Pages

24 March 2014

Lepaking at Dataran Pahlawan


Plan asal sebenar-benarnya nak tengok wayang. Awal-awal tu si 0del yang ajak lepak. Aku on je lah sebab pikir dah nak balik kampung, tah biler lagi boleh lepak sama-sama kan. Ingatkan nak merempit lah pergi DP, Last-last 0del cakap adik die nak join, eh kawan adik die ada jugak eh! cik ema pun join. Adui. aku macam malas jugak lah kalau pergi sana naik bus mahu pitam dan muntah hijau karang. Dah lama hoi tak pergi DP naik bus, paling-paling koman pun tahun 1 degree dulu. dah lama sangat!

Nak tak nak join jugak lah aku even hati berbelah bagi. Kalau cancel last minit dorang cakap apa pulak kan. Lagipun boleh jugak lah hilang stress yang tak sudah-sudah tu. Tapi bila sampai DP, aku macam malas pulak nak tengok wayang, dah alang-alang nak balik kampung boleh jugak lah aku shopping baju adik aku sehelai sorang. So bisik-bisik dekat cik ema, cik ema pun cakap tak nak tengok wayang. Yes! ada geng.

So berpecah lah kitaorang. Aku dengan cik ema hayun kaki laju-laju masuk keluar masuk keluar kedai-kedai. Bagai nak tercabut kaki dan peha ni ha. Bayangkan lah tak henti-henti berjalan. Balik umah, bangun pagi keesokkannya habes bengkak-bengkak. Jalan pun dah macam tak betul. Tapi puas hati lah. Kalau dengan kawan perempuan ni best sikit lah nak shopping. Takdelah muka monyok ke hape kan bila kita pilih barang-barang lama giler. Kalau dengan lelaki, tak kuasa lah kita nak pilih barang sambil belek-belek bagai. Baik terus capai dan bayar.

Tapi dengar-dengar semalam semua pakat demam gara-gara berjalan sakan sangat. Naseb lah korang. Aku pun badan lemah sangat ni. Entah keracunan angin DP kot pakat semua jadi tak sihat. Aduhai. Time pergi DP tu adalah sorang perempuan ni panggil aku, Sila! Sila! aku macam tak cam sangat tapi still lah aku senyum salam dan cup cup pipi semua tu. Sembang punya sembang aku still lagi terpikir kawan mana pulak kan. Kawan matrik ke mrsm? last-last ooooo....kawan matrik, yes! entah apa lah aku ni kan. Kawan semua senang sangat nak lupa. Pergi MC pun ada sorang lelaki nie tegur aku. Yang ni pun aku kurang ingat, pikir punya pikir baru teringat junior dekat Utem. hahahha.. kau bajet kau retis kan pergi mana-mana orang tegur? puiii









**

23 March 2014

Ber Jelly Bunny!


Akhirnya impian dan angan-angan nak dapatkan shoes Jelly Bunny berjaya jugak. Cewahhhh. Macam dapat  angkut sorang billionaire je gamaknya kan. Ekceli dah lama tergugat dengan kechomelan dan kewangian kasut jelly bunny ni. Rasa nak gigit-gigit kasi lunyai gitu. Geramsss

Semalam sempat lah dating dengan rahmah aka cik ema. Kitaorang pergi Dataran Pahlawan. Entry gedik-gedik akan menyusul kemudian. hihihi. Tapi best sangat dapat spend time dengan kawan-kawan, memang boleh release tension sangat-sangat even penatnya sampai nak tercabut kaki.mihmihmih Nasiblah outlet Jelly Bunny ni ada dekat Dataran Pahlawan. Kalau tak harus heret munik pergi Mid valley, Sunway Pyramid or Suria KLCC. Tapi kalau semata-mata nak beli sepasang kasut, haruslah pikir empatpoloh kali khen. 

Entahlah, orang cakap kasut ni selesa, tak melecet and kaki tak lenguh. So far aku tak try pakai pun lagi. Nanti dah try pakai boleh lah review selit-selit dekat entry. Kalau betul lah selesa, boleh la tambah koleksi lagi dan lagi.hahaha..Semalam aku beli kasut Jelly Bunny cenggini harga RM49. Harga yang reasonable. Boleh hidu tapak kasut bila lenguh berjalan nanti. lagi dan lagi.  Terapi. hahaha. Kalau beli next shoes akan dapat 20%. Try congak-congak boleh dapat 2 pasang kasut dengan harga RM88++. *kejap shoes kejap kasut. Hentam je lah*. Bila tengok harga tu macam teruja nak rembat dua sekaligus. Tapi bila pikir, baik aku try dulu pakai satu, tengok betul tak tahap keselesaan yang digembur-gemburkan sangat. ececehh. Agak-agak kewangian macam getah pemadam yang wangi-wangi tu kekal lama ke tak ehh? Haruslah bila dah bawak pijak tanah, Kebarangkalian nak hidu lagi dan lagi tu memang zero lah kan? eeeeyekkk! hahaha


This is my choice.
Bila letak dekat kaki, its turn to be Perfect! *adui, perasan* 



Ekceli sekarang tengah ada latest collection "spring summer collection"
Dorang ada bagi pamplet like magazine lah. Bila tengok pamplet ni terus rasa cair sesangat. Chomel-chomel gitu. Yang penting wangiiiiiiiiiiiiiii...*hidu laju laju dan laju*




STORE LOCATION:

Malaysia

Suria KLCC
Lot C15D, Level Concourse

Mid Valley Megamall
Lot F56, 1st floor

One Utama Shopping Centre
Lot LG206, Lower Ground Floor

Sunway Pyramid
Lot LG1, 35, Lower Ground Floor 1

Zest Point
ZP-03-01, 1st floor, BK9 Bandar Kinrara, Puchong

Dataran Pahlawan Mall Malacca
Lot BS-13, Ground Floor

Queensbay Mall Penang
Lot N0. 1F-119, 1st Floor

Gurney Paragon Penang
Lot 163D-2-22,Level 2

*Coming soon*

Oceanus Kota Kinabalu
KLIA 2
Johor Bahru KOMTAR

21 March 2014

Jadi Pengapit

Mood dah tak down. Dah ok sangat ni. Aku malas sangat kalau takde mood nak tulis entry nanti habes merapu-rapu aku tulis nanti kang. Tak semena-mena orang boleh tahu perangai aku yang tah pape nih. mihmihmih.

Okaylah, aku nak cakap pasal pengapit sebenarnya. Sekarang ni kan musim orang kawen. Situ sana sini jemputan kahwen. Tapi aku tak pergi pun. Kalau aku pergi pun haruslah yang dekat-dekat je. Kalau yang jauh-jauh perlu ada driver yang hantarkan. bajet sangat nih..Tahun lepas paling jauh aku pergi adalah nun disebelah Perak sana. Majlis Jijah. Eh, Jijah dah pregnant tau. Ehem3.

Tahun lepas adalah 2 orang kawan aku, kira kawan baik lah time skolah rendah sampai lah sekolah menengah. Masuk mrsm pun sekali. Kira macam jodoh tu kuat jugak lah kan. Dia kawen tahun lepas and mintak aku jadi pengapit. Aku macam susah sikit nak bagi keputusan time tu sebab aku ada dekat melaka die ada di terengganu. Last-last aku cancel cakap ada hal. Bila pikir balik, aku ni macam selfish sangat! Apa salahnya aku luangkan masa untuk kawan sendiwi kan. No wonder lah kawan-kawan yang aku rapat masa old skol dulu dah tak hengat kat aku disini. Sobsobs. Dorang hangout pun sesama dorang aje. Tapi tak kisah lah. huhuhuhu

Dan tahun ni pulak, ada sorang kawan mintak aku jadi pengapit. Tapi aku takde lah rapat sangat pun dengan dia. Kenal pun kawan atas kawan. Sekali lagi aku macam selfish, aku mintak die carikan orang lain. Yela, kenduri tu pun belom tentu aku boleh attend. Risau jugak last-last minit aku terpaksa cancel ke hape ke. Kesian jugak tapi aku rasa pengapit ni better cari kawan yang betul-betul rapat. Boleh suruh datang awal satu hari ke. kan. nanti senang boleh mintak pakaikan inai. herherher




Thank for everything and hope you will find a better ones

"Thank for everything and hope you will find a better ones"

Sebab status ni aku boleh kenal mana kawan mana lawan. Aku tahu memang agak childish aku post benda-benda macam tu. Aku bukan nak meraih simpati or nak aib kan orang. Yang pasti aku dah hilang sabar. Aku tahu, tahu sangat! post macam tu akan buat ramai yang happy. Aku belajar, Tak ramai kawan yang datang menghulurkan tisu disaat kite dalam kesedihan. Ramai kawan yang hanya tunggu saat kita jatuh tersungkur. Paranoidnye aku. Kalau ada pun kawan yang baik, itu hanya segelintir je. Tapi tak dinafikan ramai yang inbox dekat pesbuk dan twitter. Ramai yang risau. Aku takde kekuatan lagi nak reply. Apa pun, i'm okay. 

Aku dah terbiasa. Dah banyak kali aku terasa. Dah banyak kali aku pendam. Tapi kadang-kadang aku tertanya "Aku ni tak berhak nak bahagia ke?" "Aku ni memang tak berhak ke nak memiliki apa yang aku impi?" Selama ni aku sabar. Aku try elak dari luah dekat mana-mana. Tapi sampai bila? Aku pun insan biasa. Aku berhak nak marah, aku berhak nak sedih dan aku berhak nak memberontak.

Kekadang aku menangis, kenapa sampai tahap macamni aku diuji. Aku tahu banyak kurang dalam diri aku. Aku cuba muhasabah diri. Baru aku sedar, aku bersandarkan pada landasan yang tak betul. Patutlah diri aku terumbang-ambing. Ya Allah, please guide me in your way.

Ada kawan cakap aku ni kuat. Salute dengan aku. Even masalah besar pun aku still lagi buat macam takde apa-apa. Aku still lagi boleh senyum. Tapi kawan aku tu tak nampak, betapa lemahnya aku. Bayangkan aku hilang semua benda dalam sekelip mata. Sekarang, Apa yang aku impi tak mungkin tercapai. Mana mungkin aku boleh kuat, disaat aku hampir tumbang, aku hanya sorang-sorang? Tiada siapa-siapa di sisi aku. mana mungkin, kawan! di mana kekuatan yang kau boleh nampak? i have nothing and i lost everything.

Lepas ni tak payah lah nak kaitkan aku dengan siapa-siapa lagi. Tak mungkin aku akan bagi siapa-siapa peluang dan harapan lagi. Aku dah serik. Dan aku tak mungkin akan lembut hati lagi. Bertahun-tahun aku sabar. Bertahun-tahun aku pujuk hati aku. Kali ni, i'm sorry!







20 March 2014

Craving for Chocolate!

Kalau nakdiikutkan, aku ni bukan lah peminat yang tegar sangat terhadap makanan yang suwit-suwit nih. Lagu Tegar tu aku minatlah. kah!Tapi kalau datang angin meroyan tetiba tuh, boleh jugak lah sampai tahap nak mengalir airmata kalau tak dapat. 

Kalau nak bilang dengan jari, mungkin 4 hingga 5 kali je setahun aku makan chocolate. Aiskrim pun sama. Ah, tak kira lah apa pun kalau jenis didalam kategori dessert tu memang jarang sangat nak pandang. Jeling-jeling boleh sambil teguk air liur laju-laju. Aku macam probia sikit kalau bab-bab suwit ni. Sebab takut akan gemok yang chomel gitu. 

Kalau nak dikatakan, chocolate yang paling aku suka mestilah cadbury. Cokelat lain pun ok asal yang ada almond gitu. Gigit-gigit rasa crunchy-crunchy. Tapi kalau cadbury die punya cokelat memang ummphhh! Pekat dan likat.

Ni apesal pulak tetiba sangat aku nak post pasal cokelat pulak kan. Ekceli tetiba sangat hari ni aku rasa nak makan cokelat yang amat. Nasib lah dalam fridge ada, Terus amik seketul dua buat hilang mengidam. Lepas ni dah azam dalam hati, cewah! azam tu. Nak pergi shopping cokelat banyak-banyak! Bulan 4 nanti mak aku nak fly pergi langkawi. Boleh buat muka kesian mintak belikan cokelat banyak-banyak!











Bila aku post gambar ni dekat Facebook, ramai jugak yang tahap mengidam macam aku. Ingatkan aku je yang meroyan nak makan cokelat. hahahhaa..asal boleh laaaa. 

18 March 2014

RESEPI: Ayam Goreng Percik Berkuah & Kuih Cek Mek Molek


Ayam Goreng Percik Berkuah
(size hidangan: 2 0rang)




Bahan-bahan:
2-3 Peha ayam or bahagian ayam yang lain
Serbuk Kunyit - untuk dilumurkan pada ayam
garam
2-3 batang serai
1-2 keping asam keping
minyak
1 kotak santan (guna 1/2)

Bahan tumbuk or blend
3ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
beberapa tangkai cili kering
1 inci halia
1 inci kunyit hidup

Cara-Cara:
Lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng dan ketepikan. 
Tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan serai, asam keping dan santan.
Kacau dengan api yang sederhana hingga naik minyak.
Masukkan ayam yang digoreng. Kacau dan perasakan dengan garam. Boleh tambahkan ajinomoto or gula jika suka. Boleh tambahkan cili padi jika suka pedas. Rasakan.
Sedia untuk dihidang




*******


Kuih Cek Mek Molek or Mek Chomel
(size hidangan: 2-3 orang)



Bahan-bahan:
3-4 biji keledek warna oren (warna ungu pun boleh)
1/4 tepung gandum berbanding jumlah keledek
garam
gula
minyak

Cara-cara:
Rebus keledek dengan sedikit garam sampai empuk. Tos dan sejukkan. 
Lenyekkan ubi keledek sampai hancur. Masukkan sedikit tepung gandum. Uli dan gaul sehingga sebati.
Uli dan bulatkan doh sebesar bola ping pong, buat lubang ditengah dan masukkan sesudu kecil gula.
Tutup dan bentukkan doh.
Goreng dengan minyak yang banyak sampai kekuning-kuningan
Sedia dihidang

17 March 2014

Terkilan


Oh, sebenarnya ada satu benda yang aku terkilan sangat. Ekceli, 26 February baru-baru ni adalah bufday munik. Tapi boleh bayangkan tak aku takde pun nak bagi present ke, celebrate ke or wish sekalipun. Non ado. Apalah malang nasib munik dapat aku kan. Dah la kuat emo, kuat taching. tambah pulak jenis yang tak pandai nak jaga hati pulak tu. Aduhai. Sori ye bang toyib!

 Walhal seboleh-bolehnya munik try jugak nak celebrate bufday aku dengan cara yang boleh dikatakan agak romantic de amor jugak lah kan. Bagi bunga, suwit betol! Melting tahu? Aku pun tak tahulah apalah yang aku sibukkan sangat time tu. Mungkin sebab bufday aku dengan munik takdelah beza sangat. Aku 23Feb munik pulak 26Feb. Just 3 days only! Agak-agak boleh lebih kurang tak, time celebrate bufday aku tu kira celebrate sekali bufday munik? Boleh gitu?

Harap-harap lah munik baca jugak luahan hati aku nih. Cewah. Dulu-dulu munik rajin lah stalker blog aku. Bila aku post gambar yang dia tak pernah tengok, terus lah dia mesej tanya gambar bila? keluar dengan sape? gitu. Tu kira jeles ke mende eh? mihmihmihmih...Sekarang ni tak tahu lah ada masa ke tidak agaknya dia nak baca semua ni. Penat aku merapu dekat belog semata-mata nak dia baca. hihihihi...

Terkilan terkilan aku pun still jugak tak buat apa-apa. Entah apa lah dalam pikiran munik kan. Tapi apa yang aku perhatiiiiiiii je munik ni, die jenis yang tak suka nak pikir benda yang remeh-temeh. Kontra sangat kalau nak dibandingkan dengan aku. Kalau Aku? masalah besar kuman pun still jugak nak pikir sampaikan tak boleh nak tidur malam. haish! 

Takpelah. Tahun depan still ada lagi kan. Time tu boleh la aku nak celebrate double terus. hahhhaa. Macam bagus je...macam boleh percaya je...kan...Apapun, meh la aku nak tayang gambar aku time aku tahun 4 kot kalau tak silap. Time ni attend majlis graduasi adik munik. Aku jarang nak tayang gambar aku berdua sebab gambar dulu-dulu macam tak cantek je..hahhaha,,,kuno sangat. Kalau gambar sekarang ni pulak, kebanyakkan gambar aku syok sendiri sorang-sorang jek.. Lagipun perasaan nak bergambar tu tak macam dulu dah..



Gambar di zaman kegemilangan. Aku memang tembam time ni. Rasa nak lempang je pipi bagi kempis sikit.
Munik macam terlebih matang la pulak. kahkahkahkah





15 March 2014

RESEPI: Ayam Masak Kurma


Oleh kerana dah sampai tahap segan dan tebal muka ni asyik makan housemate masak aje, maka gigih lah jugak aku angkut 0del pergi beli barang-barang dapur. Aku pun tahu malu jugak. hihihihi..Tapi kan, seriously dengan housemates aku sekarang aku macam ngam pulak coz diaorang pun jenis selamber. Aku masak kau makan. Kau masak aku makan. So takdelah nak segan apa kan.

Memandangkan hari ni hari sabtu, dan semua housemate ada dekat rumah. Maka terpikirlah aku nak masak seperiuk ayam masak kurma. First time try lagipun cara memasaknya memang simple dan bahan-bahan die tak rumit pun. Tak de hal lah kan. Kelatang kelutung sekejap je siapnya..



Nak resepi?


Bahan-bahan:

3 ulas bawang merah (dihiris)*
3 ulas bawang putih (dihiris)*
1 inci halia (dihiris)*
kulit kayu manis*
bunga lawang*

1 paket serbuk kurma ADABI (ditambah dengan sedikit air-paste)
1 kotak santan
1-2 biji lada besar/lada hidup
1 batang lobak (dipotong)
2 biji kentang(dipotong)
2 biji bawang besar dipotong empat
air

Cara-cara:

Panaskan periuk..Tumis bahan-bahan yang bertanda * sehingga naik bau. Masukkan serbuk adabi yang telah dibancuh (paste). Masukkan ayam dan air. Bila mendidih masukkan lobak dan kentang. Kacau dan dengan api yang perlahan masukkan santan. Bawang besar yang dipotong empat serta Garam dan gula. Rasakan dan sedia dihidang.



Simple bukan?


14 March 2014

DIY: Brown Box for Doorgift


Haritu ada mintak dengan munik brown paper dari kilang tempat dia kerja. Planning sebenar nak buat paper bag yang kaler cokelat tuh. Nak diy sendiri. Kalau beli paper bag yang macam goreng pisang tu aku macam tak puas hati sangat. Yela, dah la nipis. Aku pulak nak isi balang kaca dalam tuh. Tak ke terburai nanti kan. Brown paper yang munik bagi ni 175gsm kalau tak silap. Tebal sikit. 

Ikutkan nak buat brown paper bag dalam 20 aje. Tu pun just nak bagi belah munik. Kira macam special lah sikit konon-konon. Untuk tetamu dan sedara mara just bagi hand on aje balang kaca tu. Deco-deco sikit siap lah kan. Bab brown paper bag dah setel, tapi bila tengok paper banyak jer yang terlebih-lebih. So, datanglah idea nak diy box. Nanti boleh letak balang kaca dalam tuh. Ha, baru nampak ekslusif gitu. Tak de lah nampak togel sangat.

Maka dengan tekunnya aku diy sendiri Box tu. Buat template sendiri. Gunting + gam. Siap. Senang aje ghopenye ye dak.


Ni lah planning sebenarnye. Nak letak balang kaca. Tampal-tampal reben sikit. Then letak sekuntum crepe flower. 
Tunggu!


Ni just template untuk penutup box. Setiap penutup box tu aku ukur then aku tandakan. Jenuh jugak lah nak siapkan 50 penutup. huhuhuhu


Untuk tapak penutup adalah berukuran 8.5cmx8.5cmx8.5cm. Besar sedikit dari size sebenar 'badan' box tu.



Penutup box yang dah siap


Tara!
Still nampak togel. Untuk hasilkan brown box ni aku still tak keluarkan apa-apa modal. Kire modal tenaga dan masa je lah kan. 
Tak kisahlah yang penting puas hati dan Follow apa yang aku nak.


Dikelilingi orang yang baik-baik


Siapa yang tak nak ada kawan-kawan yang baik kan. Aku syukur sangat-sangat aku dikelilingi kawan-kawan yang baik. Semenjak dua menjak ni mood aku macam tak stabil. Nak makan pun malas apatah lagi nak masak. Lebih rela berlapar dan dengar perot berkriuk kriuk.

Tapi alhamdulillah even tahap kemalasan aku sangat lah melampau, aku tak pernah lagi kebuluran. Ada saje housemate yang baik hati tolong hulurkan makanan disaat aku kelaparan. Ketuk pintu bilik dan bagi semangkuk tom yam. Ketuk pintu bilik ajak makan nasi sama-sama sebab dia ada masakkan sambal ikan bilis. Terharu. Tapi siyes, housemate aku tu namanya Zira, sambal bilis dia memang sedap.

Lagi-lagi barang dapur dah kering-kontang. Bukan berjimat tapi tahap kemalasan aku nak shopping barang-barang dapur sangat lah maksima. Entah bila lah tahap kemalasan ni boleh pudar. Aduhai. Aku terharu. Kekadang tu ada kawan mesej "cik sieyla, boleh keluar rumah tak. saya ada dekat depan rumah cik sieyla ni nak bagi something". Rupa-rupanya kawan hadiahkan sebekas cheesy wedges dan tiga keping popia basah! terima kasih kawan. Kenyang perot aku malam tu. *gosokgosokperut*

Sekarang aku sedar. Selagi kita buat baik dengan orang, selagi tu lah kita akan dikelilingi kawan-kawan yang baik jugak. Give and Take. Apa yang kita hulur tu, itulah yang akan kita dapat. 



"The best moment in our life is when we surrounded with good AND caring people"  



*Lovenote*
Tengah taip entri ni, datang pulak housemate si Nisa hantarkan semangkuk buah anggur. kenapa ramai sangat yang baik-baik ni..AI tak biasa lah *gedik*. thanks and syukur!


10 March 2014

JJCM : Ayam Bakar Mas Mono

Firstly, thanks la dekat en.munik sebab susah-susah je bawak makan sini. mihmihmih. *padahal tiap-tiap hari berzikir dekat telinga die nak makan ayam penyet ayam penyet sangat*

Bila sebut aje Mas, mesti terpikir ooooo restoran Indonesia nih. Pastu terus terpikir masakan Jawa. Nasib lah aku memang suka sangat nasik ayam penyet ke nasik ayam bakar ke. Semua boleh ngam dengan tekak. Kalau yang pedas kebabom pun lek-lek je aku telan. Before ni dah try makan dekat ayam penyet Wong Solo. Pergh! Saya bagi 5 bintang!

So destinasi seterusnya haruslah Ayam Bakar Mas Mono dekat seksyen 7 Shah Alam. Aku perhatikan area-area sini banyak betol restoran ayam penyet. Naik pening kepala duk pikir minggu depan nak makan dekat mana, eh! minggu satu lagi dekat mana pulak kan. Dasar eksaited tak bertempat. hahaha


Tagline: Enak dimakan Dan Perlu!





Decoration


Tuan belog haruslah showoff dulu
Kepala teleng-teleng pun takde hal lah!



Set Ayam Bakar
RM8.90

Ada sup + sambal + salad + timun + keropok
harga yang agak reasonable.


Closed up 


En.munik with Desert
Dua-dua memang suwit!



Banana Cheese & Chocolate
*nama sebenar tidak diketahui*


So far Ayam Bakar dekat sini rempah dia sedap tapi tak pedas. Aku rasa kalau ada sambal macam restaurant Wong Solo provide atas meja  tu memang Perghhhhhhhh  lah kot. Aku memang suka dan kaki makan benda-benda spicy nih. Kalau tak pedas tu yang kureng sikit tu..

Banana Cheese & Chocolate tu, saya bagi 5 bintang! Try lah, dan anda pasti teruja macam saya. Banana tu pun memang aku yang habeskan. hahahhaha..gelak jahat.


Try lah!

Misi mencari baju Tunang

Sabtu dan Ahad dah alang-alang banyak sangat masa terluang sekarang ni, pergi lah lepak Shah Alam. Ekceli takde pun plan nak carik baju tunang. Dah frust sangat dah sebab carik baju yang nak tak jumpa-jumpa. Kalau beli 0n9 tu berlambaklah yang canteq-canteq lawa-lawa. Tapi macam tak konpident jeee nak beli.

Dah sampai Shah Alam tetiba sangat munik cakap "ha, dah alang-alang ada dekat sini ni, jom lah carik baju". aku macam speechless sangat! hahaha. dalam hati kemain. terus cakap "mana ada duit". hihihihihi. Sebab hari tu munik dah bagi aku 800 untuk beli cincin dan barang-barang hantaran. Beli punya beli ada lah balanca dalam 200 lagi kot. aku pun dah lupa sebab duit tu dah selamat aku pakai. mihmihmih.. Planning untuk baju memang nak pakai duit aku je nanti. Tapi time munik baik hati sangat ni jangan lah di tolak.hehehhee.nanti rugi wooo.  eh! munik memang selalu jeeee baik hati.

So gigih la dari satu butik ke satu butik aku masuk dekat seksyen 7 tu. Adalah masuk satu butik ni. Kitaorang bajet dalam dompet munik tu ada beribu-ribu kot. Tak sangka termasuk butik Saidatulnisa. Perghh. Baju harga 1350 woo. Ingat anak datuk ke nak beli baju untuk tunang harga ribu riban. tapi siyes lawa. Boleh buat baju kahwen ni. Saidatulnisa ada less 70% sampai akhir bulan march ni kot kalau tak silap. Tapi yang less tu tak lawa sangat lah.. simple tapi after less pun harga still 350. perghh! aku just nak cari baju untuk tunang dalam harga 200 something je. Sebab aku intai dalam dompet munik die spend 300.hihihihi. sempat lagi intai tu even munik tak nak aku tahu. die siap cakap lagi "tak payah lah tengok duit ada berapa. Die bukan boleh ni kalau tahu duit banyak baju harga mahal pun still nak beli". oooo camni awak kan. takpe takpe.

Tapi still hampa. Baju yang aku nak memang harga boleh tahan. Dah puas masuk dekat SACC mall la dan macam-macam butik lah takde yang berkenan. Dah rasa give up sangat-sangat. Tapi naseb lah munik bukan yang jenis macam tu. Kalau nak harapkan aku memang give up aje 24 jam. So munik ajak cari dekat KL pulak. Raya tahun lepas pun cari baju raya dekat area masjid Jamek. Chanteq-chanteq dan harga reasonable.

So moh ler kite gerak pergi Jalan Tar pulak. Kat area-area situ memang banyak butik-butik baju kurung. Pusing punya pusing memang takde yang berkenan. Ada satu butik tu aku macam dah berkenan dah dekat baju kurung moden ni tapi carik munik tak jumpa. Dah la dalam butik tu bersesak orang cari baju kawen. Nak mintak pendapat munik pun susah sebab munik tunggu luar je. So aku keluar dan cakap dekat die tak payah lah cari. macam takde je yang berkenan. Hampa plus penat. Rasa macam buang masa jeee..

Then, Heret jugak lah kaki  sambil mata lilau-lilau carik butik. Tetiba aku terpikir nak ajak munik patah balik pergi butik yang tadi tu. Kebetulan dah tak ramai orang. Heret munik masuk sekali. Then, AKHRINYA! dapat jugak aku beli baju kurung moden yang memang dah lama aku dambakan.Mihmihmih. Harga pun under bajet RM230. Patutnya harga die RM250. Mintak kurang dapat lah save 20hengget. Jadilah daripada tak dapat apa-apa habuan kan.

Tapi......banyak betul dugaan kan. hehhehe. Biasa aku pakai baju yang dah siap size 38. Tapi size yang aku nak tu dah takde. Yang tinggal memang sehelai baju tu aje. Size 40. Besar jugak tu. Tapi sebab dah berkenan sangat-sangat sambar je la. Nanti-nanti boleh hantar trailor mintak alter. Tapi siyes berbaloi-baloi bila tengok baju yang dibeli nih even penatnya ya ampunnnnnnnn! Chomel dan tergoda! auw!




*TEASER*


05 March 2014

Kopi & Susu: Desert!


Melaka sekarang panasnye ya ampunnnnn..
Tak sanggup rasa nya nak keluar merayau-rayau hilangkan tension. Lebih sanggup lepak dekat rumah, makan, tidur, surfing. Ohsem jugak hidup macamni kalau duit hari-hari masyukk!

Biasa panas-panas macamni meleleh-leleh air liur teringat ais kacang, tak pun ABC! cendol! aku baru lepas melantak 6 bekas puding sejuk-sejuk! nak buat sendiri puding dasar pemalas kan. beli je lah dalam bekas kecik-kecik tuh.

Even aku bukan jenis yang gemar sangat benda suwit-suwit ni, memang dasar teguk air mineral aje, tapi bila cuaca yang panas terik macam sekarang ni, tekak meronta-ronta jugak lah.. Meh nak kasi air liur korang mangalir selaju waterfall gitu..












nomnomnomnom!

amacam?
tapi kan, kalau nak compare daripada manisan yang tersenarai kat atas tu kannnnn....yang dekat bawah ni lagi suwit tau...kan? kan? kan? maneeeeee? siniiiiiiiii.........



.
.
.
.
.
.
.
.
.



bhahahahaha!




02 March 2014

Hepi bufday to ME!


Ikutkan bufday dah berhari-hari lepas. Oleh kerana banyak sangat masa yang terluang ni boleh la mengadap blog sampai lebam. Now on 23 Febuary i'm already 26 years old. Dah dewasa sangatttttt. Even perangai masih tak boleh nak blah lah kan tapi kena jugak terima kenyataan tinggal beberapa tahun je lagi nak masuk 30 an an an an.. adoi!

Bufday kali ni aku tak aspect ada benda-benda yang surprise or macam celebrate bagai. Bufday present dah lama aku dapat. Anggap je lah cincin yang aku beli sendiri tapi duit orang bagi tu sebagai hadiah present. haha. sadis betul. tak kisah lah. Banyak benda lagi yang perlu difikirkan. Dulu memang lah macam tak boleh nak terima kalau orang tak celebrate bufday, sentap sampai bertahun-tahun. tapi sekarang, lek lek luuuuu.

Tapi tak sangka dalam diam-diam ada jugak orang nk buat surprise. Merasa jugak kembang-kempis kembang kempis hidu fresh flower. Bagi aku tak payah lah nak bagi hadiah mahal-mahal cukup lah sekadar fresh flower. suke sangat! bunga dan perempuan memang tak dapat dipisahkan. Even bunga akan layu tak sampai 3hari tapi perasaan time dapat tu tak dapat gambar dengan kata-kata..Over betull. 



Thank for '3' pinky Roses!
Bila aku upload gambar ni dekat pesbuk terus orang komen dan cakap ehem-ehem kenapa 3 bunga?
nak cakap konon-konon meaning die I LOVE YOU lah kan. padahal? hihihihi.



tengok lah betapa eksaitednye muka aku.
yela time keluar je dari rumah terus si munik bagi bunga dan wish hepiy bufday.
mana lah tak terkejut kan. mende yang aku tak jangka.
pape pn thanks la sebab usaha yang terbaik untuk buat aku hepiy...


Now!
umur dah 26 and i'm still single!
so wish kali ni tahun depan dah tak nak celebrate bufday time single-single macam ni. kalau boleh nak double or triple. boleh?