Pages

24 January 2014

RESEPI: SIZZLING YEE MEE HOMEMADE


'Sizzling Yee Mee'



Resepi:
(1/2 hidangan)

*5 ulas bawang putih-diketuk
*1/2 inci halia-dimayang bulat
*3tangkai cili kering
sawi atau cendawan shitake kering (dicelur)
ayam-dipotong kecil
1biji telur ayam
lada hitam-serbuk or biji-biji ditumbuk
2 sudu kicap pekat
3 sudu sos tiram
2 sudu kicap cair
tepung jagung-untuk memekatkan kuah (dibancuh dengan sedikit air)
2 cawan air
2 gulung yee mee
minyak untuk menumis

cara-cara:
1. Tumis bahan yang bertanda * hingga naik bau.
2. Masukkan ayam, goreng hingga ayam masak dan agak empuk
3. Masukkan 2 cawan air (kalau nak kuah banyak boleh tambah air)
4. Masukkan sos tiram, kicap pekat dan kicap cair (biar hingga mendidih dan ayam masak)
5. Masukkan serbuk lada hitam. kacau dan masukkan bancuhan air tepung jagung. gaul rata dan kuah akan pekat
6. Bila dah nak hidangkan masukkan 2 senduk kuah ke dalam kuali kecil. Masukkan 1 gulung yee mee, sawi dan pecahkan telur. Jika perlu tambahkan lagi kuah. biarkan mee lembut dan telur separuh masak. Ulang langkah ini untuk yee mee yang lain.

selamat mencuba



*rasanya sedap sama macam yang dijual di food court Jusco.hihihi*



No comments: