Pages

14 January 2014

Nasi Lemak tanpa kangkung


Salam Maulidur Rasul to all muslims

"Allahumma sollia'la Muhammad.."




semalam dan hari ini femes si kangkung kejap. situ sana sini orang cakap pasal kangkung. tak pasal-pasal kembang kempis kembang kempis si lenggang kangkung...femes lah kau kan. hari ni cuti maulidur rasul. tak perlu lah nak buat rajin-rajin masuk lab. orang bagi cuti baiklah duduk rumah diam-diam. housemate sekarang dah start cuti semester. terpaksa lah melanggok sorang-sorang.haih...duduk sorang-sorang nih pantang betol dengar benda-benda jatuh sikit terus cuak. dasar penakut sangat kau..

semalam lagi lah tak boleh nak tidur. dalam pukul 2 am dengar bising-bising apa entah. dulu time ada housemate bising lah macamana pun lek-lek je. boleh aje tidur lena sampai ke pagi even housemate tengah gelak berdekah-dekah. 

***

maaf. nak cakap pasal nasik lemak tanpa kangkung sebenarnya. herherher.dah lama nak buat nasik lemak. nasik lemak buatan sendiri syok sikit. boleh makan bertambah-tambah tanpa segan silu. ni kalau masak nasik lemak mahu ke malam lah jawabnya..takpe, memang time kecik-kecik dulu tulis dekat biodata "makanan kegemaran : nasik lemak" pun. memang hantu nasik lemak... hari ni buat special sikit. nasik lemak makan dengan ikan aye (terengganu) or biasa orang panggil ikan tongkol. ikan aye ni kite kukus siap-siap. then goreng macam goreng ikan bilis. memang sedap dan nyaman di tekak. lepastu makan lah sekali dengan ikan bilis + telur rebus + timun + sambal ikan bilis

perot dah berkeruik-keriuk dah ni..nampaknya lunch pun hadap nasik lemak jugak lah jawabnya.


feveret!
kat area luar ni macam melakau ke or mana-mana ke susah bebenor nak carik nasik lemak ikang aye nih..dasar tekak teganu kang pergi mana-mana mesti akan carik ikang! ikang! ikang..sebab tu lah kulit orang-orang ganu ni cantik-cantik*tapi bukan kulit aku lah yer* sentapppppp! haha..ikang ni kan sumber protien gitu.






1 comment:

ummi auni said...

Wah...sama la kita bernasi lemak di pagi maulidur rasul. Hehehe...blh makan sampai ke tengah hari.
Salam Maulidur rasul. ...