Pages

02 January 2014

Makan-makan @ API API STEAMBOAT & GRILL


kepala dah berat macam nak menyembah bumi dah..tapi ku kuatkan semangat nak menghapdate belog..kan aku dah cakap asal tensen ke seteresss ke mesti akan ingat kat belog...belog ni dah macam sehelai tisu dah...asal nanges meraung-raung masa tu lah tangan duk menaip sambil lap-lap hingus meleleh-leleh..sadis lah sangat..

minggu ni minggu yang sangat-sangat tak ohsem. aku kena marah dengan supervisor aku oh! gara-gara aku tak siap kerja. kenapa tak siap kerja? sebab hujung minggu aku macam tak ingat dunia. enjoy sangat sebab munik datang sini. mihmihmih..kan orang-orang tua dah cakap jangan terlalu hepiy nanti akan menanges..haaaaa. kan dah kena.. sv aku bukan jenis main tengking-tengking or hentak-hentak meja oke, dia guna cara psikologi..ah! malas nak ingat. ekceli aku ada masalah komunikasi dengan die. tak tahu lah pulak die nak kerja yang dia beri hari jumaat tu hari selasa kena siap. aku tak sangka langsung. tak terpikir dek akal kalau aku boleh siapkan task 3D design tu dalam masa 4 hari. huh!

 ***

munik datang melaka hari sabtu pagi. yang terperanjatnye die datang naik bas. clap! clap! sanggup naik bas tuuuu semata-mata nak jumpa aku tuuuuuuu..kembang kempis hidung tau. kalau nak tahu munik bukan pernah naik bas..sakit kepala lah. apa lah..rasanya setahu aku die pernah naik bas sekali kot. tu pun ikut aku balik kampung 2 tahun lepas. lepas tu mana ada..kesian jugak tapi takpe aku akan ingat susah payah dia nak tunaikan janji die dekat aku. yelaaa nak celebrate tuuuuuu lah kan...mihmihmih

so spend masa tengok wayang RONIN 47 3D. kalau nak tahu betapa jakunnye aku, ni lah first time aku tengok 3D.hahahhaa..siap kepala ke kiri ke kanan lagi semata-mata nak elak something yang datang dari arah aku. munik pulak asyik menganjing je lah..huhuhuhu....tahu lah aku very the kampung...siap cakap malu lagi duduk sebelah aku.....tapi, ada aku kesah? hahhhahha...malas nak layan..apa pun cerita ni memang best..lain dari yang lain lahh...

malam pulak tak tahu nak makan kat mana. so decide nak try api-api sekali lagi. tapi kali ni nak main grill-grill je lah. sebab tu je yang mengidam pun. dulu aku makan kat api-api harga 25hengget je per person. sekarang dah 30hengget/person..not bad...orang pun ramai..kalau nak meriah datanglah time 8pm onward..ada band..even pelanggan ramai, meja cukup je...

hari ahad pulak, pagi-pagi tu ajak munik teman pergi pasar..dah macam makcik-makcik dah kan. aku kalau setakat pergi pasar sorang-sorang memang tak la...huhu...baik aku hangkut ikan sekor dua dekat mydin aje...lepas tu brekpes roti canai dekat warung mana entah..sampai sekarang aku tak ingat warung tu dekat mana..kot-kot mengidam nak makan roti canai boleh pergi sorang-sorang kan..kan memang ferever alone kan.....

tengahari pulak..eh dalam pukul3 camtu baru aku keluar lagi lepas habes membuta..pergi layan munik karaoke...dua jam jugak lah meroyan berdua..hahhaa...sakit tekak-tekak berduet dengan munik...huhuhuhu..tak sangka suara munik sedap bila nyanyi lagu awie..eh, suara aku pun sedap bila nyanyi ombak rindu..Adira gitu.....kihkihkihkih...jangan nak perasan sangat boleh?



mmihmihmihmihhhhhh
ramai yang cakap muka aku makin shining-shining gitu
budak rumah pun tanya apakah rahsianya..
apakah?
mood nak kahwin kah?
or
double stemcell kah?




ni kalau tak buat muka chomel memang tak sah
tapi
chomel kah?
hahahhaa




cendawan yang seketul tu munik punya
boleh pulak main-main bakar cendawan
semua benda die nak bakar
awak dah kenapa?
hahaha



ekceli munik ajar aku makan pakai chopstik
tapi dah memang tangan keras macam cangkul memang fail lah kan
mentang-mentang die terer boleh pulak buat muka berlagak
hampeh
nanti dekat rumah aku belajar guna penyapu
boleh?




lovenote: thank and muah! ; )

No comments: