dulu = 56KG




Berat sekarang = 48KG





TARGET???























42KG


Over!


Mudah-mudahan

:)
 

No comments: