Pages

10 February 2014

Bride-To-Be


Aku rasa kebanyakan bride-to-be mesti paling eksaited time nak usha-usah pelamin. tak pun tang baju pengantin. berpinar-pinar mata tengok baju pengantin yang canteq-canteq kan! ai sama uoll. hati berdebar-debar tidak keruan. nak-nak time buat-buat sibuk dekat pameran pengantin. semua baju rasa nak sangkut dekat bahu. tapi sayang, bila aku attend je mana-mana pameran pengantin mesti orang macam tak layan pun. nak tak nak sambil tengok buat muka pelik. ingat aku budak-budak and tak cukup baligh agaknya. tahu lah muka aku baby face gitu. ayoyoyo. ai dah tua oke. tinggal beberapa hari je lagi nak masuk 26th!

bila umur dah masuk ke alam dewasa nih mestilh hari-hari duk pikir bila nak kawen! bila nak kawen! oke. bila dah dapat green light ni moh ler kite main kawen-kawen. nak kawen tapi tak nak pening-pening kepala nak buat preparation. boleh gitu? nak hire wedding planner? oh. aku tak mampu. so tak payah nak berangan sangat. kawen sekali seumur hidup. bahagia hingga akhir hayat. InsyaAllah. apa lah sangat kalau pening-pening sikit setakat 5 6 bulan kan. time buat preparation ni jugak lah boleh carik gaduh dengan pasangan. hari-hari mahu gaduh. mihmihmih!

sekarang nih hari-hari aku pening nak pikir pasal photographer. Muka tak lawa dan tak hensem ni haruslah carik photographer yang ohsem sikit. barulah muka nampak canteq dan berseri-seri. gambar yang menipu tak apa. nanti boleh tunjuk dekat cucu cicit gambar moyang masa muda-muda dulu. biar cucu cicit teruja dan cakap "cantiknye nenek masa muda-muda dulu.patutlah atuk sayang" hahaha.tak leh blah. Aku dah jumpa yang berkenan di hati dan percaya sangat yang photographer nih dapat transform muka tak lawa jadi lawa. tapi maheL lah pulak. takpe. usha-usha dulu.

Bab pelamin pulak. Aku dah tertarik dengan pelamin ala-ala vintage. Bagi aku ia suatu kelainan dan tak ramai orang pakai time wedding lagi. Simple and nice. aku tak suka pelamin yang rambu rambu rambai sangat. tapi area terengganu ni macam takde lagi butik-butik yang aplikasi design yang cenggini. aku jadi terpikat dengan design vintage ni bile tergoogle dan nampak ada satu butik yang buat pelamin ala vintage di batu pahat Johor. ohsem! teruja dan nakkkkkk pelamin ni jugak!






Vintage sebenarnya bermaksud sesuatu yang agak lama, kuno, tua, usang dan agak berumur. 

canteq kan?

Setakat nih photographer dan pelamin je aku eksaited nak usha. baju pengantin, make-up dan doorgift aku macam tak teruja sangat.Takpe. nak tak nak kena setel satu-satu dulu. Jenis aku tak suka buat kerja last minit. Aku tak suka kalut-kalut. sebab aku tahu bila dah kalut,pilihan dan keputusan yang kita buat mesti tak memuaskan. Aku tak nak menyesal dan aku tak suka benda-benda yang tak puas hati. Nanti sampai kesudah aku akan pikir pikir dan pikir. 



LoveNote: Awwww! macam tak percaya*kelipkelipmata*

No comments: