Pages

03 January 2014

Never forgive and forget



*i wanna be a princess *

minggu ni minggu paling suram..minggu paling sedih..minggu paling gelabah..apa pun tak boleh...bayangkan aku hampir-hampir nak pitam gara-gara nak siapkan 3D design free energy motor tu..cuti tahun baru pun aku masuk lab..gara-gara master i lost my appetite..boleh? agak-agak boleh kuwus tak? ohoiii

penat memang penat.biasa malam-malam ada aje benda yang aku nak masak...tapi dua tiga hari ni makan sekeping roti terus tidur...sampaikan tengah tidur pun otak aku masih berfikir...time tidur tu lah kepala tengah ada idea nak design macamana..bangun-bangun terus kepala sakit berdenyut-denyut..tidur pun tak lena sangat..ni gara-gara kena hempas pintu dek supervisor terus aku macamni...

aku memang jenis gelabah..tak boleh kena pressure..kalau tak aku akan pikir aje 24jam benda tu..selagi tak setel selagi tu lah otak aku akan berpusing-pusing. jenis aku tak boleh ada masalah..kalau tak memang tu je lah yang aku pikir sampai abaikan benda lain..sebab tu lah sekarang hidup aku tak hepi..ada aje benda tak kena..aku rasa macam ada something yang kurang..aku hilang diri aku sendiri...sedar-sedar aku yang dulu bukanlah yang sekarang..

kalau melibatkan perasaan, aku susah nak lupa orang yang sakitkan hati aku. aku jugak susah nak maafkan orang..even aku layan macam biasa sebenarnya dalam hati aku rasa menyampah..aku simpan dendam..ada satu benda yang amat melukakan aku..aku yakin yang aku tak kan boleh lupa sampai bila-bila..tapi tak sangka dalam masa yang terdekat je benda tu dah terpalit ke badan orang tu sendiri..

sebenarnya tak de benda pun yang aku nak share. cuma luahan perasaan..aku terkilan sangat-sangat sebenarnya..tapi takpelah..even benda tu dah lama, sampai sekarang aku bencikan dan masih teringat-ingat macamana orang hentam aku dari belakang..sampai sekarang jugak aku still tak boleh nak terima..daripada hati aku sakit baik aku elakkan..

sempena tahun baru ni, azam aku cuma nak hepi..ya, aku nak hepi..aku nak sangat rasa hepi..apa pun yang aku buat, aku cuma nak gembirakan hati aku..tahun 2013 banyak sangat peristiwa menyedihkan yang aku lalui..banyak sangat benda yang melukakan hati aku..aku nak lupakan semua tu..aku nak bahagia dengan orang yang aku sayang dan lupakan semua perkara pahit yang pernah terjadi dalam hubungan aku..mudah-mudahan..dan aku harap level master aku ada peningkatan..harap sangat ada positif feedback atas apa yang aku usaha selama ni...and lastly, aku harap planning yang aku buat dipermudahankan oleh NYa..aminn



No comments: